DING! DONG!
Bersama langkah yang lelah Taeri turun ke bawah menuju ke pintu rumah. Dia berfikir, siapa yang datang ke rumah mereka awal pagi seperti ini? Matahari pun belum terbit lagi dan Taeri belum mandi.
Dia menggosok mata sambil memulas tombol pintu. Dia mendongak dan bertemu dengan sepasang mata yang asing namun raut wajah itu pernah dilihat. Bersama wajah separuh sedar Taeri bersuara.
" Encik siapa ya? Kenapa datang rumah ni? " soal Taeri semesra yang dia boleh. Lelaki itu mengukir senyuman nipis sebelum bersuara.
" Saya Shim Jaehun, abang kepada Jake. " balas lelaki itu dan berjaya membuatkan Taeri yang separuh sedar itu sedar sepenuhnya.
Shim Jaehun? Abang Jake?
Taeri menelan air liur, tidak tahu mahu berkata apa lagi. Sudahlah bertemu dengan abang ipar dengan berpakaian seperti ini pula! Ah, Taeri rasa seperti mahu melompat ke dalam kolam yang berada di taman rumah mereka sekarang.
Jaehun menahan diri dari ketawa dan memasang wajah dingin. Dia mahu melihat sejauh mana Taeri akan gelabah.
" Silakan masuk, sa-saya panggilkan Jake. " ujar Taeri sambil memberi jalan untuk Jaehun masuk. Setelah Jaehun masuk dia segera menutup pintu dan naik ke bilik Jake.
Dia mahu mengetuk terlebih dahulu tetapi dia terus masuk. Ini kali pertama dia bertemu Jaehun, mana mungkin dia akan terus melayan lelaki itu seperti abang. Katil Jake didekati dan bahu lelaki ditepuk lembut.
" Awak? Bangunlah cepat! " panggil Taeri lagi.
" Ermm? Omma... hari ni kan cuti... " Jake menolak tangan Taeri dan memeluk lebih erat bantal peluknya. Taeri bercekak memandang lelaki itu. Inilah padah
mereka berdua kerana mengadakan movie marathon semalam.Taeri menepuk bahu Jake lagi, " Jaeyun bangun lah! Ada abang awak dekat bawah tu! "
Mendengar perkataan abang membuatkan Jake terus bangun. Matanya masih lagi terpejam menandakan dirinya masih mamai tetapi pendengarannya masih elok. Dia menoleh memandang Taeri.
" Jaehun hyung? " soal Jake dan Taeri mengangguk berkali - kali. Nampaknya Jake juga tidak percaya yang abangnya berada di rumah mereka, pada waktu fajar seperti ini!
Akhirnya tanpa rela Jake bangun untuk membasuh muka lalu turun ke bawah. Hatinya tidak senang duduk, sudah 3 tahun sejak lelaki itu melarikan diri dan kini dia kembali.
Dia pasti abangnya, Shim Jaehun, mempunyai motifnya tersendiri.
¦
" Hyung nak apa? " soal Jake sebaik sahaja dia duduk di sofa. Dia melihat Jaehun sedang mengunyah buah, pasti lelaki itu ambil sendiri.
" Woah easy, Jakey. " balas Jaehun sinis.
Jake memutarkan matanya kemudian memandang Jaehun tajam. Dia tidak sangka dia akan bertemu dengan abangnya semula selepas apa yang berlaku. Lelaki itu boleh muncul semula seperti tiada apa yang berlaku.
Kerana Jaehun, dia perlu mengambil posisi appanya. Kerana Jaehun, dia menjadi semakin dingin. Kerana Jaehun, hidupnya berubah.
" Boleh tak hyung cakap apa yang hyung nak? Jaeyun malas nak main teka teki. " ujar Jake lagi.
Melihat wajah bengang Jake itu membuatkan Jaehun ketawa kecil. Dia pulang semula untuk memperbetulkan segala yang terjadi antara mereka berdua. Jaehun tahu yang Jake masih marah kepadanya.
Bersama senyuman manis dia bersuara, " hyung nak tumpang. Only for one week! "
" Tumpang? Hyung ada black card yang appa bagi! Kenapa mesti tumpang rumah Jaeyun juga? No, pergi tempat lain. " balas Jake lagi. Wajah Jaehun langsung tidak dipandang oleh Jake, seolah wajah itu merosakkan matanya.
Antara sebab lain ialah dia tidak mahu Jaehun tahu tentang hubungannya dan Taeri. Jika lelaki itu tinggal di situ pasti dia akan tahu yang Taeri tidak tidur bersamanya. Jaehun pasti akan mengadu kepada Puan Shim.
Menjadi anak sulung membuatkan orang tuanya lebih percaya pada Jaehun. Dan itu membuatkan Jake semakin menyampah dengan abangnya. Sebab yang lain ialah Jaehun lah yang sepatutnya berkahwin dengan Taeri.
Jaehun berpeluk tubuh, dia bersandar pada sofa sambil mengunyah buah epal itu.
" That girl, she's Kang Taeri right? " soal Jaehun secara tiba - tiba membuatkan Jake mencebik. Adakah abangnya berpura - pura tidak mengenali Taeri?
" Dah tahu kenapa tanya? " balas Jake bersama nada malas.
Mustahil Jaehun tidak tahu tentang Taeri sedangkan lelaki itu pernah melihat gambar Taeri. Tetapi menjadi dirinya yang mementingkan diri dan tidak mahu menerima posisi Tuan Shim, Jaehun melarikan diri ke Australia.
Jake berusia 16 tahun ketika itu, mustahil untuk orang tuanya kahwinkan dirinya dengan Taeri. Seperti yang dia katakan, mereka berdua ialah korban dari rancangan ini.
" She's cute and now i'm regret running away from that arranged marriage. "
BAM!
"Yes, she is. Also a friendly reminder for you-she is my wife. Make yourself at home, brother. " balas Jake sebelum dia naik ke atas.
Jaehun yang masih berada di ruang tamu hanya ketawa kecil. Suka melihat gelagat Jake yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.
" Possessive, i see. Omma should know about this. "
+ fyi, itu bukan nama betul abang jake itu rekaan semata - mata. okie?
let's imagine muka abang dia macam ni. bang chan sesuai untuk watak jaehun huhuhuuu
#STAYGENE FOR LIFEU ❤🙈
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...