1.57 // heal the breach

1.3K 188 27
                                    

Yuna memandang bayangan wajahnya pada air kolam. Sudah seminggu dia pulang ke rumah dan cuba mengingati kejadian yang berlaku. Namun tiada satu pun yang muncul.

Ingatannya ada muncul namun samar - samar dan kepalanya menjadi sakit ketika dipaksa. Tuan dan Puan Shin juga membantu Yuna untuk mengingat semula namun tiada hasil.

“ Apa yang jadi malam tu? Kenapa aku diri dekat tengah jalan? Hujan lebat dan siapa yang langgar aku? ” soal Yuna tanpa mengalihkan pandangannya.

Kepalanya kembali berdenyut ketika dia cuba mengingat. Apa yang ada dalam fikirannya ialah cuma jeritan yang kurang jelas. Yuna memegang kepalanya kuat ketika rasa sakit muncul.

Kakinya melemah dan tubuhnya hilang keseimbangan. Tubuhnya ke kiri dan ke kanan, penglihatannya menjadi kabur. Akhirnya Yuna jatuh ke dalam kolam renang dan tergapai - gapai meminta tolong.

“ To-tolong! Omma... appa! K-kai— ” jeritan Yuna terhenti apabila rasa sakit muncul semula.

Yuna buntu, dia tidak tahu berenang dan kepalanya sakit semula. Kakinya mengalami kekejangan dan menyukarkan lagi pergerakannya. Dadanya mula terasa sesak.

“ Kau dah lupakan aku ke Shin Yuna? ”

Suara itu muncul dan bergema di fikirannya. Suara itu membuatkan dadanya semakin sesak. Dia cuba mengingati siapakah gerangan itu.

“ Yuna! ”

Kai yang baru muncul itu terus melompat ke dalam kolam dan menarik tubuh Yuna mendekat. Dia cuba menenangkan Yuna yang masih lagi meronta - ronta ketakutan itu.

“ Shhh.. jangan takut. Look at me, saya ada dekat sini. ” ujar Kai sambil mengusap pipi Yuna. Gadis itu hanya menangis dan memeluk tubuh Kai erat.

“ T-tolong.. ” gumam Yuna.

Dia rasa sangat takut apabila suara itu muncul. Tidak cuma rasa takut namun rasa marah juga. Yuna semakin ingin ingatannya muncul agar dia dapat tahu apa yang terjadi.

Setelah Yuna sedikit tenang Kai membawa Yuna ke biliknya. Dia menyuruh Yuna menukar pakaian dan berehat sahaja. Kai tahu ada yang mengganggu fikiran gadis itu.

¦

Jieun memandang pintu rumah Jay yang tertutup rapat. Hatinya ragu - ragu untuk masuk ke dalam walaupun Puan Park tidak akan marah. Dia datang untuk berjumpa dengan Jay.

Sudah berkali - kali dia cuba untuk mendail nombor Jay namun tidak berjawab. Oleh itu dia mahu bertemu dengan Jay. Dan sekarang di sinilah Jieun.

“ Jieun? Ah, betullah Jieun! ” sapa Puan Park.

Jieun terus menoleh ketika di sapa oleh wanita itu. Dia segera menunduk hormat bersama senyuman manis untuk Puan Park. Tanpa menunggu Jieun bersuara wanita itu langsung memeluknya.

“ Omma rindukan Jieun. Kenapa tak datang sini lawat omma dengan Jongseong? Jom masuk dalam boleh borak lama sikit! ” ajak Puan Park dan menarik tangan Jieun masuk ke dalam.

Jieun duduk di ruang tamu sementara Puan Park ke biliknya untuk menyimpan barang. Beberapa minit kemudian wanita itu muncul semula dan duduk di sebelah Jieun.

“ Omma dengar yang jadual Jieun dah mula ya? Mesti kamu sibukkan sampai tak dapat jumpa omma? Omma betul - betul rindukan Jieun. ” ujar Puan Park dan memeluk tubuh Jieun erat.

Benar kata Puan Park, jadual Jieun menjadi sangat padat kerana dia bermula lebih awal. Soal penerbangannya ke Perancis itu dilewatkan selama 3 minggu.

“ Maafkan Jieun baru hari ni dapat lawat omma. Kalau ada masa Jieun datang lawat lagi ya? ” balas Jieun.

“ Tak apa, omma tahu kamu sibuk. Oh ya, kamu nak tolong omma masak untuk Jongseong? Dia balik sebelum tengah hari nanti. ” ajak Puan Park dan Jieun hanya setuju.

Jieun menolong Puan Park memasak untuk Jay dan juga berbual kosong. Sekali lagi Jieun rasa seperti sedang bersama dengan ommanya. Dia tidak pernah tahu perasaan meluangkan masa dengan orang tua.

Dan kini dia sudah tahu. Rasanya sangat bahagia.

Tidak sedar masa berlalu dan Jay juga sudah pulang. Lelaki itu terkejut melihat Jieun sedang ketawa bersama ommanya. Tanpa sedar dia tersenyum melihat dua orang itu.

“ Anak omma dah balik? Cepat mandi dan turun makan! Hari ni Jieun yang tolong omma. Cepat! ” arah Puan Park.

Jieun hanya memandang Jay dengan kekok. Sudah berapa minggu mereka tidak berjumpa. Dia melepaskan nafas lega kerana Jay baik - baik sahaja.

“ Baik omma! ”

Jay segera membersihkan badannya dan bersiap. Ketika dia sampai di meja makan Puan Park menyuruh dia duduk di sebelah Jieun. Suasana sedikit kekok namun Jay cuba untuk tidak merosakkan lagi suasana.

“ Omma dah kenyang. Kamu berdua berbual dulu omma nak naik atas. ” ujar Puan Park.

Setelah bayang Puan Park tiada Jay langsung menoleh ke arah Jieun. Begitu juga dengan Jieun. Mereka merenung antara satu sama lain sebelum Jay berbisik pada Jieun.

“ Aku rindukan kau. ”



+ ending around the corner!
ready or not?

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now