1.29 // vacation

1.6K 240 34
                                    

Taeri berasa sunyi kerana dia pulang ke rumah keluarganya semula. Ini adalah idea Jake yang mahu meluangkan masa dengan keluarga masing - masing selama seminggu.

Dan tidak mahu Jay tahu tentang mereka.

Dia memandang ke luar tingkap, cuaca yang panas langsung tidak mengganggu dirinya. Cuma dia bosan kerana tiada orang mahu diajak bergaduh seperti Jake.

“ Saya rindu awak. Awak mesti tengah seronok dengan Layla. ” bisik Taeri lagi.

Dia baring dan menatap siling biliknya. Macam - macam perkara muncul di fikirannya sekarang ini. Adakah dia perlu keluar berjalan - jalan? Tetapi dengan siapa?

Taeri membuka aplikasi Twitter dan mula skrol dari atas hingga ke bawah. Sungguh dia bosan sekarang ini.

“ Patut ke aku jalan - jalan? Tapi dengan siapa? ” soalnya tanpa jawapan.

Waktu ini semua orang sedang bercuti dan ada yang pulang ke kampung. Manakala Taeri? Seorang diri di sini tidak tahu mahu berbuat apa kerana ahli keluarganya tetap sibuk.

Akhirnya dia membuat keputusan iaitu membakar biskut untuk di bawa ke percutian bersama Jay nanti. Dia mempunyai tempoh lagi seminggu tetapi tidak salah jika dia bersiap awal.

Tiada masalah untuk Taeri kerana dia sudah banyak kali dia membakar kek dan biskut. Dia bercadang untuk membuat biskut cip coklat kerana Jake sukakan coklat.

Lagi, lagi Jake.

Taeri mencampurkan mentega, gula perang, esen vanila dan satu biji telur. Setelah menggaul dia mencampur tepung, baking powder, soda bikarbonat, beberapa sudu minyak dan cip coklat. Setelah dia sejukkan sebelum dia mula membakar.

Bau haruman coklat boleh dihidu di setiap kawasan rumah itu. Taeri mengukir senyuman puas.

Ting!

Taeri kaku, ianya mesej dari Jake. Apa yang tidak kena dengan Jake? Tiba - tiba menghantar mesej kepadanya?

jaeyOOn
| kau tengah bakar biskut ke?

t.aerl
mana awak tahu? |

jaeyOOn
| aku bawah layla jalan
| lalu depan rumah kau
| jangan nak perasan sangat

t.aerl
saya tak cakap |
apa pun?
seen

Taeri mencebik perlahan, lelaki itu suka membuat dia begini. Teruja kemudian dia menyakitkan hati Taeri semula. Sebuah idea muncul di kepala Taeri dan dia sudah tidak sabar mahu melakukannya.

¦

“ Wah, Jeju-do! ” jerit Sunghoon sebaik sahaja mereka tiba di vila milik keluarga Jay.

Dia mendepakan tangan sambil menikmati angin laut yang menyapa pipinya. Tidak lupa cermin mata hitam miliknya yang membuatkan dia dua kali kacak.

“ Hoi! Kau tak payah nak feeling macam orang putih sangat lah! Sini tolong aku! ” jerit Jay dari keretanya.

Di tangannya sudah memegang beg miliknya dan juga Sunghoon. Tetapi lelaki itu sibuk mendepakan tangan dan mengabaikan panggilan dari Jay itu. Taeri yang baru sahaja turun kereta itu menggeleng perlahan.

Dia mendekati Jay, “ biar saya tolong awak dari nak harapkan Sunghoon tu. ”

“ Eh tak apa Taeri, awak angkatlah beg awak dengan Jia. Biar saya bawak sendiri. ” balas Jay bersama senyuman manisnya. Dia mahu dekat dengan Taeri tetapi bukan dengan menyuruh gadis itu mengangkat barangnya.

Setelah Jay masuk ke dalam rumah bahu Taeri dilanggar oleh Jake membuatkan dia menoleh. Sebelah keningnya diangkat.

“ Kau dengar tu? Dia angkat sendiri jadi tak payah nak kasihan kan dia. ” ujar Jake dengan nada dingin sebelum dia masuk ke dalam vila itu.

Meninggalkan Taeri, Jia, Heeseung dan Sunghoon yang baru tiba dari tepi laut itu. Heeseung memandang wajah Taeri. Gadis itu seperti tertanya - tanya dengan sikap Jake.

“ Awak ok Taeri? ” soal Heeseung dan Taeri terus sedar dari lamunannya. Hanya dia dan Heeseung sahaja yang masih belum masih ke dalam vila itu.

Taeri hanya mengangguk sebelum dia masuk ke dalam diikuti dengan Heeseung. Taeri akan berkongsi bilik dengan Jia dan juga Jieun—gadis balerina di sekolah mereka.

Entah bagaimana Jieun ikut sama cuma dia belum sampai. Apa yang pasti Jieun diajak oleh Jay dan Sunghoon.

Taeri mengambil satu katil yang menghadap tingkap lalu begnya diletakkan di tepi katil. Taeri baring di atas katil untuk berehat tetapi suara Jia memanggilnya membuatkan dia sedar semula.

“ Taeri unnie? Ah, unnie nak berehat ya? ” soal Jia tetapi Taeri pantas menggelengkan kepalanya.

“ Tak lah, kenapa Jia tanya? ” balas Taeri lembut.

“ Macam ni, Tuan Sunghoon tanya kalau unnie nak ikut mandi laut. Kalau tak nak tak apalah. ” ujar Jia bersama senyuman nipisnya.

Taeri tiada mood untuk bermandi di laut sekarang ini. Mungkin esok dia ada mood kerana dia sangat penat dan mahu tidur sahaja. Lagipun empat lelaki itu pasti mahukan waktu bersama.

Jadi Taeri tidak mahu mengganggu.

“ Unnie nak rehat. ”

“ Arrasseo, unnie! ”





+ apa kena dengan jake?

ANYWAY— shameless promote here~
jenguk la ya <3

ANYWAY— shameless promote here~ jenguk la ya <3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now