[#] WARNING! HARSH CONTENT AND BAD WORD! nak mencarut pun tarik nafas dalam - dalam 😄
' Tuan Jake akan berkahwin. Aku sedih sebab aku dah lama sukakan dia. Tapi aku sedar diri yang dia tak akan pandang aku. Isteri Tuan Jake nampak baik tapi aku tak suka dia. Walaupun aku tahu dia yang akan jaga Tuan Jake nanti. Oh Tuhan, kenapa mesti dia? '
' Aku cuba rosakkan hubungan dia orang. Aku sengaja ragukan perasaan Taeri pada Tuan Jake. Tapi tak berhasil dan lebih teruk aku dipindahkan ke rumah lain. Nasib baik Tuan Sunghoon pindahkan aku dekat sekolah yang sama. Bolehlah aku jumpa Tuan Jake hari - hari! '
' Cuti musim panas tiba! Aku dapat pergi bercuti tapi aku ada misi. Misi aku ialah untuk memisahkan Tuan Jake dan Taeri. Ya, aku tahu benda tak bagus tapi tak ada cara lain. Aku minta bantuan Cik Yuna. Ternyata dia pun nak singkirkan Taeri. '
Jake menghela nafas, beberapa helaian kertas dibaca olehnya berkali - kali. Ternyata apa yang disimpan oleh Jia jauh lebih perit dan dia menjadi kasihan terhadap Jia. Namun memikirkan apa yang gadis itu lakukan rasa itu langsung hilang.
Apakah yang ada di fikiran Jia? Tidak cuma Jia tetapi Yuna juga. Adakah dengan cara ini dapat memisahkan Jake dan Taeri? Sudah tentu tidak kerana Jake semakin sayangkan Taeri.
“ Awak baca lagi kertas - kertas tu? Jake jangan kusut kan lagi fikirkan awak. Saya sarankan untuk awak berjumpa dengan Yuna dan Jia. ” ujar Taeri sambil duduk di sebelah Jake.
Lelaki itu masih lagi membaca kertas - kertas yang diberi oleh Sunghoon. Taeri juga sudah membaca dan jujur, dia sedikit kecewa dengan sikap Jia. Jadi selama ini gadis itu cuma berpura - pura di hadapannya.
Kalau ikutkan hati dan perasaannya sudah lama Taeri bertemu Jia. Dia mahu meluahkan semua rasa marahnya namun ditahan. Taeri tahu dengan marah tidak akan selesaikan apa - apa.
“ Aku takut aku hilang kawalan dan lepaskan rasa marah aku. Aku tak nak sakitkan Yuna dan Jia. ” balas Jake dan menyandarkan kepala di bahu Taeri.
Taeri memegang wajah Jake dan mengecup dahi itu lama. Kemudian turun ke hidung dan berakhir di bibir suaminya. Jake langsung memeluk Taeri dan melanjutkan ciuman itu. Jake rasa sedikit tenang.
Namun tanpa Jake tahu Yuna sedang berada di dalam bahaya.
¦
Malam itu, hujan turun dengan sangat lebat dan membuatkan Yuna tidak boleh tidur. Dia ambil keputusan untuk membancuh air dan menunggu hujan mereda. Bersama bunyi kilat dan guruh Yuna gagahkan dirinya untuk turun ke dapur.
Sambil membancuh minuman Yuna terfikir, “ apa khabar budak bodoh tu? Hmm, bukan hal aku! ”
Suis lampu dimatikan dan Yuna membawa cawan itu ke arah meja makan. Baru sahaja dia mahu duduk telinganya menangkap bunyi seperti sudu jatuh ke atas lantai. Walaupun hujan lebat Yuna dapat mendengar dengan jelas.
“ Ahjumma Jung ke? ”
Yuna segera bangun dan menuju ke dapur. Dia terkejut melihat lampu dapur menyala sedangkan sebentar tadi dia baru sahaja matikan suis. Yuna memandang ke atas lantai dan benar sangkaannya ada sudu di atas lantai.
Tetapi, siapa yang jatuhkan?
Sudu diangkat dan Yuna meletakkan sudu di atas meja. Dia melangkah ke arah suis dan sekali lagi lampu dimatikan. Sebaik sahaja dia mahu membuka langkah rambut Yuna ditarik dengan kasar membuatkan dia menjerit.
“ Kau siapa! Lepaskan aku—ARRGHH! ” ayat Yuna tergantung apabila kepalanya dihantuk pada peti sejuk.
Pandangannya menjadi sedikit kabur namun tangannya tetap cuba melawan. Kukunya mencakar tangan yang merentap rambutnya itu. Namun orang itu tidak peduli dan membawa Yuna ke jalan raya.
Tubuh Yuna ditolak kasar ke atas jalan. Di dalam hujan lebat itu Yuna cuba untuk melihat gerangan yang menariknya.
“ Ka-kau.. siapa.. ” soalnya lemah.
Orang itu ketawa sinis dan langsung mendekati Yuna. Dagu Yuna dipegang kasar, “ kau dah lupakan aku ke Shin Yuna? ”
Mata Yuna membulat apabila menyedari siapa yang berada di hadapannya. Buku lima di kepal dengan kuat dan membuatkan orang itu ketawa sinis melihatnya. Jika kepalanya tidak berdenyut dia sudah melawan.
“ Kau! A-apa lagi yang kau t-tak puas?! Berani betul kau, Kwon Jia! ” soal Yuna dengan kasar.
Jia hanya ketawa, dia memandang ke arah Yuna. Pandangan penuh benci dan marah dia berikan. Gadis itu sudah membuatkan dua lelaki marah kepadanya. Adakah Jia patut biarkan?
Sudah tentu tidak. Jia masih belum puas. Jika dia tidak dapat menyingkirkan Taeri, dia akan singkirkan Yuna.
Jia menarik paksa tangan Yuna supaya gadis itu berdiri. Bersama tubuh yang masih lemah Yuna cuba berdiri dan memandang Jia tajam. Gadis itu benar - benar mencabar dirinya.
“ Tak guna kau, Kwon Jia! ”
Dia cuba menyerang namun Jia malah menjauh. Melihat tubuh terhuyung hayang Yuna membuatkan Jia ketawa sinis. Sekali lagi Yuna menyerang dan Jia menjauh.
“ Aku takkan lepaskan kau! Bodoh! ”
“ Oh really? Kau ke aku yang bodoh sekarang? ” balas Jia.
Pada masa itu sebuah kereta dengan kecepatan yang tinggi menerpa ke arah Yuna. Oleh kerana hujan lebat dan langit yang gelap menyukarkan pemandu untuk melihat.
Yuna kaku di tempatnya, pemandu itu menekan hon supaya dia beralih. Namun Yuna kaku dan beberapa saat kemudian tubuhnya dilanggar. Tubuhnya terlambung ke seberang jalan dan kepalanya terhantuk pada jalan raya.
“ Ini yang kau dapat sebab gunakan aku. Sweet dream, Shin Yuna! ”
+ for next update, nash akan
update lepas berbuka.yes or no?
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...