1.18 // with me

1.8K 266 77
                                    

Taeri melambaikan tangan ke arah Jay sebelum masuk ke dalam kereta. Lelaki itu mengukir senyuman manis ke arah Taeri walaupun gadis itu sudah masuk ke dalam kereta. Akhirnya kereta itu mulai bergerak meninggalkan tempat itu.

Tiada perkataan yang dapat dia ungkapkan sekarang ini. Dia baru sahaja keluar bersama dengan orang yang dia sukai. Siapa yang perlu dia ceritakan? Sunghoon atau Jake? Jika Jake pasti lelaki itu akan memarahinya.

Terkadang Jay terfikir, adakah Jake dalam diam menyimpan perasaan terhadap Taeri? Dia kenal Jake, lelaki itu tidak mudah membenci seseorang.

“ Tak mungkin, diakan ada Yuna. ” ujar Jay sebelum dia masuk ke dalam keretanya semula. Radio dibuka dan beberapa berita mulai kedengaran dari alat elektronik itu.

Jay tidak mengambil sepenuh perhatian namun ada satu berita yang berjaya menarik perhatiannya. Iaitu berita tentang penari balet terkenal yang berasal dari sekolah mereka. Choi Jieun namanya. Gadis itu berjaya meneruskan kerjayanya dan kini dalam perjalanan ke Buenos Aires.

So the princess is not coming home yet? ” bisik Jay dan kakinya langsung memijak pedal minyak.

Sementara Taeri, dia hampir tiba di rumah. Fikirannya masih memikirkan Jake dan Yuna. Dia tidak tahu mengapa Jake perlu menipu dirinya. Adakah kerana Taeri isterinya? Atau dia sengaja?

Taeri hanya menyandarkan kepalanya dan memejamkan mata. Perutnya tiba - tiba memulas dan menyebabkan dia mengadu kesakitan. Dia menyuruh pemandu itu untuk segera tiba di rumah.

Tiba sahaja di rumah Taeri melihat ada dua kereta dan satunya milik Sunghoon. Dia berdecit kesal memikirkan Jake yang menipu dirinya. Tanpa menunggu apa - apa Taeri terus masuk ke dalam.

Kakinya terus naik ke biliknya, tiada niat mahu menyapa Jake dan Sunghoon.

Okay, that's weird. Apa kena dengan dia? ” soal Sunghoon dengan berbisik ke Jake.

Sepupunya hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tidak pernah dia lihat Taeri bersikap seperti ini. Apa yang berlaku kepada gadis itu?

“ Kenapa dengan dia? ” soal Jake. Skrin televisyen kembali ditonton namun fikirannya sudah terbang ke Taeri.

“ Kau tanyalah dia. Aku nak balik dulu, see you!  ” ujar Sunghoon sambil menepuk bahu Jake bersama senyuman penuh bermaknanya. Jake hanya mengangguk sebelum Sunghoon melangkah keluar dari rumah itu.

Sementara Jake masih tertanya - tanya. Dia menggigit bibir sambil berfikir tentang Taeri.

“ Patut ke tak? ” soal Jake.

¦

Jake mengambil keputusan untuk tidak mengganggu Taeri walaupun dia risau akan keadaan gadis itu. Sudah hampir waktu makan malam tetapi Taeri tidak turun.

“ Taeri tak sihat ke, tuan muda? ” soal Ahjumma Lee ketika melihat cuma Jake sahaja di meja makan.

Jake tidak tahu mahu membalas apa kerama di buntu. Sikap Taeri yang tiba - tiba berubah membuatkan dia hilang akal. Gadis itu sukar untuk dijangka. Berasa selera makannya hilang Jake berdiri.

“ Ahjumma simpan dulu makanan ni. Saya nak tengokkan Taeri sekejap. ” arah Jake dan wanita itu hanya menurut. Bersama seribu satu persoalan Jake naik ke bilik Taeri.

Pintu bilik diketuk bersama harapan gadis itu akan buka untuknya. Setelah tiga kali ketuk masih tiada respon. Jake semakin buntu.

“ Taeri? Kau dah tidur ke? ”

Tiada balasan.

“ Kang Taeri, kau dengar tak ni? ”

Senyap. Jake mendengus kerana tiada balasan dari dalam bilik. Tanpa pedulikan apa - apa dia terus memulas tombol pintu bilik dan melangkah masuk ke dalamnya. Rasa kesal menghilang ketika melihat Taeri berada di atas katil sambil memeluk bantal. Bibirnya mengukir senyuman nipis melihat tubuh kecil itu.

Namun senyumannya tiba - tiba hilang.

Darah? Fikirnya lagi dan langsung mendekati Taeri. Bahu gadis itu ditepuk lembut supaya gadis itu sedar. Jake fikir Taeri sedang tidur rupanya gadis itu sedang menahan sakit.

“ Jake. ” panggil Taeri dengan suara yang lemah. Wajahnya pucat, dahinya berpeluh dan tubuhnya memeluk bantal dengan sangat kuat. Jake mulai panik kerana dia tidak pernah menolong gadis yang sedang period.

“ Ahjumma Lee. ” ujar Taeri lagi dan Jake terus memanggil Ahjumma Lee.

Tidak perlu waktu yang lama untuk wanita itu sampai. Dia segera membantu Taeri selepas menerima arahan. Setelah membawa Taeri ke bilik air Ahjumma mula mengemas cadar katil itu.

“ Ahjumma tak perlu ganti baru, malam ni Taeri tidur bilik saya. Tolong bawakan bubur ya? ” arah Jake lagi dan waktu itu Taeri sudah keluar setelah mengganti pakaian tidur. Wajahnya masih pucat dan itu membuatkan Jake tidak senang hati.

Dia mendekati Taeri lalu tubuh itu didukung. Taeri terkejut dengan tindakan Jake itu membuatkan jantungnya menjadi tidak normal. Pipinya memerah apabila menyedari betapa dekatnya mereka berdua.

Banyak tanda tanya yang muncul ketika Jake membawa Taeri ke dalam biliknya. Tubuhnya dibaringkan di atas katil dan itu membuatkan Taeri semakin pelik.

“ Kenapa awak bawa saya dalam bilik awak? Saya boleh tidur dal— ” ayat terhenti ketika Jake meletakkan jari telunjuknya di bibir Taeri.

Bibirnya bergetar ketika menyentuh kulit lelaki itu. Taeri segera mengalihkan pandangan ke tempat lain kerana berasa malu dengan tindakan lelaki itu. Jantung kembali berdegup dengan tidak normal.

Manakala Jake dapat rasakan getaran pada bibir Taeri. Bibir pucat Taeri dipandang lama sebelum dia menjauhkan jarinya. Dia tahu apa yang berada dalam fikirannya dan itu sangatlah tidak bagus.

Jake batuk kecil, “ kau ni memang banyak soalkan? Malam ni kau tidur dengan aku, jangan nak melawan. ”

“ Dengan awak? ” soal Taeri.

Jake mendekatkan wajahnya dengan Taeri. Dapat dia rasakan deruan nafas Taeri yang tidak normal itu. Jake tidak pasti apa sebabnya namun yang dia pasti gadis itu gugup dengan tindakannya.

Yes, with me sweetheart. ” bisik Jake.

Matanya yang memandang ke dalam mata Taeri itu menurun. Bibir itu kembali ditatap nafasnya tidak teratur sambil menahan dirinya. Namun tangannya tidak boleh dikawal, jarinya mengusap leher Taeri.

Taeri hanya kaku di posisi itu, tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Dia merelakan diri dengan apa yang Jake mahu lakukan. Jake memejamkan matanya, dia tidak pernah berada sedekat ini.

Biarpun bersama Yuna gadis itu tidak pernah membuat dia rasa seperti ini. Tetapi Taeri berjaya.

I'm clueless Taeri. How did you do that? ” bisik Jake lagi. Dia mahu melakukannya untuk mendapatkan jawapan bagi soalannya sendiri. Cuma gadis itu yang mempunyai jawapannya.

I can't—

Tok! Tok!

Bunyi ketukan itu mengalihkan perhatian mereka berdua. Jake segera menjauhkan diri dan Taeri pula batuk kecil. Cuma untuk melupakan kejadian sebentar tadi.

Dia terkedu dan menyukainya.










+ aipp masih awal ya anak anak untuk scene seperti yituuu

+ aipp masih awal ya anak anak untuk scene seperti yituuu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

nah mini heart setepek dari jaeyun ❤👏

p/s : cerita ni bersambung dengan fanfic jay. harap maklum~

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now