1.51 // pain and hurt

1.4K 191 60
                                    

[#] a lil bit angst

" Tak boleh tundakan ke? Sepatutnya jadual Jieun mula bulan depan. Kenapa tiba - tiba dipercepatkan? " soal Jieun bersama wajah yang tidak puas.

Minggu lalu, Eunbi menghantar pesanan kepadanya untuk berjumpa. Jieun tidak mahu kerana dia masih bercuti namun dipaksa oleh Eunbi. Jadi dia tidak boleh melawan arahan Eunbi. Ternyata ini yang mereka mahu bincangkan.

" Betul, tapi selepas berita Jieun bercuti tu tersebar ramai minta jadual Jieun dicepatkan. Mungkin Jieun tak tahu tapi semua berfikir yang Jieun ada skandal dengan Jay. " jawapan Eunbi membuatkan Jieun ketawa sinis.

Skandal? Dia dan Jay ialah lebih dari itu cuma tiada sesiapa yang tahu. Jieun tahu yang Jay benar - benar serius dengan dirinya. Cuma mereka tidak mahu tergesa - gesa dalam hubungan ini. Namun, baru - baru ini hatinya menjadi ragu.

Jieun tahu yang Jay tidak bermaksud untuk menyakiti hatinya. Sebagai perempuan sudah tentu Jieun sedikit kecewa kerana Jay hanya bercerita tentang Taeri.

" Kami memang ada hubungan cuma unnie tak tahu. Kalau Jieun paksa untuk sambung bulan ni—Jieun tak akan menari selama setahun! " ugut Jieun.

Eunbi mengetap bibirnya, dia berdiri lalu menghentak tangannya di meja. Jieun masih kekal santai walaupun dia tahu tahap kemarahan Eunbi sudah memuncak.

" Choi Jieun ini bukan benda main - main! I'm serious right now! Accept this task and we will fly to French at the end of this month! " ujar Eunbi lagi.

" What? French? Jieun? " soal seseorang.

Serentak Jieun dan Eunbi menoleh ke arah pintu bilik itu. Lidah Jieun langsung kelu apabila melihat Jay berdiri di pintu dan memandang tepat ke arahnya. Dia pasti yang Jay sudah mendengar segala yang dibincangkan oleh Eunbi.

Jelas kelihatan riak terkejut di wajah Jay. Tanpa menunggu lagi Jieun langsung mendekati lelaki itu. Tangan Jay digenggam erat.

" Jay listen, it's not what you thinking. Eunbi unnie cuma bincang dan aku tak akan ke Perancis. Not now. " ujar Jieun sambil cuma memegang tangan Jay.

" So, you're going to leave me—all alone? "

Jieun pantas menggelengkan kepalanya. Matanya mulai berair apabila Jay menolak kedua - dua tangannya. Dapat dia rasakan layanan dingin dari lelaki itu namun dia tidak berputus asa.

" Jay— "

" You're going to leave me, Jieun! But you promise to stay! How dare you to broke our promise?! "

¦

Sunghoon mengusutkan rambutnya sambil mendengus perlahan. Hatinya sakit apabila mengingati perbuatannya tadi. Jika Sunghoon hilang kawalan pasti Jia sudah terluka. Dia tanpa sedar menangis kerana seorang perempuan iaitu Kwon Jia.

Oleh kerana Jia, dia hilang kawalan dan mula membaling segala benda yang ada di dalam biliknya. Hatinya sakit kerana gadis itu memilih Jake dan mengkhianati mereka.

" Kau bodoh Sunghoon! Kenapa kau percayakan perempuan tu?! " mulutnya bersuara sementara tangannya menumbuk dinding biliknya berkali - kali.

Dia sudah lama memendam rasa dan apabila semuanya sudah jelas dapat dia rasakan sakitnya. Sunghoon bukan sahaja menaruh perasaan tetapi dia mempercayai Jia. Namun gadis itu malah mempermainkan hatinya.

Pasu bunga yang berada di atas meja diambil lalu dibaling ke atas lantai. Bunyi kaca pecah diabaikan oleh Sunghoon. Kakinya yang terluka akibat memijak serpihan kaca juga diabaikan. Sunghoon duduk di atas katilnya dan menyembunyikan wajahnya.

" Aku... aku patut lupakan dia.. " gumam Sunghoon sebelum terlelap di dalam keadaan yang masih kusut. Luka di kaki diabaikan seolah dia tidak peduli kerana hatinya lebih sakit.

Beberapa jam kemudian, tidur Sunghoon terganggu apabila dia rasa ada sentuhan pada tapak kakinya. Pantas dia mencelik mata dan melihat ke arah gadis yang sedang menbalut tapak kakinya.

Sunghoon menjauhkan kakinya dari tangan Jia. Gadis itu segera mendongak.

" Tu-tuan— "

" Siapa benarkan kau masuk bilik aku? Ada aku benarkan ke? Oh aku lupa—pengkhianat macam kau mana nak dengar cakapkan? " balas Sunghoon sinis.

Jia hanya menunduk, dia sering dimarahi Sunghoon namun kali ini, saat ini benar - benar mengusik hatinya. Jia mahu membuka mulut namun tiada kata yang keluar. Dia cuma menggigit bibir.

Sunghoon berdecit kesal, " kau bisu ke apa?! "

" S-saya dengar bunyi ka-kaca pecah. Sa-saya takut T-tuan cedera. Waktu saya m-masuk keadaan bilik penuh dengan ka— "

" Kau nampakkan kaca yang bersepah tu? Macam itulah kepercayaan aku dekat kau! Pecah! Hancur berkecai! Kalau kau sambung guna gam yang paling kuat pun takkan kembali ke bentuk asal! " potong Sunghoon.

Suara Sunghoon mengherdik Jia itu membuatkan bahu gadis itu terangkat. Tangannya menggigil kerana takut diapa - apakan oleh Sunghoon. Air matanya mengalir di pipi dan pantas dia menyeka.

Sunghoon berbaring semula dan menutup wajah dengan lengannya. Dia tidak sanggup melihat air mata Jia.

" Kau boleh keluar! Aku tak nak tengok muka kau! " arah Sunghoon lagi.

Jia dengan pantas berdiri. Dia tidak mahu menangis di hadapan Sunghoon kerana dia tau lelaki itu akan terus menyakiti hatinya.

" Sa-saya keluar dulu Tuan... dan maafkan saya. "



+ so guys, only one option!

jiahoon ship
or
jiahoon sink

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now