Yuna duduk di meja belajar dan mula memeriksa rak mini bukunya. Entah mengapa dia rasakan ada sesuatu di rak itu. Sebuah buku berwarna merah jambu diambil oleh Yuna.
Di muka hadapan buku itu ada namanya dan itu membuatkan Yuna yakin itu ialah miliknya. Tanpa menunggu apa - apa lagi dia langsung menyelak buku itu.
“ Oh, diari rupanya! Kalau macam ni senanglah aku nak dapat ingatan aku balik! ” ujar Yuna teruja.
Pergerakannya berhenti menyelak apabila melihat sekeping polaroid. Berkerut dahinya apabila mengetahui yang lelaki di dalam gambar itu bukanlah Kai. Mereka nampak mesra seolah pasangan kekasih.
Tangannya menggigil memegang gambar itu dan hatinya terasa sakit. Seolah ada maksud di sebalik gambar itu.
“ Si-siapa lelaki ni? Kenapa... kenapa aku tak ingat dia? ” gumam Yuna sambil memegang dadanya yang sakit.
Dia memusingkan polaroid itu dan ada coretan di belakangnya. Sebaik sahaja dia selesai membaca kepala Yuna diserang dengan sakit yang amat membuatkan polaroid itu jatuh. Kepalanya kembali berdenyut.
Yuna cuba mengaturkan nafasnya, “ siapa Jake? ”
Sekali lagi kepalanya rasa sakit dan ada beberapa bayangan dirinya dan lelaki itu. Ada juga bayangannya seperti sedang bergaduh dengan seorang perempuan. Yuna cuba mengaturkan nafasnya.
Namun semakin dia cuba semakin sukar. Hatinya seperti merasakan sesuatu. Kini ada suara muncul di fikirannya.
“ Kau siapa? Lepaskan aku—AARRGHH! ”
“ Kau! A-apa yang kau t-tak puas lagi? berani betul kau— ”
“ Tak guna kau, Kwon Jia! ”
Degupan jantung Yuna bertambah apabila nama itu muncul. Dia sudah ingat. Segalanya, apa yang terjadi malam itu. Tubuh Yuna menggigil apabila teringat kejadian itu. Masih dia ingat apa yang Jia lakukan.
Bersama sedikit kekuatan yang ada Yuna cuba untuk berdiri. Yuna juga tanpa sedar menangis. Dia perlukan Kai tetapi di mana lelaki itu?
“ Kai... sa-saya perlukan awak.. ”
Yuna jatuh semula. Kekuatannya benar - benar sudah tiada dan tangannya menggigil hebat. Antara rasa takut atau degupan jantung yang terlalu laju.
Akhirnya Yuna tidak sedarkan diri di atas lantai bersama sisa air mata di pipinya.
¦
Sepasang tangan memegang leher Yuna, matanya memandang gadis itu dengan penuh dendam. Setelah apa yang Yuna lakukan dia tidak akan biarkan Yuna hidup dengan bahagia. Sedangkan dirinya menderita dan di benci.
Pada saat itu juga Yuna membuka matanya ketika sedar ada orang mencekik lehernya. Matanya membulat apabila melihat Jia berada di atasnya dan cekikan di lehernya semakin kuat.
“ J-jia... le-lepaskan... ” pintu Yuna sambil cuba menolak tubuh Jia. Namun gagal kerana gadis itu duduk di atas perutnya.
“ Kau patut mati! Kenapa orang tak langgar kau sampai kau mati! Kau dah buat semua orang benci aku! Aku benci kau! Shin Yuna kau yang patut mati! ” ujar Jia penuh dendam.
Yuna merasakan dadanya sesak dan dia semakin sukar untuk bernafas. Dia hanya berserah kepada Tuhan. Andai hari ini ialah hari terakhir dia hidup, dia relakan sahaja.
Penglihatan Yuna menjadi kabur namun dia melihat Jia mengeluarkan sebilah pisau. Gadis itu senyum seperti seorang psiko sambil memandang ke dalam mata Yuna. Jia mengangkat pisau itu menghala ke leher Yuna.
“ Kau patut mati! ”
“ AARRGHH! Tolong! ” jerit Yuna apabila dia sedar dari mimpi buruknya itu. Leher disentuh dan tiada darah pun yang mengalir.
Dia masih lagi di dalam biliknya cuma sekarang di atas katil. Kepala Yuna sedikit berdenyut namun dia tidak peduli. Dia terus turun dari katil dan turun ke bawah. Lelaki itu, dia mencari lelaki bernama Kai.
Yuna melihat ada seorang lelaki sedang berdiri di taman rumah. Dia yakin itulah Kai, lelaki yang menemaninya di rumah ini. Dia turun mendekat dan memeluk Kai dari belakang. Dapat Yuna rasakan tubuh Kai menjadi kaku.
Namun, Yuna tidak peduli.
“ Awak dah bangun? Maaf saya tinggalkan awak. Tadi hyung saya nak jumpa. Awak tak marahkan? ” soal Kai sambil mengusap tangan Yuna.
Yuna tidak membalas, sentuhan Kai itu membuatkan hatinya tersentuh. Dia rasakan sesuatu yang tidak pernah dia rasakan selama ini. Yuna mengeratkan lagi pelukannya.
Kai menjadi pelik dengan Yuna. Jadi dia memusingkan tubuhnya dan memandang Yuna. Gadis itu menangis lagi dan lagi. Kai jadi rasa bersalah kerana meninggalkan Yuna.
“ Hey, what's wrong with you? Tell me, i'll listen to you. ” ujar Kai dan Yuna membalas dengan gelengan. Tangisan Yuna membuatkan dirinya semakin tidak tenang.
“ Ada benda yang saya nak cakap. Awak tolong dengar dan jangan tinggalkan saya. Kai ingatan saya.. ingatan saya kembali! Ta-tapi jangan tinggalkan saya... i really need you. ” balas Yuna.
Kai terkedu mendengar kata - kata Yuna. Tanpa sedar dia menjauhkan diri daripada Yuna. Gadis itu sudah mendapat ingatannya semula. Jadi inilah masa untuk Kai pergi jauh dari Yuna.
“ Kai... ”
“ Baguslah kalau Cik dah ingat. Saya minta diri dan juga minta maaf sebab ambil kesempatan pada Cik. Saya harap hidup Cik bahagia. ”
+ vote n comment!
sad ending jugak ke eh?
untuk yunkai?
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...