" You doing a good job Jia! Sekarang aku tak sabar nak tengok reaksi perempuan tu. Dia mungkin miliki Jake tapi aku takkan biarkan hidup dia bahagia. "
" Ini ja yang saya kena buatkan? Tak ada lagi tugas yang awak nak beri pada saya kan, Cik Yuna? "
" Kau pasti Sunghoon tak syak kau lagi? Ingat Jia kalau ada sesiapa tahu tentang perkara ni. Aku takkan lepaskan kau—kalau aku perlu ke penjara sekali pun. Understand!? "
" Ya, Cik Yuna. "
Seperti itulah isi rakaman yang dibawa oleh Heeseung. Lima orang yang baru selesai mendengar rakaman itu terkedu dengan bukti yang ada itu. Terutama sekali Taeri dan Sunghoon. Mereka berdua sangat mempercayai Jia.
Sunghoon mengetap bibirnya, " betul sangkaan aku, budak tu khianat kita! "
" Hoon sabar! Memang Jia yang sebarkan gambar tu tapi dia mesti ada sebab tertentu! Kau tak boleh marah dia tanpa se— "
" Aku marah sebab aku tahu kenapa dia buat macam tu! Kau tak sedar ke Jake? Jia simpan perasaan terhadap kau tapi kau bercinta dengan Yuna dan berkahwin dengan Taeri! Ka-kau—kau tahu kenapa aku suruh appa kau tukar Jia ke rumah aku? Sebab dia sukakan kau! " jawab Sunghoon yang membuatkan Jake terkedu lagi dan lagi.
Selama ini, gadis bernama Jia itu menyimpan perasaan terhadapnya? Jake mengaku yang dia sudah mengenal Jia sejak kecil tetapi dia tidak pernah menganggap Jia lebih dari seorang kawan perempuan. Dia memandang Jia sebagai kawan sahaja.
" Hoon— "
Sunghoon ketawa sinis, " dan aku pula bodoh boleh jatuh hati dekat perempuan macam dia! Tak kira apa yang aku buat, apa yang aku cakap dia cuma pandang kau Jake! Kau tahu betapa kecewanya hati aku bila dia cakap kau penting untuk dia? "
Tiada jawapan dari Jake.
Dia sudah terdiam kerana melihat wajah Sunghoon. Tidak pernah lagi Sunghoon marah seperti ini. Sunghoon berdecit kesal, dia membuka beg sekolahnya lalu mengeluarkan beberapa helai kertas. Dia meletakkan kertas itu di atas meja dengan kasar.
" Aku harap ini jawapan kepada soalan kau. Aku cemburukan kau Jake tapi aku sepupu dan kawan aku! Ingat Jake, bukan Taeri ja dalam bahaya— "
" —Yuna pun. "
¦
Bersama langkah yang besar dan kasar Sunghoon mendekati Jia yang sedang menyusun pasu bunga bersama Minji. Tanpa sebarang sapaan Sunghoon langsung menarik lengan Jia menjauh dari kawasan taman itu. Dia membawa Jia ke ruang tamunya.
" Tu-tuan Sunghoon—kenapa Tuan tarik saya macam tu? " soal Jia dengan gugup. Dia menjadi dua kali lebih gugup selepas melihat wajah bengang Sunghoon.
Sunghoon ketawa melihat wajah polos milik Jia. Wajah polos yang berjaya menyembunyikan kesalahannya sendiri, wajah polos yang berjaya mengaburkan pandangan orang lain dan wajah polos yang berjaya mencuri hatinya.
Dia melangkah mendekati Jia sehingga gadis itu terjatuh di atas sofa. Bibir Jia bergetar dengan cepat ketika melihat pandangan mata Sunghoon. Mata itu menunjukkan betapa kasar dan ganas diri Sunghoon sekarang. Sunghoon mengunci pergerakan Jia.
Kedua - dua tangan Sunghoon memegang lengan Jia. Kini tubuh besarnya berada di atas Jia. Jika dilihat dari arah yang salah posisi itu terlihat agak intim. Jia menyedarinya dan berasa takut.
" Tuan Sunghoon jangan buat macam ni! Sa-saya takut! " ujar Jia dan dibalas dengan ketawa sinis dari Sunghoon. Nafas kasar Sunghoon menyapa wajahnya membuatkan dia memejamkan mata dan menahan air matanya.
" Kau takut? Kau patut takut bila kau kehilangan kepercayaan aku. Kwon Jia, kau patut takut bila Shin Yuna dekati kau. Dan kau patut takut bila aku cakap aku bencikan kau sebab takkan ada peluang kedua untuk kau. " bisik Sunghoon dengan suara beratnya.
Jia memejamkan matanya apabila Sunghoon semakin mendekat. Lelaki itu menghidu haruman di lehernya dan itu membuatkan air matanya mengalir. Jia sangat menyesali perbuatannya.
" Tuan— "
" Your innocent might blind my eyes but not my heart. Once you lose my trust, you won't have it. Not anymore. " bisik Sunghoon membuatkan Jia kaku.
Sunghoon segera bangun dan menjauhkan diri dari Jia. Bibirnya mengukir senyuman sinis sebelum melangkah ke biliknya. Dia tidak mahu memberitahu Jia tentang perasaannya. Itu hanya merumitkan lagi keadaan.
Jika Jia benar - benar menyukai Jake, itu bukan masalahnya. Sunghoon tidak akan menagih kasih gadis itu.
+ double up cuz why not?
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...