1.15 // talk

1.6K 284 17
                                    

Selesai makan malam Taeri membantu pembantu rumah membasuh pinggan kotor. Walau telah ditegah berkali - kali Taeri tetap berdegil dan akhirnya pembantu itu relakan sahaja.

" Puan, saya ada benda nak cakap. " bisik pembantu rumah itu. Dia seorang gadis dalam lingkungan umur 17 tahun-Jia, itulah namanya.

" Apa dia? Oh ya, jangan panggil saya 'puan' umur kita tak jauh pun. Panggil saya unnie, arra? " balas Taeri bersama senyuman nipis dan Jia hanya mengangguk kecil.

Jia menggigit bibirnya, dia memandang ke belakang dan persekitarannya. Takut - takut ada yang memasang telinga dengan perbualan mereka berdua ini.

Terutama sekali Sunghoon. Biarpun peribadinya lembut tetapi pernah juga Sunghoon menegurnya supaya tidak sibuk dengan hal keluarga Shim. Jia berasa dirinya sangat kecil.

" Saya ada dengar perbualan Tuan dan Puan Shim tempoh hari. Mereka ada rancangan untuk unnie dengan Tuan Jake. " ujar Jia membuatkan pergerakan tangan Taeri terhenti.

Rancangan? Bisik hati Taeri. Wajah Jia dipandang lama supaya dia dapat mencari sebarang tanda penipuan. Tetapi tiada, cuma kejujuran di dalam mata gadis itu.

" Jia, awak serius? Pasti yang awak tak salah dengar? " soal Taeri dan Jia mengangguk berkali - kali membuatkan Taeri hilang kata - kata.

" Puan Shim dah rancang sejak dia kali pertama dia nampak unnie tahun lepas. Walaupun Tuan Jake ada hubungan dengan Yuna dan belum berkahwin dengan unnie dia dah rancang semuanya. Perkahwinan ni mustahil untuk berakhir. " ujar Jia lagi.

Taeri berasa seperti kakinya melemah seperti separuh jiwa hilang. Dia terfikir, adakah dari awal lagi ini semua ialah perangkap? Adakah Jake sudah tahu oleh itu dia tidak mahu sesiapa tahu tentang hubungan mereka?

Agak lama Taeri termenung dan sedar dari lamunan apabila Jia menepuk bahunya. Gadis itu dipandang lama sebelum dia meminta diri untuk berjumpa dengan Jake.

Semasa dia menaiki anak tangga sayup - sayup kedengaran suara Tuan Shim bersuara dari sebuah bilik..Tuan Shim bersuara tegas memarahi isteri.

" Anak kita muda lagi. Dia belum sedia untuk semua ni, Miyoung. " ujar Tuan Shim dan menerima cebikan dari Puan Shim.

" Saya tahu ini bukan untuk awak menunjuk dengan keluarga Choi tetapi awak nak puaskan hati orang tua awak. Betulkan? " soal Tuan Shim lagi.

Taeri benar - benar kehilangan kata - kata dan dia mahu segera berehat. Sebaik sahaja dia mahu membuka langkah ke bilik Jake lengannya ditarik oleh seseorang.

Membulat mata Taeri apabila melihat Jake yang menarik lengannya. Lelaki itu menariknya ke luar rumah bersama kunci di tangannya.

" Jake? Kita nak pergi mana ni? " soal Taeri tetapi tiada balasan dari lelaki itu. Jake benar - benar mengabaikannya dan masuk ke dalam kereta.

Cermin kereta diturunkan dan Jake bersuara, " masuklah, takkan itu pun aku nak cakap? "

Mendengar itu Taeri segera masuk ke dalam kereta sebelum Jake meninggalkan dirinya di rumah itu. Sebaik sahaja pintu ditutup rapat Jake terus memijak pedal minyak membuatkan kereta itu meluncur laju.

Jantung Taeri berdegup kencang ketika kereta itu melepasi pintu pagar besar itu. Wajah Jake dipandang dan dia terkedu.

Lelaki itu menangis.

¦

Deruan angin dari pantai membuatkan Taeri berasa sedikit dingin. Dia memandang sekeliling dan ada beberapa orang sahaja. Lelaki itu membawa dia sejauh yang mungkin dari rumahnya.

Beberapa minit kemudian Jake muncul bersama dua bungkus burger di tangannya. Dia mengambil tempat di sisi Taeri, satu bungkus dihulurkan kepada Taeri.

" Tempat apa ni? Awak selalu datang sini? " soal Taeri sambil membuka bungkusan burger itu. Dia memandang Jake yang masih memegang burger itu.

" Kalau naga ada Hidden World, ini tempat persembunyian aku sendiri. " balas Jake ringkas sambil membuka bungkusan burger itu. Dia menggigit burger itu sambil memandang sekeliling.

Sudah lama dia tidak datang ke sini sejak Yuna ambil keputusan untuk sambung belajar di luar negara. Berasa seperti ada yang memandangnya Jake segera menoleh dan bertemu dengan pandangan dari Taeri.

Gadis itu segera memandang ke tempat lain lalu menggigit sedikit burger itu. Tiba - tiba dia berasa gugup selepas melihat pandangan Jake itu. Seolah menarik dirinya untuk melakukan sesuatu yang berada di luar kawalannya.

Menyedari apa yang berada di fikirannya Taeri segera menggeleng perlahan. Tanpa sedar pipinya memerah dan tubuhnya menjadi sedikit panas.

" Apa yang ada dalam fikiran kau sekarang. Tolong buang jauh - jauh, aku tak nak cakap pasal tu sekarang. " ujar Jake apabila melihat pipi Taeri yang memerah itu.

Sebenarnya dia menahan diri dari ketawa melihat reaksi Taeri sebentar tadi. Namun dia batalkan niatnya itu. Dia tanpa sedar mengukir senyuman nipis melihat mata yang bergerak ke kiri dan kanan-cuba mengelakkan matanya.

Mereka berdua menghabiskan burger sambil menikmati suasana tenang dan dingin itu. Jake yang pertama selesai makan dan diikuti oleh Taeri.

" Aku bawak kau datang sini bukan suka - suka. Let me straight to the point, apa pendapat kau tentang rancangan omma? " soal Jake dan Taeri terdiam.

" Awak dengar ke? "

" Perbualan kau dengan budak Jia tu? Bukan aku ja, Sunghoon pun dengar. " tambah Jake.

Taeri menunduk memandang kasutnya, rambutnya berterbangan akibat pukulan angin laut itu. Dia tidak tahu mahu memberi jawapan apa. Dia menggigit bibir.

" Saya tak tahu Jake, semua ni bukan apa yang saya sangka. Sebelum ini saya fikir berkahwin dengan awak semuanya akan berakhir. Syarikat keluarga kita kembali pulih. " balas Taeri perlahan.

" Jujur, saya tak sedia untuk rancangan omma. Kita masih muda tak tahu apa yang akan jadi. " tambah Taeri lagi.

Jake mengangguk tanda dia faham dan mendapat jawapan dari Taeri. Walaupun dia sudah menjangkakan itulah jawapan dari Taeri namun dia sengaja mahu meluangkan masa bersama gadis itu.

Dia rasakan lagi, perasaan ketika Taeri menjaganya tempoh hari. Jake sukakannya.

" Taeri-ah. " panggil Jake.

" Thank you for understand me. "










+ i'm tired but cant fall asleep

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+ i'm tired but cant fall asleep. jangan lupa vote + comment! <3

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now