1.44 // truth untold

1.5K 208 58
                                    

Pagi ini Jake bercadang untuk datang ke sekolah bersama - sama dengan Taeri. Dia mahu berlaku jujur dengan rakan - rakannya. Namun sebaik sahaja mereka tiba di sekolah semua pelajar memandang ke arah Jake dan Taeri.

Nasib mereka baik ketika mereka bertembung dengan Sunghoon. Lelaki itu nampak panik dan langsung menarik Jake dan Taeri ke gimnasium.

“ Kenapa kau bawa aku dengan Taeri dekat sini? Ada apa - apa yang jadi ke? ” soal Jake sambil memandang Sunghoon yang panik itu.

“ Kau berdua tak tengok telefon ke? Ada orang sebarkan gambar kahwin kau dengan Taeri! Bukan tu ja, gambar kau dengan Taeri dekat festival pun tersebar! ” jelas Sunghoon membuatkan Jake dan Taeri melopong.

Bagaimana gambar mereka boleh tersebar? Terutama sekali gambar perkahwinan mereka yang hanya disimpan di keluarga masing - masing? Soal percutian itu juga tiada sesiapa yang tahu kecuali keluarga mereka. Nampaknya ada orang mengekori mereka.

Taeri lantas memegang tangan Jake erat bersama pandangan penuh ketakutan. Dia takut dengan reaksi orang lain terutama sekali Jay. Dia dapat merasakan kemarahan Jay yang membuak - buak.

Telefon Sunghoon berbunyi dengan nama Jay muncul di skrin. Dia segera menjawab panggilan dari Jay itu dan pergi menjauh sedikit.

“ Awak, apa yang kita nak buat sekarang? ”soal Taeri sambil meraup wajahnya. Jake menarik tangan Taeri dari wajahnya bersama senyuman nipisnya.

Everything will be fine. I promise you. ” balas Jake sebelum menarik Taeri ke dalam pelukannya. Dia mengusap belakang Taeri supaya rasa gugup berkurang.

Pada waktu itu Jay di muka pintu, wajahnya jelas menunjukkan yang dia marah pada Jake. Siapa sahaja yang tidak terkejut dan marah apabila mendapat berita seperti ini? Jika Jake baru berkahwin dengan Taeri itu tak mengapa lagi. Perkahwinan mereka hampir mencecah empat bulan!

Bahkan dalam tempoh itu Jay sempat menyukai Taeri dan cuba mendekati Taeri. Isteri sahabatnya sendiri. Jay merasakan dirinya sahabat yang teruk kerana sering bercakap tentang Taeri. Sedangkan suami Taeri berada di hadapan dirinya sendiri.

“ Jay— ”

¦

“ Apa maksud gambar ni? ”

Jay mendekati Jake sambil menunjukkan gambar perkahwinan Jake dan Taeri. Wajahnya menunjukkan betapa sakit hati dan kecewa dirinya sekarang ini. Perasaan Jay bercampur baur apabila mendapat tahu.

Jake melepaskan pelukan, “ Jay aku boleh jelaskan. ”

“ Jelaskan apa? Kau nak cakap yang semua ini untuk kebaikan kau dengan Taeri? Jake aku ni kawan kau bukan orang luar! Kenapa kau tak pernah jujur dengan aku—dan kau pun Sunghoon! Kenapa kau sembunyikan perkara ni dari aku? ” suara Jay memenuhi ruang gimnasium itu.

Tiada seorang pun dari mereka bertiga suara. Jake dan Sunghoon hilang kata - kata. Mereka berdua tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan segalanya kepada Jay. Melihat tiada respon dari dua lelaki itu Taeri akhirnya bersuara.

“ Jay, kami terpaksa— ”

“ Terpaksa? Taeri awak pernah terfikir tak perasaan saya selama kita berkawan? Saya sukakan awak Taeri dan saya berharap yang awak pun sukakan saya. Tapi saya selalu perasan ada yang tak kena antara awak dengan Jake! Sekarang semua dah jelas. ” balas Jay bersama nada sinis di hujung ayatnya.

Taeri menundukkan kepalanya memandang kasutnya. Kemudian Jake memegang tangannya erat dan menarik tubuhnya mendekat. Dia mendongak memandang Jake dan lelaki itu hanya senyum nipis. Jake mengalihkan pandangannya ke arah Jay.

“ Kau tak patut marah Taeri. Semua ini terjadi sebab sikap pentingkan diri aku. Aku yang suruh Taeri sembunyikan hubungan kami sebab aku tak nak orang cakap buruk pasal aku. ”

“ Dan sembunyikan dari aku juga? Wow, Jake! Kau dah berjaya hancurkan kepercayaan aku pada kau! ” potong Jay lagi.

Jay meraup wajahnya sambil mengaturkan nafasnya. Tanpa berkata apa - apa dia terus melangkah keluar dari gimnasium menuju ke atap sekolah. Dia mahu menenangkan hati dan fikirannya yang bercelaru. Jay rasa seperti dirinya diperbodohkan selama ini.

Taeri bersandar pada bahu Jake dan menangis. Dia rasa bersalah dan begitu juga dengan Jake.

Manakala Jay menyuruh Jieun untuk bertemu dengannya. Tidak perlu waktu yang lama untuk Jieun tiba dan terus mendekati Jay. Tubuh Jieun langsung dipeluk oleh Jay dan beberapa saat kemudian Jieun merasakan yang bahagian bahunya basah. Lelaki itu menangis di bahunya.

“ Jay-ah? ” panggil Jieun namun tiada balasan. Jieun hanya membiarkan Jay menangis sambil mengusap kepala Jay lembut.

Setelah Jay tenang dia langsung menarik tangan Jieun. Tidak peduli dengan pandangan pelajar lain Jay membawa Jieun keretanya dan pulang ke rumahnya. Dia perlu merehatkan fikirannya.

Namun, tiada sesiapa tahu yang di dalam kekecohan itu ada dua orang yang sedang senyum kemenangan.




+ who's sus rn?
comment here!

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now