[#] are you guys ready?
or not?Tiada kata - kata yang keluar dari mulut Jake dan Taeri selepas mereka membaca surat dari Jia. Mereka tidak menyangka yang gadis itu akan pergi dan tinggalkan mereka. Bahkan dia pergi terlalu jauh.
Entah mengapa air mata Taeri mengalir mengingat semula ayat - ayat. Rasa bersalah muncul di hatinya kerana dia tidak cuba untuk berjumpa dengan Jia. Jake terus memeluk Taeri erat.
“ Saya rasa bersalah Jake! Kenapa saya ego tak nak jumpa Jia? Saya biarkan dia seorang diri! Mesti dia sedih sangat - sangat! ” ujar Taeri sambil menangis di dada Jake.
Taeri terus menerus memikirkan Jia yang sudah pergi jauh dari mereka. Pasti gadis itu rasa seperti dibuang oleh mereka sedangkan Taeri sudah lama maafkan Jia.
“ Jangan salahkan diri sendiri. Mungkin ini keputusan dia untuk pergi. Biarkan dia pergi untuk pulihkan hati dia. Kita dah banyak kali lukakan dia. ” balas Jake lembut sambil mengusap kepala Taeri.
Namun tangisan Taeri malah semakin menjadi - jadi. Mungkin benar kata Jake, gadis itu pergi untuk memulihkan luka di hatinya. Tetapi dari surat itu sudah jelas dia mahu terus menghilang dari mereka.
Taeri tidak dapat membayangkan dirinya di posisi Jia. Pasti gadis itu menghadapi waktu yang sukar.
“ Saya nak cari Jia. Saya nak jumpa dia, bolehkan? Awak boleh tolong sayakan? Saya nak jumpa dia sangat - sangat! ” soal Taeri dengan penuh harapan.
Jake perlahan - lahan mengangguk. Permintaan Taeri agak sukar untuk dia tunaikan namun dia juga mahu bertemu Jia semula. Dia mahu meminta maaf kepada Jia.
“ Aku akan cuba. Kita usahakan sama - sama. Sudah jangan menangis muka kau dahlah macam Mickey Mouse kalau menangis. ” pujuk Jake dan menerima pukulan di dadanya. Taeri mendengus perlahan dan memeluk Jake semula.
“ Kalau saya Mickey Mouse. Awak macam Scooby Doo! ” balas Taeri.
Jake hanya ketawa dan membalas pelukan Taeri. Dia akan menunaikan permintaan Jia yang sudah tertulis di surat. Permintaan Jia ialah menjaga dan menyayangi Taeri.
“ Thank you and sorry for everything, Kwon Jia. ”
¦
2 tahun kemudian.
Taeri memandang pemandangan pokok - pokok hijau yang berada di hadapannya. Dirinya berasa sangat tenang namun diganggu apabila ada seseorang memeluknya dari belakang.
Tidak perlu toleh, dari bau minyak wangi sahaja dia sudah tahu. Siapa lagi kalau bukan suaminya sendiri? Tangan hangat itu mengusap perutnya lembut sambil merehatkan dagu di bahu Taeri.
“ Tenungkan apa tu, sayang? ” soal Jake tepat di telinganya.
“ Saya tengok pokok - pokok. Anak awak tiba - tiba rasa nak tengok pokok. Tenangkan macam ni? ” balas Taeri lembut.
Jake mengeratkan pelukannya di pinggang Taeri. Dia tersenyum nipis, sudah dua tahun berlalu sejak Jia menghilangkan dirinya. Tiada khabar mahupun surat dari Jia. Jujur, mereka masih rasa terpukul dengan kejadian itu.
Tidak cuma itu dalam tempoh dua tahun ini Taeri dikhabarkan mengandung. Bahkan keluarga mereka tidak sangka akan berita itu. Kini, kandungan Taeri sudah mencecah 8 bulan 2 minggu.
Taeri bersandar pada dada suaminya, “ awak rasa apa khabar Jia sekarang? ”
“ Saya tak tahu tapi mari kita berdoa yang dia baik - baik ja. Dan awak, jangan tertekan sangat tak elok untuk anak kita. ” balas Jake sambil mengusap perut Taeri dan isterinya hanya mengangguk.
Sejak hari itu, semuanya berubah namun mereka tetap teruskan hidup. Terutama untuk Sunghoon. Sifatnya berubah dan dia menjadi kurang bercakap. Bahkan dia menolak semua ajak para gadis yang menyukainya.
Keadaan Yuna juga semakin membaik namun Kai langsung menghilangkan diri. Jieun dan Jay juga semakin renggang kerana hubungan jarak jauh. Manakala Heeseung hanya menikmati hidupnya yang tiada kekasih.
“ Saya sayangkan awak, Jaeyun. ” ujar Taeri secara tiba - tiba. Jake hanya senyum dan memusingkan tubuh Taeri supaya memandangnya.
“ Ya, saya tahu. ” balas Jake lembut dan mendaratkan ciuman di dahi Taeri.
Taeri memeluk Jake semula dan merehatkan kepalanya di dada suaminya. Ketika dia sedang nyaman di dalam pelukan hangat itu tiba - tiba perutnya sakit. Taeri memegang tangan Jake yang terpinga - pinga.
“ S-sayang... ke-kenapa? ” Jake panik.
“ Awak! Saya... perut saya sakit!! ” jerit Taeri dan Jake tanpa menunggu apa - apa langsung membawa Taeri ke hospital.
Segalanya berjalan dengan lancar dan Taeri melahirkan bayi perempuan. Jake masuk ke dalam bilik dan melihat Taeri sedang memeluk bayi kecil mereka. Jake segera mendekat untuk melihat bayinya.
“ Thank you, honey. ” bisik Jake dan mengecup dahi Taeri lalu mendukung bayi kecil itu. Bibirnya tersenyum bahagia melihat ahli baru dalam keluarga mereka.
Mereka namakannya sebagai Sim Jia. Nama itu telah ditetapkan oleh Taeri sejak dia mengetahui jantina bayi mereka. Selain itu, nama itu juga untuk mengurangkan rasa bersalah mereka kepada Kwon Jia.
Doa mereka ialah kebahagiaan ini kekal hingga ke akhirnya. Dan juga kembalinya Kwon Jia.
+ THE END +
I'm so sad to say this but 'Seduce' is already end! A thousand thank you for you guys who support this book since day one! I'm so grateful for that!
Last but not least, see you on my other books! Love, Nash!
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...