1.24 // stole

1.6K 240 6
                                    

Semuanya kembali seperti sebelumnya, Jake menjadi dingin terhadap Taeri semula. Malahan kini lebih teruk berbanding sebelum ini. Jake langsung tidak menunggu Taeri untuk makan bersama.

Lelaki itu benar - benar menjauhkan diri dengan belajar seorang diri di dalam bilik. Jujur, Taeri berasa seperti cuma dia yang tinggal di rumah ini. Bahkan mereka mulai belajar di bilik mereka sendiri.

Namun dia tidak terlalu bosan dengan adanya Jay, Sunghoon dan Jia. Tiga orang ini selalu menemani dirinya. Mengurangkan rasa sedih di hatinya.

“ Awak rasa Jake ada masalah ke? ” soal Jay sambil membaca sinopsis novel itu. Taeri yang berada di sebelahnya perlahan mendongak ketika nama lelaki itu disebut.

“ Mungkin? Saya tak nak menyibuk. ” balas Taeri ringkas.

Tipu. Itu tipu semata - mata mustahil dia tidak ambil tahu tentang Jake? Malahan Sunghoon juga beritahunya yang Jake sentiasa mengubah topik jika nama Taeri disebut. Sebenci itukah Jake pada dirinya?

Memikirkan semua itu membuatkan Taeri terasa mahu menangis sahaja. Namun Taeri bukanlah seorang yang lemah, dia tidak akan menangis hanya kerana diabaikan oleh Jake.

Jay menghela nafas, “ kali terakhir dia macam tu pun 3 tahun lepas—ah, saya tak patut sebut! ”

Taeri berpura - pura seperti dia tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Jay. Dia mengangkat kepala memandang Jay seperti tertanya - tanya dengan apa yang dia katakan. Jay hanya senyum nipis.

“ Awak cakap apa tadi? ” soal Taeri.

“ Saya salah cakap—oh ya! Saya teringat, tak lama lagi cuti musim panas. Awak nak ikut tak pergi bercuti? ” balas Jay sambil memandang Taeri bersama senyuman manis.

Setiap musim panas Jay akan bercuti bersama - sama Jake dan Sunghoon di vila milik keluarganya. Memandangkan dia mahu mendekati Taeri jadi dia berfikir mengajak gadis itu ialah idea yang bagus.

Taeri menggigit bibir, pasti Jake akan ikut juga? Jika lelaki itu ikut sama dapatlah memulihkan hubungan mereka. Kepala diangguk bersama senyuman.

“ Boleh jugak! Macam seronok! ” balas Taeri.

Jay mahu bersuara tetapi bunyi telefon mengalihkan perhatiannya. Nama Sunghoon tertera di skrin membuatkan dia segera menjawab. Buat apa Sunghoon mendail nombornya.

“ Yo, Hoon! Kau nak apa? ”

“ Jay! Taeri ada dengan kau ke sekarang? ” soal Sunghoon membuatkan dahi Jay berkerut. Dia memandang Taeri yang masih lagi membaca bait - bait perkataan di dalam buku itu.

“ Ada ni, kenapa? ” balas Jay lagi.

“ Pengetua nak jumpa Taeri. Sekarang! ”

¦

“ Aku dengar keluarga dia kaya. ”

“ Kaya pun mencuri? Ish, ish, ish! ”

“ Dia la yang dekat dengan Jongseong sunbae! ”

Ugh—gold digger!

Bisikan dari pelajar - pelajar yang diterima Taeri hanya diabaikan. Dia cuba memasang wajah datar walaupun sebenarnya dirinya sedang menahan air matanya.

Dia baru sahaja keluar dari bilik pengetua dan perbualan antara dirinya dan Pengetua Jung masih segar di fikirannya. Segalanya tidak logik, bagaimana ini boleh berlaku?

Flashback

“ Baiklah, saya tak tahu macam mana hal ini boleh terjadi. Saya dapat berita dari Shin Yuna yang beg duitnya hilang dan minta pengawas periksa semua beg pelajar. Dan mereka temui beg duit Shin Yuna dalam beg kamu Cik Kang. ” kata - kata Pengetua Jung membuatkan Taeri terkedu.

Beg duit Yuna berada di dalam beg sekolahnya? Bagaimana hal ini boleh berlaku? Sedangkan dia tidak pernah mendekati Yuna, sekali pun tidak. Mustahil dia mahu mendekati Yuna gadis itu benci akan dirinya.

Pengetua Jung menghela nafas, “ ada penjelasan Cik Kang? ”

“ Saya tak ambil beg duit Yuna. Tuan boleh cakap saya menipu tapi saya tak akan buat macam tu. ” balas Taeri sambil menggenggam erat skirt sekolahnya.

Dia tahu yang dirinya tidak bersalah. Dia tidak akan membuatkan hal - hal seperti itu. Sejak kecil dia diajar perkara yang baik - baik dan tidak pernah terlintas untuk Taeri mencuri duit orang lain.

“ Saya tak tahu nak percaya siapa sekarang, Cik Kang. Beg duit itu memang ada dalam beg sekolah kamu. Jadi di sini kamu tetap dikatakan bersalah. ” ujar Pengetua Jung lagi membuatkan Taeri mendongak.

Dia terus dituduh mencuri tanpa bukti yang kukuh? Apa yang berada dalam fikiran lelaki separuh baya itu? Taeri bersama dengan Jay sejak waktu rehat bermula, bagaimana dia bokeh mengambil beg duit itu?

Tak logik!

“ Saya tak buat semua tu Tuan Jung! Saya takkan buat macam tu! ” Taeri mahu menegakkan keadilan untuk dirinya.

Dia tidak kisah jika tidak sesiapa yang mempercayai dirinya. Asalkan maruahnya tidak dipijak begitu sahaja. Nama baik keluarganya?

“ Maaf, Cik Kang. Awak tak ada bukti jadi awak tetap bersalah. Sebagai denda awak akan didenda selama seminggu membantu ketua perpustakaan. Dan juga tulis surat minta maaf untuk Shin Yuna. ” Pengetua Jung memberi kata putus membuatkan Taeri menggigit bibirnya.

Geram dan marah. Taeri mahu bersuara namun tiada satu pun yang keluar dari mulutnya. Dia putus asa, walau apa pun yang dia katakan semua berfikir dialah yang mencuri.

Taeri segera meminta diri dan sebelum dia memulas tombol pintu itu. Pengetua Jung memanggilnya semula dan dia menoleh.

“ Maafkan saya, Cik Kang. Saya cuma bertindak adil berdasarkan peraturan sekolah. Saya harap awak faham. ”

End of Flashback

Masih lagi mengabaikan bisikan semua pelajar Taeri tidak sedar ada seseorang mendekatinya. Lengannya ditarik kasar membuatkan dia mendongak. Wajah datar dan dingin menyapa anak matanya.

“ J-jake? ”

Tiada balasan dari Jake. Lengan Taeri terus ditarik dan dia membawa gadis itu ke satu tempat. Ada sesuatu yang perlu dikatakan.
















+ sangat la tiberr~

GOOD BYE <BORDER : DAY ONE> ❤😭

GOOD BYE <BORDER : DAY ONE> ❤😭

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now