2.1 // jealousy, jealousy

607 39 6
                                    

Kalau diberi peluang, Taeri tidak akan pernah menyesal berkahwin dengan Jake. Lelaki itu benar-benar mengubah kehidupannya dan menyalurkan kekuatan di dalam dirinya. Namun, tidak dalam semua perkara dan ada kalanya Jake berjaya membuat Taeri marah.

Salah satunya seperti sekarang.

" Sim Jaeyun! " panggil Taeri dari tingkat bawah sambil bercekak pinggang.

" Sayang... Jangan marah-marah... Let me explain first. Apa yang Sunghoon cakap tu semuanya tak betul. " balas Jake bersama wajah paniknya.

" Ah! Jangan percayakan dia Taeri! Saya nampak sendiri dengan mata kepala saya yang dia peluk bahu perempuan tu! Siap kata, 'semangat bekerja'! " hasut Sunghoon bersama senyuman jahat.

Jake jadi semakin panik saat melihat wajah Taeri yang merah itu. Jika merah kerana malu tak apa juga tetapi merah kerana menahan marah. Dia tahu, dia cuma ada 2 pilihan sahaja. Satu, turun dan jelaskan kepada Taeri. Dua, kekal di atas dan tunggu sehingga marah Taeri mereda.

Taeri senyum sinis, " oh, 'semangat bekerja' ya? "

Maya Jake dipandang tajam. Jika suaminya masih tidak kunjung turun maka dia yang akan naik. Dia sudah tidak peduli. Derhaka atau tidak yang pasti amarahnya hilang. Siapa sahaja tidak marah ketika mengetahui yang sang suami gemar melayan pekerja di tempat kerja?

Taeri sudah maklum yang Jake merupakan bos di tempat kerja. Namun dia tetap tidak suka. Jake ialah suaminya, miliknya. Jadi, hanya Taeri sahaja yang boleh menyentuh dan melakukan apa sahaja pada Jake. Perempuan lain? Boleh angkat kaki ya?

" Awak jangan sampai saya naik atas! Anak-anak tak ada jadi saya boleh lepaskan marah saya! Baik awak cakap, siapa perempuan yang Sunghoon cerita pada saya Sim Jaeyun! " ujar Taeri lagi.

" Sayang... cuba redakan dulu rasa marah tu. Saya janji, saya akan jelaskan pada awak tapi jangan dalam keadaan marah macam ini. Masalah tak akan selesai. Apa kata, kita suruh Sunghoon balik dulu. " pujuk Jaeyun.

Setelah berfikir untuk beberapa minit, akhirnya Taeri menyuruh Sunghoon untuk pulang dahulu. Benar kata Jake, dia perlu redakan rasa marah yang ada dan juga ego yang hampir memuncak. Setelah pintu tertutup rapat dan tinggallah mereka berdua sahaja di rumah.

Taeri bersuara, " I believe you want to explain something to me Mr Sim. "

Jake menarik nafas panjang. Tiba-tiba dia tidak berani untuk mendongak memandang wajah isterinya sendiri. Mana tidak berani? Taeri merenungnya seolah ingin menelan Jake hidup-hidup.

" Apa yang Sunghoon cakapkan tu tak betul. " ujar Jake dengan lembut.

" Habis tu? Apa yang salah? Saya?" bidas Taeri penuh sinis.

" Bukan. Saya... Saya yang salah. Sebenarnya, perempuan tu pekerja baharu yang appa cadangkan jadi appa minta saya layan dia dengan baik. She's freshly graduated and I don't want she feels burden on her first day. That's all. "

" Oh, kalau macam tu setiap kali kita ada pekerja baharu bolehlah saya peluk dan bagi kata-kata semangat. Freshly got accepted, kan? " sindir Taeri sambil berpeluk tubuh.

Jake menelan air liurnya, nampaknya Taeri masih lagi marah dengan dirinya. Apa yang patut dia lakukan? Mahu pujuk, pasti Taeri menolak pujukan untuk masa sekarang. Tak mungkin Jake mahu memujuk sekarang. Sia-sia sahaja wajah kacaknya ditumbuk.

Suasana sunyi rumah tanpa anak-anak mereka membuatkan mereka jadi sedikit kekok. Biasanya ada sahaja suara gaduh dari Jia dan Jihoon tetapi anak-anak mereka berada di rumah orang tua Taeri. Sebenarnya, mereka sengaja diambil kerana tarikh ulang tahun perkahwinan Jake dan Taeri sudah dekat.

" Saya kecewa dengan awak, Jaeyun. Kalau awak tak sayangkan saya lagi awak boleh cakapkan? Perlu ke nak bermesra dengan perempuan lain? Saya tak suka! " luah Taeri.

" Sudah! Saya tidur bilik lain! Awak mesej lah puas-puas dengan pekerja baharu awak yang muda lagi cantik tu! Jangan cari saya! " tambahnya lalu melangkah naik ke atas.

Dalam diam Taeri berharap yang Jake akan mengejarnya namun hampa. Suaminya masih lagi di posisi yang sama seolah tak ada niat untuk memujuknya. Terima mencebik, nampaknya dia perlu merajuk lama sedikit.

+ season 2?

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now