Malam pertama. Taeri selalu beranggapan kalau malam pertama akan menjadi malam yang terindah-atau sekurangnya dia dapat berehat. Tetapi tidak.
Bersama gaun putih yang masih tersarung di tubuhnya itu dia tiba di rumah yang sangat asing di matanya. Dia memandang ke kiri dan kanan mengenali setiap sudut rumah itu.
" Hoi minah. Kau tak payah nak puji - puji rumah aku ni. Tu pergi amik beg kau dalam kereta. " arah satu suara dari belakangnya dan Taeri tahu siapa.
Jake Shim. Lelaki menyebalkan dan menjengkelkan yang Taeri pernah temukan di muka bumi ini. Sifatnya? Sangatlah. Tidak. Gentleman.
Ada ke pada malam pertama terus pulang ke rumah? Sekurang- kurangnya tidurlah di rumah pihak perempuan untuk mengenali ahli keluarganya. Namun, Jake tidak.
Dan Taeri sedar diri.
Jake jalan melintasi Taeri yang masih tegak di tempatnya, tiada sebarang niat untuk menolong Taeri-yang malangnya-isterinya membawa beg. Ah, Jake tidak sebaik itu.
Dia berbuat begitu supaya Taeri ingat bahawa perkahwinan ini sekadar untuk menguatkan lagi hubungan antara dua syarikat. Bukan hubungan antara dua manusia yang tidak bersalah.
Iaitu Jake dan Taeri.
Taeri bersama tubuhnya yang lelah terus melangkah keluar semula. Dia melihat begnya sudah diambil oleh seorang pekerja rumah itu. Segera dia mendekat.
" Biar saya yang bawak. Ini beg saya. " tangan Taeri cuba mengambil beg itu dari tangan pekerja itu. Wanita itu kelihatan sangat lelah jadi Taeri tidak mahu menyusahkan.
" Eh Puan-takpe ini kerja saya. " balasnya ringkas dan membawa masuk beg itu. Diikuti dengan Taeri yang masih lagi cuba mengambil beg itu.
Sungguh dia berasa bersalah dengan wanita itu. Tambahan pula pada waktu begini apa yang perlu dia lakukan hanyalah rehat.
" Ahjumma, saya boleh bawak. Apa kata ahjumma pergi berehat? "
" Jangan risau la, ahjumma boleh buat. " balasnya lagi dan ya, Taeri tidak sanggup. Ini baru hari pertama dia di rumah ini jadi dia tidak mahu menyusahkan orang.
" Biarkan dia bawak beg tu. Ahjumma kan rehat sekarang? "
Taeri mendongak dan ada Jake di sana yang sudah membersihkan badan. Dia juga memakai pakaian biasa iaitu T-shirt berwarna putih dan seluar hitam paras lutut.
Sangat kacak. Tidak. Jake dua kali lebih kacak jika memakai pakaian biasa sahaja.
" Baik Tuan Muda. " wanita itu akur dan segera berlalu pergi. Taeri menggigit bibirnya.
Dia memegang tali beg dengan kuat, bibir di ketap sambil menunduk memandang lantai marmar itu. Taeri sudah sedia mendengar kata kesat dari lelaki itu.
" Ingat, Kang Taeri. Dalam rumah ni kau kena buat semua kerja sendiri kecuali aku yang suruh semua pembantu tolong kau. Faham? " ujar Jake tanpa menuruni anak tangga.
Dia berhenti di sisi Taeri dan memandang gadis itu dari atas hingga ke bawah. Jake berdecit perlahan lalu terus melangkah ke dapur. Manakala Taeri mengambil keputusan untuk naik ke bilik.
Jake benarkan dia memilih bilik yang dia suka. Jadi Taeri memilih bilik yang berada berdekatan dengan bilik Jake. Mudah untuk dia menyoal apa - apa pada lelaki itu.
Selesai mandi Taeri mula mengemas barang dan pakaiannya. Dia berbaring di atas katil sambil memikirkan berapa lama dia akan memegang status sebagai isteri kepada Jake Shim.
Tanpa sedar Taeri sudah terlelap.
¦
Hancur. Hidupnya sudah hancur ketika dia mengucapkan janji kepada gadis bukan pilihan hatinya itu. Biarpun di hadapan Tuhan dia tidak rela.
Jake tidak rela berkahwin dengan Taeri. Walaupun dia tahu gadis itu juga merupakan mangsa keadaan tetapi dia membencinya. Atas sebab - sebab tertentu.
Jake bukan budak lelaki bodoh yang tidak mempunyai kekasih. Sudah tentu dia punya satu dan semuanya baik - baik sahaja sebelum orang tuanya sibuk mengenalkan Kang Taeri.
Sejak awal perkenalan mereka gadis itu memang tidak melekat di hatinya. Mereka seperti medan magnet yang sama tenaga-saling berlanggar-tidak pernah bercantum.
Ommanya malah mengatakan, " perbezaan itu saling melengkapi. "
" Melengkapi? Perempuan macam dia? " soal Jake sambil memandang ke luar tingkap itu. Bulan terang pada malam itu dan ianya membuatkan dia sedikit tenang.
Dia yakin semua ini akan tamat, tidak lama lagi. Jake pasti.
+ nama jake tu sim or shim?
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...