1.53 // oblivion

1.3K 197 62
                                    

[#] yuna should be happy too. right?

oblivion : the state of being unaware or unconscious of what is happening around one.

Jake dan Taeri tiba di hospital selepas mendapat berita tentang kemalangan Yuna. Pasangan suami isteri itu terkejut selepas mendapat panggilan dari nombor asing. Setelah mengetahui apa yang berlaku mereka terus ke hospital.

Ada seorang lelaki sedang menunggu di hadapan bilik pembedahan. Wajahnya jelas menunjukkan kegugupan pada dirinya. Namun bukan itu yang penting, apa yang penting ialah keadaan Yuna.

Lelaki itu menyedari kehadiran mereka dan segera berdiri, “ err.. awak Jake ke? ”

“ Ya, itu aku. Apa yang jadi dekat Yuna? Macam mana kau boleh langgar dia? Macam mana dia boleh ada dekat tepi jalan? Waktu hujan macam ini? ” soal Jake bertalu - talu.

Lelaki itu menarik nafas sedalam - dalamnya. Kemudian dia menyuruh Jake dan Taeri duduk dahulu barulah dia menceritakan perkara yang sebenar. Dia baru pulang dari rumah kawannya dan dalam perjalanan pulang dia terlanggar Yuna.

Pada waktu itu Yuna hanya kaku dan tidak bergerak manakala jalan licin menyebabkan dia hilang kawalan. Bahagian yang paling dia pelik ialah apa yang Yuna lakukan di tengah jalan?

“ Saya minta maaf. Betul - betul minta maaf. Saya tak ada niat nak langgar kawan awak tapi masa tu jalan licin dan kereta saya hilang kawalan. Sebagai tanggungjawab saya akan bayarkan kos pembedahan. ” ujarnya lagi.

Jake sedar akan balutan di dahi lelaki itu. Ternyata lelaki itu juga cedera, mungkin terhantuk di mana - mana.

“ Tak apa dan terima kasih sebab sudi hantar Yuna ke hospital. Itu pun dah cukup—oh ya, nama kau apa? ” balas Jake bersama senyuman nipisnya.

“ Nama saya Huening Kai. Awak boleh panggil saya Kai. ” balas Kai.

Jake mengangguk perlahan. Kemudian dia menyuruh Kai pulang ke rumah untuk berehat. Kai hanya menurut namun esok hari dia akan melawat Yuna juga. Untuk meminta maaf kepada gadis itu.

Setelah Kai menjauh Taeri langsung menyoal Jake. Hatinya tidak tenang selepas mendengar berita tentang Yuna. Bagaimana jika orang tua Yuna tahu tentang anak mereka?

“ Macam mana semua ni terjadi? ”

“ Aku tak tahu tapi Sunghoon ada pesan. Kau ingatkan dia cakap Yuna pun dalam bahaya? Aku tak nak menuduh tapi aku rasa ini kerja Jia. ” balas Jake.

Taeri menggenggam tangan Jake supaya lelaki itu sedikit tenang.

¦

Yuna sedar dari tidurnya dan memandang sekeliling. Perlukan beberapa saat untuk dia menyedari apa yang berlaku kepadanya. Rasa sakit di kepala membuatkan kepalanya sedikit pening.

Dia tertanya - tanya siapa yang bawa dia ke hospital? Tiada seorang pun di dalam biliknya sekarang ini. Pintu biliknya terkuak dan muncul seorang lelaki bersama seplastik buah.

“ Oh, awak dah bangun! Syukurlah! ” ujarnya sambil mendekati katil Yuna.

Plastik diletakkan di atas meja dan dia langsung duduk di kerusi. Yuna memandang lelaki itu dengan pandangan pelik kerana dia tidak kenal siapa lelaki itu. Namun wajah kacak itu mencuit hatinya.

“ Awak siapa? Ma-macam mana saya dekat sini? Ke-kenapa kepala saya rasa sakit? ” soal Yuna sambil memegang kepalanya. Kemudian dia sedar yang kepalanya sudah dibalut.

“ Nama saya Kai. Pertama sekali saya nak minta maaf dekat Cik sebab sayalah yang langgar Cik malam tadi. Kepala Cik terhantuk dekat jalan raya dan saya terus bawa Cik ke hospital. Saya harap Cik dapat maafkan saya. ” jelas Kai.

Berkerut dahi Yuna, dia kemalangan? Dia bersandar pada katil sambil cuba mengingat kejadian yang berlaku. Apa yang dia ingat ialah hujan lebat dan dia turun ke dapur. Ada satu kejadian yang terjadi namun dia tidak ingat.

Yuna memandang lelaki itu sekali lagi. Bagaimana dia boleh berada di tepi jalan? Siapa yang bawa dia ke tepi jalan?

“ Argh! S-sakit... kepala saya! ”

Yuna memegang kepalanya ketika dia cuba mengingat. Kai segera mendekat dan membaringkan Yuna ke katil semula. Dia tidak tahu perlu lakukan apa jadi dia baringkan Yuna semula. Nampaknya dia perlu panggil doktor.

“ Awak tunggu sini. Saya panggilkan doktor untuk awak. Tahan sikit, Cik Yuna. ” ujar Kai dan menekan butang untuk memanggil doktor. Beberapa minit kemudian doktor sampai di bilik Yuna.

“ Encik tolong tunggu di luar. ” arah jururawat dan Kai hanya menurut.

Kai duduk di kerusi sambil memandang ke arah pintu bilik itu. Ketika Jake dan Taeri sampai di hospital bersama Heeseung dan Jay. Kai segera berdiri dan menunduk hormat kepada Heeseung dan Jay.

Jake menepuk bahu Kai, “ apa jadi dekat Yuna? ”

“ Yuna baru sedarkan diri dan sekarang doktor sedang periksa dia. Tapi ada satu masalah—dia tak ingat kejadian malam tadi. Saya takut apa - apa jadi pada Yuna. ” balas Kai dengan wajah risaunya.

Siapa sahaja yang tidak risau? Dia sudah melanggar orang dan sekarang orang itu tidak ingat apa yang berlaku. Jujur, Kai sanggup membuat apa sahaja agar ingatan Yuna kembali semula.

Apa sahaja.

+ hi guys! nash tak ship diorang but they look so cute together!

yuna x huening kai?
yes or no?

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now