1.34 // she's missing

1.4K 234 30
                                    

Rancangan untuk meluangkan masa di festival langsung dibatalkan. Heeseung memberitahu Jay tentang kehilangan Taeri dan lelaki itu mulai panik. Begitu juga dengan Jake.

Mereka membuatkan laporan polis dan berharap Taeri dapat ditemukan semula. Sebaik sahaja Jay mengetahuinya dia terus mencari Jake. Dan hal pertama yang dia lakukan ialah memarahi Jake.

“ Aku tak patut tinggalkan Taeri dengan kau! Kau tengok sekarang, apa yang dah jadi! ” ujar Jay sambil memegang kolar baju Jake. Matanya menunjukkan betapa marahnya dia terhadap Jake.

Tetapi tiada balasan dari Jake dan itu membuatkan dia bertambah geram.

“ Yah! Jawablah kau dah bisu ke apa? ” soal Jay dengan nada yang kasar.

Guys, stop! Bergaduh takkan selesaikan masalah. ” celah Sunghoon.

Sunghoon segera memisahkan dua lelaki itu. Jika dibiarkan pasti akan berlaku pergaduhan antara mereka. Jay senyum sinis melihat riak wajah Jake yang kosong itu. Lelaki itu seperti tidak kisah.

Tanpa diketahui Jay, hati Jake sudah tidak senang duduk. Isterinya sudah hilang.

“ Kalau ada apa - apa yang jadi dekat Taeri. Aku akan pastikan— ”

“ Cakaplah apa yang kau nak cakap. Aku tahu ini salah aku dan tak perlu lagi kau ingatkan aku, Park Jongseong! ” ujar Jake dingin sambil memandang ke dalam mata Jay.

Benar kata Sunghoon, bergaduh takkan selesaikan masalah ini.

Jay ketawa sinis sebelum dia masuk ke dalam vila. Dia mahu menenangkan hati dan fikirannya yang kusut itu. Kemudian Sunghoon juga masuk kerana hari sudah lewat.

Tinggallah Jake dan Heeseung. Dia terus terduduk di atas rumput dan menyembunyikan wajahnya.

Apa yang dia perlu jawab kepada orang tua Taeri? Rasa bersalah memenuhi hatinya. Dia patut temankan Taeri dan tidak leka dengan Yuna. Gadis itu benar - benar membuatkan Jake rimas.

“ Macam mana ni hyung? Siapa yang ambil Taeri? ” soal Jake buntu sambil meraup wajahnya. Dia terasa seperti mahu menangis sekarang ini.

Heeseung duduk di sebelah Jake dan menepuk bahunya.

“ Hyung pun tak tahu tapi buat masa ni kita cuma boleh berdoa yang Taeri baik - baik. Hyung rasakan ini cuma perangkap. ” balas Heeseung tenang.

“ Perangkap? Maksud hyung? ”

“ Ada seseorang yang dah rancang semua ini. Dia tahu kita datang sini dan ambil kesempatan untuk culik Taeri. ” tambah Heeseung.

Siapa sahaja yang tidak suka pada Taeri? Gadis itu ada berbuat salah kepada sesiapa ke? Jake tidak tahu. Apa yang dia tahu ialah dia mahu isterinya semula.

“ Jom masuk. Kita rehat dulu. ” ajak Heeseung.

¦

Jake tidak boleh melelapkan mata. Dia tidak boleh tidur memikirkan keadaan Taeri. Mereka sudah mencari dan melaporkan kepada polis tetapi masih tiada tanda - tanda Taeri akan ditemui.

Taeri tidak membawa telefonnya bersama jadi itu menyukarkan Jake dan yang lain - lain. Andai sahaja dia temani Taeri tadi pasti gadis itu akan hilang.

I'm sorry, Taeri. ” bisik Jake perlahan sambil memeluk bantal kecil itu. Seolah - olah dia sedang memeluk gadis itu tetapi kehangatannya tiada.

Perlahan - lahan matanya mahu terlelap tetapi bunyi telefon membuatkan Jake sedar semula. Dia segera mencapai telefon dan membaca pesanan yang dihantar.

unknown
| how come you
can fall asleep?
| meanwhile she's
with me?

jakey
| where's she
| tell me and
we're done

unknown
| send location
| dont bring anyone
| just you

Jake menekan lokasi yang dihantar. Ternyata tempat itu berada di dalam hutan yang agak jauh dari kawasan perumahan. Tanpa menunggu apa - apa Jake terus bangun dan mencapai jaket.

Dia perlu selamatkan Taeri semula. Jake memandang Sunghoon yang sudah nyenyak tidur itu. Jake mahu mengajak Sunghoon tetapi dia tidak mahu sesiapa terluka.

Jake terus keluar dari biliknya lalu bertembung dengan Heeseung. Lelaki itu segera menahan Jake.

“ Nak pergi mana? Dah lewat ni Jake, pergi rehat dulu. ” ujar Heeseung.

“ Jake nak keluar ambil angin. See you! ” balas Jake dan langsung keluar dari vila itu.

Dia segera masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan vila. Dia perlu segera tiba sebelum mereka melakukan perkara buruk pada Taeri. Jake terus mengikut laluan yang di bawa oleh GPS itu.

Kereta itu masuk ke dalam kawasan hutan dan Jake segera memberhentikan kereta. Dia keluar dari kereta selepas ternampak sebuah rumah usang di dalam hutan.

Jake yakin Taeri berada di situ. Dia segera mendekati rumah usang itu dan mengetuk pintu berkali - kali.

“ Aku tahu kau dekat dalam! Buka sekarang! ” ujar Jake.

Tanpa Jake sedar ada seseorang berdiri di belakangnya bersama sebatang kayu. Orang itu mengukir senyuman sinis sebelum mengayunkan kayu itu tepat ke kepala Jake.

Penglihatan Jake menjadi kabur, rasa sakit menyapa kepalanya. Tubuhnya rebah di atas lantai dan akhirnya tidak sedarkan diri.

“ Dua - dua sama senang pengsan. Huh! ”








+ nak cakap kiss scene lambat lagi huhuhuuu

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now