Jake dan Taeri masing - masing fokus pada kerja yang sedang mereka kerjakan. Tiada seorang yang memulakan perbualan memandang tidak lama lagi mereka ujian. Jaehun yang berada di sebalik pintu itu diam - diam memerhati.
Dia datang ke sini bukan untuk sekadar suka - suka. Dia ada misi yang diberi oleh Puan Shim untuk memberitahu perkembangan Jake dan Taeri. Nampaknya misi itu sangat sukar.
Jaehun dengan selamba membuka pintu perpustakaan itu membuatkan dua manusia itu menoleh. Dia mengukir senyuman nipis dan Jake mendengus.
“ Don't you learn how to knock? ” soal Jake dingin. Jaehun hanya ketawa sinis sebelum dia mengambil tempat di antara dua meja itu.
Mengabaikan pandangan tajam dari Jake dia bersuara semula.
“ Omma ada pesan sesuatu. ” ujar Jaehun. Jake dan Taeri memandang antara satu sama lain, berasa akan ada sesuatu yang akan berlaku jika Puan Shim dilibatkan.
Jake sangat kenal dengan Puan Shim. Apa sahaja yang melibatkan wanita itu pasti ada sebab tertentu. Dia yakin Puan Shim tahu tentang kepulangan Jaehun lebih awal berbanding dirinya.
Cuma Jaehun yang berlakon seolah Puan Shim tidak tahu.
“ Pesan apa? ” soal Jake.
Dia bersandar pada kerusi belajar sambil memandang Jaehun. Lelaki itu mengukur senyuman yang Jake tidak dapat ungkapkan.
“ Malam esok omma adakan parti. Not the merrier one, just a simple dinner. ” balas Jaehun sambil memandang Jake dan Taeri.
“ Jadi omma ajak kami berdua? ” soal Taeri lagi dan Jaehun mengangguk perlahan. Dia sengaja tidak mengalihkan pandangan dari mata Taeri—mencabar Jake.
Jaehun teringat peristiwa 3 tahun lalu, sebaik sahaja dia mengetahui rancangan appanya dia tanpa berfikir panjang terus melarikan diri. Rasa bersalah? Sudah tentu Jaehun rasa bersalah kepada adiknya sendiri.
Tetapi Jaehun tidak mahu terus menerus mengikut arahan orang tuanya. Jadi dia beranggapan Jake sudi melakukannya.
“ Prepare for the fancy one, kiddos! ”
¦
Makan malam itu berjalan dengan lancar. Taeri sebenarnya sedikit kekok dengan keluarga Jake—walaupun keluarganya dijemput juga—tetapi dia tetap kekok. Dia melepaskan nafas lega ketika melihat Sunghoon membawa Jia bersama.
Gadis itu juga gembira dapat datang ke rumah itu semula. Taeri dan Jia berbual kosong sebelum Jia dipanggil oleh Sunghoon. Setelah itu Taeri berjalan di kawasan rumah Jake.
Minggu lalu dia tidak sempat melihat kawasan rumah itu. Langkah kakinya terhenti ketika dia melihat Jake dan Jaehun seperti sedang berbicara. Tertanya - tanya dengan apa yang mereka bualkan Taeri bersembunyi dibalik dinding.
“ 3 tahun hyung hilangkan diri and now you come back? Mind to tell me? ” Jake berpeluk tubuh memandang Jaehun yang berada di hadapannya itu.
Pandangan matanya seolah mahu menikam Jaehun sahaja. Abangnya ketawa perlahan tetapi sinis.
“ Jakey, salah ke untuk hyung balik? Hyung nak jumpa omma dengan appa juga? ” balas Jaehun sambil membalas pandangan Jake. Wajahnya santai seperti tiada apa yang pernah berlaku antara mereka.
Jake berdecit perlahan.
“ Really? Hyung mesti gembira sebab tengok Jaeyun macam ni? Hyung tahu kan sejak kecil Jaeyun tak pernah tertarik dengan posisi appa? All this stuff? ” soal Jake lagi.
Sebenarnya dia sedang menahan marah, ketika dia melihat Jaehun berada di dalam rumahnya kelmarin dia sudah geram. Mahu sahaja dia menumbuk wajah kacak abangnya itu tetapi ditahan.
Jaehun menghabiskan sisa wain, “ nope, i didn't say anything. I'm just too happy when i heard about your marr— ”
“ Don't mention that bullshit, Shim Jaehun! ” kolar baju Jaehun dicengkam sekuat yang mungkin. Wajah Jake sedikit merah menandakan dirinya benar - benar marah dan mahu membelasah Jaehun.
Jaehun ketawa sinis, tangannya dengan mudah menolak tubuh Jaeyun supaya menjauh dari tubuhnya. Dia mengemaskan tali lehernya sebelum bersuara semula.
“ Bullshit? Marriage is not a game, Jaeyun. Kalau pada akhirnya dia cuma akan sakit—you better let her go. ” balas Jaehun sebelum dia masuk ke dalam kawasan rumah semula. Meninggalkan Jake yang masih lagi menahan geram itu sendirian.
Jake duduk di bangku sambil menghela nafas berat. Tali leher dilonggarkan supaya dia dapat mengurangkan sedikit kemarahan di hati. Siapakah yang patut dia salahkan di sini?
Dirinya atau Jaehun? Ataupun hatinya sakit ketika memikirkan tentang hubungannya?
Manakala Taeri kehilangan kata - kata. Kenyataan yang sudah dia ketahui membuatkan dia terkedu. Jadi dia sudah tahu mengapa Jake tidak mahu berkahwin. Cuba mengatur nafas Taeri menuju ke ruang tamu semula.
Bibirnya cuba diukir segaris senyuman, raut wajahnya juga cuba dikawal. Tepukan lembut di bahu membuatkan dia menoleh dan ada Jaehun di belakangnya.
“ Can we talk? ” soal Jaehun.
“ No! We're heading home. ” potong Jake yang entah muncul dari mana. Lengan Taeri dipegang dan tanpa meminta diri dia terus membawa gadis itu keluar.
Jaehun hanya menghela nafas.
+ just wanna say, ini baru 1/3 konflik yang ada huhuhuhuuu get ready for the next one~
jangan lupa vote + comment!
good night <3
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...