Taeri bangun awal pagi itu untuk bersiap ke sekolah dan untuk menyiapkan sarapan untuk Jake. Dia memandang uniform sekolah yang berada di tubuhnya.
Bahkan orang tuanya sanggup memindahkan Taeri untuk bersekolah di sekolah Jake. Alasan lebih mudah mereka ke sekolah-tetapi Jake menolak.
Bagaimana jika murid sekolahnya tahu? Boleh jadi kecoh anak keluarga kaya seperti Jake mempunyai isteri yang belajar di sekolah yang sama. Mungkin boleh termasuk dalam salah satu skandal terbesar.
Berkahwin pada usia 18 tahun, memang berisiko. Tetapi Taeri tetap berpindah ke sekolah yang sama. Itu ialah antara sebab Jake membencinya.
" Selamat pagi Puan Muda. Silakan duduk. " jemput seorang pembantu rumah.
Taeri agak terkejut melihat Jake yang sudah berada di meja makan, kemas berkemeja bersama tali leher. Sempat dia fikirkan Jake seperti lelaki - lelaki lain.
Tidak gemar bangun pagi dan lambat untuk ke sekolah. Segera menghapus lamunannya Taeri mengambil tempatnya.
" Kau nak makan apa? " soal Jake tanpa mengalihkan pandangan dari skrin telefonnya. Dia mungkin benci akan Taeri tetapi di meja makan dia tetap memikirkan sama ada Taeri mahu makan apa.
Taeri menggigit bibir, " toast? "
Jake hanya mengangguk dan dia menoleh ke arah seorang pembantu di situ. Memahami isyarat mata itu dia segera menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan buat Taeri.
Maka tinggallah mereka berdua bersama beberapa orang pembantu lagi. Jake meletakkan telefonnya di atas meja dan memandang tajam ke arah Taeri.
" We need to talk, Kang Taeri. " ujar Jake dan Taeri hanya mengangguk.
Jake mengambilnya sesuatu dari beg sekolahnya dan ditaruh di hadapan Taeri. Fail berwarna kelabu itu dipandang pelik oleh Taeri, banyak soalan muncul.
" Apa ni? "
" Baca dan hadam semua yang ada dalam tu. " arah Jake lagi.
Taeri hanya menurut dan dia membuka fail itu untuk membaca isinya. Hampir tersedak melihat bait - bait kata yang tekah di cetak di dalamnya.
-
PERJANJIAN PERKAHWIN DI ANTARA JAKE SIM & KANG TAERI
i. Rahsiakan hubungan dari orang lain-tak ada orang perlu tahu.
ii. Kedua - duanya bebas untuk membuat apa yang mereka suka. Tanpa pengetahuan ahli keluarga masing - masing.
iii. Kang Taeri perlu bangun awal untuk bangunkan Jake Shim. Tidak perlu siapkan sarapan kecuali disuruh.
iv. Belajar bersama - sama itu wajib!
v. Perjanjian terhapus setelah Jake Sim menceraikan Kang Taeri.
vi. Jake Sim dan Kang Taeri boleh menambah peraturan atas persetujuan antara kedua - dua pihak.
p/s : perjanjian ini hanya boleh diubah oleh Jake Sim sahaja.
-
Meringis Taeri membaca perjanjian yang boleh dia katakan tepat dan padat. Tidak perlu banyak waktu untuk menghadamkan semua itu. Sekali baca dia sudah faham.
Taeri mendongak memandang Jake.
" Awak memang dah bersedia ya? " soal Taeri perlahan. Dia cuba mengawal nada suaranya dari kedengaran seperti bergetar.
Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan Jake. Mungkin belum tiba lagi waktunya. Taeri perlu kuatkan dirinya.
" It's a win-win situation. " balas Jake acuh tak acuh. Dia mengambil semula fail kelabu itu.
Taeri tahu ini semua adil tetapi dia tidak suka. Seolah dirinya diperjudikan oleh keluarga dan suaminya sendiri. Taeri tidak mampu untuk melawan jadi hanya relakan sahaja apa yang Jake sudah tetapkan.
Perbincangan itu terhenti apabila toast yang diminta oleh Taeri sudah dihidangkan. Jake menikmati roti bakar bersama telur gorang sahaja. Ringkas sahaja.
Taeri beranggapan kalau itu ialah makan kegemaran Jake.
" Ada satu perkara yang aku lupa nak cakap. " tambah Jake setelah mereka selesai sarapan.
Dia berdiri untuk menyarungkan jas sekolah di tubuhnya. Kemudian beg sekolah disandangkan di bahu. Jake memandang tajam ke dalam mata Taeri.
" Kau ada pemandu peribadi-kau bebas nak pergi mana kau nak pergi. Sekali tak guna kereta aku. Last but not least, tiada siapa pun boleh tahu tentang kita. Terutama sekali Yuna. " ujar Jake sebelum dia melangkah keluar untuk ke sekolah.
Taeri hanya mendiamkan diri sambil menatap meja makan itu sepi. Dia rindukan suasana rumahnya walaupun orang tuanya jarang makan bersama.
Sekurang - kurangnya dia terasa seperti di rumah. Bukan seperti ini, terasa sunyi dan sepi.
+ who's your enhypen bias?
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...