Sebaik sahaja pulang sekolah Jake segera bersiap untuk joging. Dia memakai seluar track, t-shirt putih dan hoodie berwarna hitam. Dia sengaja pulang lebih awal sebelum Taeri.
Ah, bukan masalah dia jika gadis itu pulang dari sekolah seorang diri. Jay pasti akan mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri dengan Taeri. Jake mendengus.
Setelah mengikat tali kasutnya Jake terus turun ke bawah. Sudah 2 minggu dia tidak joging dan hari ini dia mengajak Sunghoon sekali. Dia tidak mahu mengajak Jay, takut rahsianya diketahui.
Sunghoon yang menunggunya di halaman rumah itu menegur ketika Jake sudah keluar.
“ Kau keluar ni Taeri tahu tak? ” soal Sunghoon sambil menyimpan telefon ke dalam poket seluarnya.
“ Perlu ke? ” balas Jake dan Sunghoon menepuk dahinya. Agak kesal dengan sikap Jake yang mementingkan diri dan dingin itu.
Sunghoon bukan apa, setelah apa yang terjadi di sekolah tadi, pasti Taeri mahu bercakap dengan Jake. Dia pasti mahu tahu sebab Jake memarahi Taeri.
Gadis itu tidak membuat salah tetapi Jake melepaskan marahnya kepada Taeri. Jika Sunghoon di posisi Taeri pasti dia sudah kalah dan menangis pada waktu itu.
Jujur, Sunghoon mahu ketawa melihat sikap sepupunya itu. Dia mengenali Jake sejak mereka kecil lagi dan dia tahu seperti apa Jake bereaksi ketika dia marah atau tidak.
“ Diakan isteri kau. Mestilah kena tahu! ” balas Sunghoon lagi. Jake memutarkan matanya laku dia mendekatkan wajahnya dengan Sunghoon.
“ Corretion, isteri atas kertas. That's it! ” balas Jake dengan nada tegas. Cuba untuk meyakinkan Sunghoon.
Sunghoon ketawa sinis, “ said the one who asked where is his wife at. ”
Jake memutarkan mata, dia menjauhkan dirinya dari Sunghoon dan melangkah menuju ke pintu pagar. Dia tidak mahu moodnya bertambah rosak hanya kerana Sunghoon sibuk tentang Taeri.
Taeri itu, Taeri ini. Dia sudah muak mendengar nama gadis itu. Sebolehnya dia mahu melepaskan tekanannya dengan berjoging. Sunghoon ketawa kecil.
“ Tunggu la aku! ” jerit Sunghoon sebelum keluar dari pintu pagar itu.
¦
“ Awak balik sendiri? Tak nak saya hantar? ” soal Jay sebaik sahaja mereka berdua melangkah keluar dari bangunan sekolah.
Wajah Taeri yang sudah segar itu dipandang lama. Taeri hanya mengangguk, dia tidak mahu susahkan Jay lagipun dia sudah mendail pemandunya. Selain itu, dia tidak mahu rahsia mereka terbongkar.
Walaupun dia kesal dengan Jake tetapi dia tetap ingat perjanjian mereka. Dan Taeri bukanlah seorang yang mudah memungkiri janji.
Mungkin, belum waktunya.
“ Saya ok ja, awak jangan la risau. ” balas Taeri lagi bersama senyuman manisnya. Jay juga tanpa sedar mengukir segaris senyuman untuk Taeri.
“ Awak abaikan apa yang Jake katakan tadi. Mungkin dia emosi tentang masalah peribadi dia. ” tambah Jay.
Taeri hanya mengangguk, dia teringat kembali apa yang dia bualkan dengan Ahjumma Lee. Jake sering merasakan semua usahanya sia - sia kerana orang tuanya kurang perhatian.
Taeri mengerti, untuk menjadi yang terbaik bukanlah mudah.
Lamunan Taeri hilang ketika bunyi hon kereta kedengaran. Dia menoleh dan sudah ada kereta peribadinya di situ. Dia segera meminta izin untuk pulang dari Jay.
Lelaki melambaikan tangannya sambil tersenyum. Taeri membalas sebelum dia masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja kereta itu menghilang Jay berbisik kepada dirinya.
“ Pemandu tu. Aku macam pernah nampak. ” bisik Jay tetapi dia hanya mengangkat bahu. Mengabaikan, mungkin dia silap tengok.
Rumah
Taeri berdiri di tingkap mendongak memandang langit yang semakin mendung itu. Kemudian dia duduk di sofa, Ahjumma Lee memanggilnya untuk makan tetapi Taeri menolak.
Akhirnya dia terlelap di ruang tamu ketika menunggu Jake dan terbangun ketika mendengar bunyi pintu ditutup.
Benar sangkaannya, Jake sudah pulang bersama bajunya yang basah lencun. Lelaki itu hanya memandangnya sekilas sebelum naik ke biliknya. Taeri terus berdiri.
“ Awak tunggu dulu! ” panggil Taeri sambil mengejar Jake yang sudah berada di pintu biliknya. Dia segera mendekat.
“ Awak pergi mana tadi? S-saya tunggu awak. ” tambah Taeri lagi.
Dia tidak berani memandang Jake kerana tidak mahu melihat wajah itu ketika menghinanya. Jake segera memusingkan tubuhnya, moodnya sudahlah tidak baik ditambah dengan Taeri pula.
Dagu Taeri dipegangnya supaya gadis itu memandang wajahnya. Taeri berasa gugup melihat mata Jake itu.
“ Aku nak pergi mana pun itu hak aku dan kau tak perlu tunggu balik. Rimas kau tahu? ” ujar Jake selamba lalu melepaskan dagu Taeri.
Rambutnya yang basah itu dikeringkan mengguna tuala kecil. Tanpa mendengar balasan dari Taeri, pintu bilik terus ditutup membuatkan Taeri terkedu.
Namun, pada masa yang sama dia lega kerana Jake sudah pulang.
“ Saya cuma risaukan awak. ” gumam Taeri.
my favorite trio <3
—repost!
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...