Taeri membuka matanya dan sinaran lampu putih menyapa matanya. Dia kembali memejamkan mata sambil mendengar bunyi - bunyi yang agak asing. Tubuhnya juga tidak berada di atas lantai seperti kali terakhir dia tidak sedarkan diri.
Akhirnya dia sedar di mana dia berada sekarang tetapi siapa yang membawanya? Jake? Atau Heeseung?
KLEKK
Pintu bilik air terbuka dan muncul Heeseung yang sudah tidak lagi berpakaian sekolah. Lelaki itu memakai hoodie dan seluar track. Dia segera mengukir senyuman nipis ke arah Taeri sebelum mendekati katil. Kerusi yang berada di sisi katil dia duduki.
“ Macam mana keadaan awak? ” soal Heeseung lembut.
“ I'm good, maybe? Sunbae ke yang bawa saya ke hospital? ” balas Taeri. Dalam diam berharap Jake yang membawa dia ke hospital tetapi mustahil.
Heeseung mengangguk perlahan lalu dia menceritakan apa yang terjadi. Taeri bernasib baik kerana selepas mengunci perpustakaan Heeseung mahu mengambil buku latihannya.
Sebaik sahaja tiba di kawasan loker dia melihat ada Taeri yang sudah tidak sedarkan diri bersama sekotak dua bangkai tikus. Jujur, Heeseung berasa geram dengan pelaku yang menghantar bangkai itu tetapi dia tahu tiada guna.
“ Gumawo, sunbae. Kalau sunbae tak ada saya tak tahu apa yang jadi pada saya. ” ujar Taeri sambil menundukkan kepalanya. Agak lama dia menundukkan kepala sehingga Heeseung bersuara semula.
“ No need–saya tolong sebab saya ikhlas. Jake risau dengan keadaan awak tadi. ” balas Heeseung lagi dan Taeri mengangguk perlahan.
Anggukkan terhenti selepas dia menyedari sesuatu. Pandangan matanya kembali memandang ke arah Heeseung yang tersenyum nipis, dia merenung ke luar jendela hospital itu.
Taeri menggigit bibirnya, “ J-jake? Jadi sunbae— ”
“ Ya, saya dah tahu dan saya rasa lega. Perasaan saya tak begitu dalam dan serius untuk awak Taeri. ” balas Heeseung.
Taeri terkedu mendengarnya. Lee Heeseung menyukai dirinya? Bagaimana dia boleh tidak tahu?
Heeseung tipu. Saat kali pertama dia bertemu Taeri dia sudah jatuh hati padanya walaupun dia sedar Jay pun sukakan gadis itu. Hampir setiap hari dia curi - curi melihat Taeri yang bergaul dengan rakan - rakannya.
Heeseung tiada keberanian untuk mendekati sehinggalah dua hari lalu. Dia berfikir mereka boleh menjadi rapat tetapi ada satu lagi yang mengganggu.
Iaitu Jake.
“ Awak jangan risau. I'll keep it as a secret. ” ujar Heeseung bersama segaris senyuman.
¦
Heeseung akhirnya pulang selepas Jake tiba di bilik Taeri. Lelaki itu pergi membeli bubur untuk Taeri di kafeteria dan meminta Heeseung untuk menjaganya.
Jake sempat berbual dengan Heeseung sebelum lelaki itu meminta diri untuk pulang. Jake berasa lega kerana Heeseung mahu menyimpan rahsia mereka berdua.
“ Nah, makan. ” ujar Jake sambil meletakkan mangkuk bubur di atas meja beroda itu.
Jake mahu duduk di sofa tetapi terhenti ketika lengan bajunya ditarik oleh Taeri. Dia menoleh sambil mengangkat sebelah keningnya memandang Taeri.
Gadis itu menggigit bibir, “ kongsi dengan saya? ”
“ Tak nak! Nanti bakteria berjangkit. ” balas Jake selamba dan mahu melangkah ke sofa. Sekali lagi lengan bajunya ditarik membuat dia terduduk tepat menghadap Taeri.
Mengabaikan kata - kata Jake dia terus menggaul bubur itu lalu menyuapkan sudu itu ke Jake. Lelaki itu memandang bubur itu untuk beberapa saat sebelum dia akhirnya akur.
Taeri senyum nipis sebelum menyuap dirinya juga. Lelaki yang berada di sebelahnya itu terkedu. Mereka berkongsi sudu yang sama dan bukankah itu ciuman tidak langsung?
Jake batuk kecil sebelum bersuara, “ kau makan lah aku tak lapar. ”
Taeri segera menahan Jake dari bangun dan menyuruh dia duduk semula. Dia tiada mood untuk bergaduh dengan lelaki itu, sudahlah keadaannya juga kurang bagus.
“ Duduk, Shim Jaeyun. Heeseung sunbae cakap awak belum makan apa - apa lagi. ” ujar Taeri lagi dan sambung menyuapkan bubur ke dalam mulut Jake lalu mulutnya.
Jake hanya melayan sahaja sambil fikirannya melayang entah ke mana. Perbualan Heeseung dan Taeri muncul di fikirannya.
Sebenarnya dia sudah berada di pintu ketika Taeri sedar. Dia mencuri dengan semua perbualan dua manusia itu. Terutama sekali ketika Heeseung jujur tentang perasaannya terhadap Taeri. Jake mendengus perlahan.
Bahunya ditepuk Taeri dan dia menoleh.
“ Awak kenapa? ” soal Taeri.
Jake cuma menggelengkan kepalanya, pandangannya beralih ke arah bubur yang sudah hampir setengah itu. Nampaknya Taeri sukakan bubur itu.
“ Tak ada apa. Kau habiskan lah bubur tu. ” balas Jake dengan nada sedikit dingin. Dia mengeluarkan telefonnya untuk mengalihkan perhatian dari Taeri.
Taeri hanya mengangkat bahunya dan sambung makan. Dia mencuri tengok skrin telefon Jake dan berdecit kesal ketika nama Yuna berada di atas sekali. Bererti Jake sering berbual dengan Yuna.
Tentunya, Taeri tidak suka. Suaminya melayan perempuan lain yang tidak suka kepada dirinya.
Sudu ditaruhkan lalu dia memandang Jake. Dia teringat tentang perbualan dirinya dan Heeseung. Adakah dia perlu ceritakan kepada Jake?
“ Awak, tadi Heeseung sunbae ada cakap tentang— ”
“ Apa pun yang dia cakap. Aku tak nak tahu. ” potong Jake tanpa mengalihkan pandangan dari skrin telefon.
Taeri mencebik, “ tapi Jake— ”
PAPP
Tangannya menghentak perlahan meja itu dan dapat membuatkan Taeri terdiam. Jake menolak meja itu ke tepi dan menghapuskan jaraknya dengan Taeri. Gadis itu gugup serta merta.
Apa yang Jake mahu lakukan?
“ A-awak— ” tubuh Taeri sudah terbaring di katilnya. Manakala Jake memegang dagu Taeri dengan lembut.
“ Ome more word about Heeseung—i'll kiss that freaking lips of yours, Kang Taeri. ”
+ current mood, menikmati waktu sebelum naik sekolah.
my homeworks : 👁👄👁
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...