1.10 // fever behavior

1.9K 256 77
                                    

Pintu bilik Taeri diketuk berkali - kali membuatkan tidurnya terganggu. Dalam keadaan yang mamai Taeri bangun dan mendekati pintu bilik lalu membukanya.

Dia menggosok mata memandang Jake yang sedang berdiri di hadapannya. Lelaki itu kelihatan seperti tidak cukup tidur sahaja.

“ Hmm, awak nak ap—Jake? ” terkejut Taeri ketika Jake tiba - tiba memeluknya erat, seolah Taeri ialah bantal peluk.

Jake tidak membalas soalan itu malah dia mengeratkan lagi pelukan di tubuh gadis itu. Terkedu dengan tindakan Jake itu membuatkan Taeri menepuk bahunya.

Secara jujur, Taeri terkejut kerana Jake tidak pernah berada sedekat ini dengan dirinya.

“ Jake? Awak ok tak ni? ” soal Taeri lagi dan Jake menggeleng kemudian dia menarik tangan Taeri menuju ke dalam biliknya.

Dia duduk di birai katil lalu mendongak memandang Taeri. Tangan gadis itu dipegang lembut bersama senyuman nipis membuat Taeri malu dan berdebar.

“ Teman Jaeyun tidur. ” ajaknya membuatkan Taeri terdiam. Tidak lupa bibir yang di muncungkan membuat Taeri mahu mencubit pipinya.

Tetapi dia tidak salah dengar, lelaki itu mengajaknya untuk tidur bersama. Di katil yang sama dan bilik yang sama, berdua. Pipi Taeri terasa panas.

“ Jake kenapa dengan awak ni? ” soal Taeri lagi dan Jake hanya mendengus perlahan.

Tangan Taeri ditarik lagi supaya gadis itu duduk di atas katilnya. Dia menepuk tempat di sebelahnya lalu Taeri hanya menurut sahaja. Dia baring di sebelah Jake lalu tubuhnya dipeluk oleh Jake.

Taeri kaku dan tidak tahu mahu memberi reaksi yang macam mana. Tangannya terus memegang dahi Jake dan benar sangkaannya demam Jake belum kebah lagi.

Dia tersenyum nipis selepas menyedari apa yang sedang berlaku. Jake berubah menjadi manja ketika dia tidak sihat.

“ Temankan Jaeyun—omma jarang teman Jaeyun. ” bisik Jake separuh sedar. Taeri mengusap kepala Jake lembut.

“ Ya, Taeri temankan. ” balas Taeri lembut.

Dia menunggu Jake terlelap sebelum dia bangun semula. Selimut ditarik hingga ke paras dada Jake. Kepala Jake diusap lembut lalu dia baring berhadapan dengan Jake.

¦

“ Saya dah agak dia mesti demam. Haih, kenapalah dia degil sangat? ” soal Sunghoon sambil mengurut dahinya. Dia menggeleng perlahan.

Jake yang masih lagi tidur itu dipandang lalu beralih ke arah Taeri. Isteri sepupunya itu cuma mengangkat bahu tanda tidak tahu

Awal pagi Sunghoon sudah datang ke rumah Jake. Dia menerima pesanan dari Taeri yang menyuruh dia datang ke rumah. Sunghoon tanpa bantahan hanya datang.

Ketika dia tiba Ahjumma Lee terus menyuruh dia naik ke bilik Jake. Ternyata Jake tidak sihat dan Taeri mahu meminta tolong Sunghoon. Tetapi lelaki itu perlu ke sekolah.

“ Awak pernah jaga dia? ” soal Taeri dan Sunghoon menganggukkan perlahan. Dia pernah menjaga Jake ketika sakit dan itu sangatlah susah.

“ Susah. ” balas Sunghoon.

Dia teringat ketika menjaga Jake ketika dia demam. Mereka bermain bola ketika hujan dan Jake akhirnya demam panas. Sunghoon juga masih ingat dengan jelas perilaku Jake.

Lelaki itu menjadi manja ketika dia sakit. Tiba - tiba Sunghoon senyum sinis.

“ Malam tadi awak tidur dengan Jake ke? ” soal Sunghoon.

Taeri terdiam, pipinya memerah dan dia segera mengalihkan pandangan. Sunghoon ketawa kecil melihat reaksi Taeri, sudah jelas gadis itu menemani Jake malam tadi.

Kepala Taeri diusap, “ kuatkan hati—Jake yang sakit lagi mencabar dari yang biasa. ”

Taeri mencebik lalu memandang Sunghoon dengan tajam. Lelaki itu pasti tidak akan pernah berhenti mengejeknya. Selepas ini pasti Sunghoon akan mengejeknya lagi dan lagi.

“ Tak ada tip lain ke? ”

“ Hmm, ada! Cuba elakkan diri awak dari melawan. That boy is very sensitive. ” balas Sunghoon sambil mengenyit mata.

Kemudian Ahjumma Lee mengajak Sunghoon untuk sarapan dahulu sebelum bergerak ke sekolah. Tinggallah Taeri bersama Jake di dalam biliknya.






 Tinggallah Taeri bersama Jake di dalam biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+ 10 months or let me in?

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now