[#] 18+ — consist of some bad words. baca perlahan - lahan. tarik nafas dalam - dalam sebelum mencarut 😅✌
Jake merasakan tubuhnya berada di atas lantai yang dingin dan tangannya diikat dengan kuat sekali. Keadaan gelap di dalam bilik itu membuatkan dia sukar untuk melihat.
Dia tidak tahu berapa lama dia tidak sedarkan diri tetapi dia tahu sekarang sudah pagi. Jake cuba melepaskan diri dan mendengus kuat apabila sedar pergerakannya terbatas.
" Dah bangun? " sapa seseorang yang tidak dapat dilihat oleh Jake.
" Kau siapa? Mana kau sorokkan dia? " soal Jake sambil cuba melepaskan ikatan tangannya itu. Suara ketawa bergema memenuhi bilik itu.
Bunyi derap kaki mendekati Jake dan akhirnya betul - betul berhenti di hadapan Jake. Bersama sedikit tenaga yang ada Jake mendongak memandang lelaki itu.
Matanya membulat saat melihat wajah itu. Wajah yang tidak asing lagi di matanya.
" Nicholas? "
" Long time no see, Jakey? " sapa Nicholas bersama senyuman sinisnya itu. Dia mencangkung lalu memegang rahang Jake dengan kasar.
Jake mendengus geram membuatkan Nicholas ketawa semula. Kali ini lebih sinis dan menyakitkan telinga dan hati Jake. Dia tidak sangka dia akan bertemu dengan lelaki ini semula.
Setelah beberapa tahun menghilangkan diri dari Jake dan yang lain - lain. Dia kembali semula seolah - olah tiada apa yang terjadi antara mereka berdua.
" Berani kau munculkan diri semula? Aku fikir kau dah mati Nicho! " ujar Jake dengar sangat kasar. Jika tangannya tidak diikat pasti dia sudah ditumbuk muka Nicholas.
" Well, aku dah menghilang untuk waktu yang lama. Tak salahkan untuk aku kembali? " balas Nicholas sambil berdiri semula
Satu lampu menyala tepat ke arah Jake yang masih lagi berada di atas lantai. Dia memandang ke kiri dan kanan mencari bayang Nicholas tetapi tiada.
" Kau—kau pergi macam tu ja? Kau hilangkan diri lepas polis dapat bukti! Pengecut macam kau boleh pergi mati! " Jake bersuara sambil mengetap rahang.
" Coward, huh? Moving on, now let's talk about you dearest wife. I can see that she's good at pleasuring people. " bisik Nicholas tepat di telinga Jake membuatkan lelaki itu memusingkan tubuhnya untuk menyerang Nicholas.
Tetapi Nicholas lebih pantas mengelak dan sekali lagi dia ketawa melihat Jake. Tiada upaya untuk melawan dan lemah.
Sejak dulu lagi dia tidak suka pada Jake. Lelaki itu lebih menarik perhatian berbanding dirinya. Kemudian muncul Jay dan Sunghoon hinggakan dirinya tenggelam di antara mereka berempat.
Nicholas ibarat bayang - bayang mereka bertiga.
" Don't touch her! Kau tak layak sentuh dia! " fikiran Jake mulai berfikir yang bukan - bukan. Dia tidak mahu Taeri menjadi mangsa Nicholas yang seterusnya.
" Pity you—i already did. Not gonna lie, she's irresistible. " balas Nicholas.
Jake mengetap bibir, berani sungguh Nicholas menyentuh Taeri. Sedangkan dirinya tidak pernah melepasi batas. Nicholas senyum sinis sambil berpeluk tubuh.
Ruang itu kembali gelap gelita dan kemudian Jake melihat bayang Nicholas melangkah keluar dari bilik itu.
¦
Bunyi siulan mengejutkan Taeri dari tidurnya. Dia mengeluh ketika merasakan ikatan pada kedua - dua belah tangannya. Taeri sempat berfikir yang dirinya sedang mimpi tetapi tidak.
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...