1.37 // red mark

1.7K 227 19
                                    

Taeri sedar dari tidurnya tetapi dia hanya berniat untuk tidak bergerak. Matanya masih lagi terpejam, hidungnya menangkap bau ubat - ubatan dan telinganya pula mendengar suara Jieun dan Jay.

" Macam mana dengan Jake? " soal Jieun dengan nada suara yang perlahan. Dia tidak mahu mengejutkan Taeri.

" Doktor cakap dia kena tahan. Heroine yang ada dalam badan dia terlalu banyak dan kemungkinan dia akan ketagihan. " balas Jay.

Pelbagai persoalan muncul di kepalanya. Heroine? Dari manakah Jake dapat benda itu? Bila masa dia mengambil heroine?

Perlahan - lahan dia membuka mata dam cuba untuk bangun. Keluhan dari bibirnya mengalihkan perhatian Jieun dan Jay. Jieun segera membantu Taeri untuk duduk dan bersandar di kepala katil.

Taeri memandang tangan kirinya yang dicucuk dengan jarum yang menyalurkan air. Dia memandang Jieun dan Jay.

" Kenapa dengan saya? " soal Taeri lemah.

" Badan awak kurang air dan tenaga. Doktor tambahkan air dalam badan dan pesan supaya awak makan. " balas Jieun sambil memegang erat tangan gadis itu.

Taeri memandang sekeliling bilik, mencari lagi tiga orang. Ke manakah mereka? Jay seolah mengetahui apa yang dicari oleh Taeri langsung bersuara.

" Sunghoon dengan Jia pergi selesaikan bayaran. Heeseung hyung pergi belikan awak makanan. " ujar Jay dan Taeri hanya mengangguk.

Wajah Jake muncul di kepalanya. Apakah yang Jake sedang lakukan sekarang? Di manakah lelaki itu sekarang? Dia mahu berjumpa dengan Jake tetapi tubuhnya masih lagi lemah.

Dia mahu menyoal tetapi pasti Jay akan syak sesuatu.

" Macam mana awak semua jumpa saya dengan Jake? "

" Malam tu, Jake keluar untuk ambil angin. Heeseung hyung rasa ada sesuatu yang Jake sorokkan jadi dia ajak saya untuk ikut Jake. Kami hilang jejak Jake tapi kami dapat kesan telefon dia. Dan jejak tu bawa ke dalam hutan jadi kami rancang untuk serang hendap. " jelas Jay panjang lebar.

Taeri hanya diam, kejadian malam itu masih lagi segar di fikirannya. Dia tiba - tiba didatangi oleh seorang gadis dan gadis itu meminta tolongnya. Kemudian dia mengikut gadis itu dan akhirnya dia diberi hidu bau kloroform.

Selepas itu, dia sedar dirinya diikat pada katil oleh orang - orang Nicholas. Taeri sangat marah lelaki itu.

Terutama wanita yang bersama dengan Jake.

¦

" Kami balik dulu! Taeri, tolong jaga diri awak ya? " ujar Jay sambil mengusap pipi Taeri lembut. Taeri terkedu namun dia mengangguk perlahan.

Jieun hanya memerhati di sebalik pintu. Matanya tepat memandang ke tangan Jay yang masih lagi memegang pipi Taeri. Entah mengapa dia tidak suka.

Adakah dia mulai mempunyai perasaan terhadap Jay? Mustahil! Lelaki itu sangat kasar dan sering menyakitkan hatinya. Tidak mungkin dia sukakan Jay.

" Yah, kau termenung kenapa? " lamunan Jieun terhenti dan dia memandang Jay.

Lelaki itu mengangkat sebelah keningnya sebelum melangkah meninggalkan Jieun. Gadis itu perlahan - lahan mengekori Jay sambil memerhati bahu lebar milik Jay. Jantung menjadi tidak normal.

" Choi Jieun, kau dah gila. " bisiknya.

Berbalik kepada Taeri.

Gadis itu hanya baring di katilnya sambil menunggu Jake. Ya, dia dan Jake akan diletakkan di satu bilik kerana permintaan Sunghoon. Nasib baik doktor bersetuju.

Dia leka membaca buku sehinggalah pintu biliknya dibuka luas. Beberapa orang jururawat menolak katil ke sebelah katil Taeri. Ianya Jake dan dia masih separuh sedar.

" Cik Kang, kekasih cik masih belum waras sepenuhnya. Jadi tolong perhatikan dia. Kalau ada masalah sila tekan butang biru. " pesan jururawat itu sebelum melangkah keluar.

Kekasih? Taeri mahu ketawa mendengarnya. Andai sahaja mereka tahu hubungan sebenar Taeri dan Jake.

Taeri kemudian sambung membaca buku dan tidak sedar jika Jake sudah sedar sepenuhnya. Tetapi lelaki itu memilih untuk merenung wajah isterinya.

" Beautiful. " gumam Jake.

Taeri menoleh dan melihat Jake yang sedang merenungnya. Jake cuba untuk bangun tetapi tidak berjaya kerana tubuhnya masih lagi lemah. Jadi, dia bersandar di katil sahaja.

Jake mengukirkan senyuman nipis, " kau dah- "

" Jangan cakap dengan saya. " potong Taeri.

Dia terus menutup buku dan memadamkan lampu mejanya. Mood untuk membaca buku sudah hilang sebaik sahaja dia melihat beberapa kesan merah di leher Jake. Taeri menyelubungkan tubuhnya dengan selimut.

Membiarkan Jake seorang diri. Manakala Jake yang masih lagi di bawah pengaruh heroine itu terpinga - pinga.

" Kau marahkan aku? " soal Jake lagi tetapi Taeri hanya diam.

Melihat tiada reaksi dari Taeri membuatkan Jake menghela nafas. Dia mahu meminta maaf kepada Taeri tetapi gadis itu malah menjauhkan diri. Itu membuatkan dia marah pada dirinya sendiri.

Jam di dinding baru masuk pukul 9 malam tetapi Taeri sudah masuk tidur. Jadi, Jake juga mahu merehatkan dirinya kerana kepalanya masih lagi pening. Lampu meja dimatikan lalu dia menarik selimut ke paras dada.

Tubuh Taeri yang membelakangi dirinya itu ditenung lama.

" Good night, Taeri. "





+ sekarang ni musim panas. pastikan banyak minum air dan jangan duduk bawah panas lama lama. stay safe! ❤

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now