1.11 / shim jaeyun

1.8K 269 89
                                    

Setelah membersihkan diri Taeri segera turun ke bawah. Ahjumma Lee sempat pesan kepada Taeri supaya memasak bubur untuk Jake. Taeri hanya menurut sahaja.

“ Tuan muda ada pantang dia. Bila dia sakit dia akan makan makanan yang dimasak oleh orang yang jaga dia. ” pesanan Ahjumma Lee masih lagi segar di fikirannya.

Agak cerewet tetapi comel. Taeri hanya senyum nipis, setelah selesai memasak bubur Taeri naik ke bilik Jake semula. Nampaknya lelaki itu masih lagi belum bangun.

Taeri meletakkan tangannya di dahi Jake dan melepaskan nafas lega ketika suhu badan sedikit menurun. Tuala yang digunakan untuk menuam dahi Jake segera diambil.

Dia mahu melangkah ke bilik air tiba - tiba tangannya ditarik oleh Jake. Taeri segera menoleh dan melihat Jake yang sedang memandang ke arahnya.

“ Awak dah sedar. Kepala awak pen— ” tidak sempat dia mahu menghabiskan ayat Jake terus menarik lengannya.

Tubuh Taeri jatuh tepat di atas Jake dan itu membuatkan jarak antara mereka sangat dekat. Jantung Taeri kembali tidak normal seperti kejadian malam tadi.

“ Temankan Jaeyun. ” balasnya sambil memeluk Taeri erat.

“ Jake awak kena bangun, saya dah siapkan awak bubur. ” tambah Taeri lagi. Dia tidak mahu mendongak jika dia lakukannya jantungnya akan kembali tidak normal.

Apa yang Sunghoon katakan sebentar tadi memang benar. Jake yang tidak sihat lebih mencabar dari Jake yang biasa. Lelaki itu berjaya membuat Taeri tidak keruan.

“ Jake. ”

“ Hmmm? ”

“ Bangunlah, saya dah masakkan bubur untuk awak. ” balas Taeri selembut yang boleh. Dia tahu tiada guna jika dia melawan, Jake pasti mahu menang.

Mereka berdua berada di posisi itu untuk waktu yang sangat lama. Setelah beberapa kali dipujuk barulah Jake mahu bangun dan bersihkan badannya. 

¦

“ Jaeyun nak keluar. ” pinta Jake.

“ Jake awak tak sihat. Duduk dalam rumah. ” balas Taeri sambil menahan bahu Jake supaya lelaki itu tidak keluar dari rumah.

Jake berpeluk tubuh memandang Taeri, wajahnya jelas tidak puas hati dengan Taeri. Itu tak boleh, ini tak boleh. Apa yang dia boleh lakukan ialah duduk di dalam biliknya.

“ Jaeyun sihat la! Siapa kata Jaeyun tak sihat? ” balas Jake lagi sambil mendekati Taeri. Gadis itu menghelakan nafas berat.

“ Saya kata, sekarang naik bilik. ” arah Taeri dengan tegas. Jatinya menunjuk ke arah tangga dan Jake menunduk memandang lantai.

Perlahan dia membuka langkah dan naik ke biliknya. Taeri hanya memandang Jake yang semakin menjauh itu, dia tahu lelaki itu mahu merajuk dengannya.

Taeri mencebik perlahan, dia naik ke bilik Jake. Lelaki itu duduk menghadap balkoni biliknya membelakangkan Taeri.

“ Jake. ”

“ Pergi la, semua orang tak nak kawan Jaeyun. ” balas Jake sambil memeluk bantal peluk. Taeri melepaskan nafas lalu mendekati Jake.

Dia mengambil tempat di sisi Jake. Lelaki memandangnya sekilas lalu mencebik.

“ Bukan macam tu, awak kan tak sihat. Kalau saya biarkan awak keluar seorang diri bahaya tahu tak? Saya risaukan awak, Jake. ” ujar Taeri.

Kata - kata Taeri itu sudah berjaya menarik perhatian Jake. Lelaki itu menoleh ke arahnya bersama banyak persoalan. Mulutnya laju sahaja bersuara.

“ Risau? ” soal Jake dan Taeri angguk berkali - kali bersama senyuman manis.

Jake menghela nafas, “ Jaeyun tak tahu macam mana rasa risau. Sepanjang hidup Jaeyun omma tak pernah kisah tentang Jaeyun. Jadi Jaeyun tak tahu. ”

Taeri memegang wajah Jake supaya lelaki itu memandang semula. Tangannya mengusap pipi Jake lembut untuk menenangkan lelaki itu.

“ Biar saya ajar awak apa itu risau. ” ujar Taeri lagi. Dia tidak mengalihkan pandangan dari mata Jake kerana dua tahu suasana ini dia mungkin tidak akan rasakannya lagi.

Taeri tidak mahu mensia - siakan peluang ini.

“ Kenapa pulak? ” soal Jake lagi. Dia mulai selesa dengan tangan Taeri yang masih lagi mengusap pipinya itu. Rasa hangat yang sudah lama tidak dia rasakan.

“ Sebab saya sayangkan awak, Shim Jaeyun. ”












+ terlalu awal ke untuk taeri confess? idts wkwkwk

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now