1.3 // she's cute

2K 291 40
                                    

“ Tiada siapa pun boleh tahu tentang kita. ”

Taeri melihat kertas di tangannya yang tertaip nama kelas, nombor loker dan jadual untuknya. Namun bukan itu masalahnya sekarang ini tetapi masalahnya ialah Taeri tidak tahu di mana kelas.

Jika mahu Taeri jujur dia sedikit marah pada Jake kerana membiarkan dia mencari pejabat dan mengambil buku - buku seorang diri. Paling tidak beritahu di mana pejabat.

Tumpukan buku yang berada di bangku itu dipandang bersama keluhan. Bagaimana dia mahu mengangkat dengan seorang diri? Taeri terasa seperti mahu menangis ketika itu juga.

“ Hei, apa awak buat dekat sini? Kenapa tak masuk kelas? ” soal seseorang dan Taeri segera menoleh ke belakang.

Ada seorang lelaki berwajah cerah berdiri di belakangnya. Dari segi pakaian sahaja Taeri sudah dapat agak lelaki itu ialah pengawas sekolah. Taeri menunduk sedikit.

“ Saya pelajar baru dan baru dapat nama kelas. Boleh tak awak tolong saya? ” soal Taeri hati - hati takut tersilap cakap.

Lelaki itu hanya mengangguk bersama senyuman nipis lalu buku milik Taeri diangkat. Tergesa - gesa Taeri cuba mengambil buku itu tetapi dihalang oleh lelaki itu.

Taeri hanya mampu membiarkan sahaja.

“ Apa nama kelas awak? ” soal lelaki itu sambil memandang sekilas ke arah Taeri. Wajah kacak itu benar - benar menarik hati dan tidak jemu untuk dipandang.

“ Kelas 3 - 3. ” balas Taeri yakin dan hanya anggukan yang dia terima dari lelaki itu.

Setiap langkah yang Taeri buka, dia berharap agar pelajar dalam kelas itu tidak sombong atau membuli dirinya. Dan satu hal yang Taeri minta dijauhkan ialah...

...sekelas bersama Jake.

Jika mereka berada di dalam kelas yang sama sudah pasti lebih sukar untuk dia mengabaikan lelaki itu. Walaupun Jake dengan jelas menolaknya.

Langkah kaki lelaki itu terhenti di hadapan kelas baharu itu. Dia menoleh memandang lelaki yang masih memegang tumpukan buku itu. Isyarat ringkas dari lelaki itu membuatkan Taeri memahaminya.

Tok! Tok!

Pintu dibuka dan matanya memandang tepat guru perempuan yang sedang mengajar di hadapan kelas. Dia berhenti mengajar dan mempersilakan Taeri masuk.

“ Kamu pasti pelajar baru, Kang Taeri? ” soal guru itu atau namanya Taeyeon. Taeri hanya mengangguk kecil sebelum dia memandang wajah - wajah baru di dalam kelas itu.

Dan hal ingin dia hindar sedang berlaku, lelaki itu, Jake Shim berada di dua barisan akhir kelas itu. Oh, Taeri terasa seperti mahu pindah ke sekolah lamannya semula.

Pandangan mata Jake jelas menunjukkan jika dia tidak suka Taeri bersama sekelasnya. Seolah mahu menikam mata bundar milik Taeri. Percayalah Taeri juga tidak mahu ini berlaku.

“ Annyeonghaseyo, nama saya Kang Taeri. Selamat berkenalan. ” sapa Taeri sambil menahan gugup. Dia tidak tahu reaksi yang bakal dia terima dari rakan sekelasnya yang baharu itu.

Hatinya menghangat saat semua rakan sekelasnya menerima kehadirannya dengan positif. Setelah memperkenalkan diri Taeyeon Saem menyuruh Taeri duduk di meja kosong.

“ Hai! Saya Yeojin! Semoga kita boleh jadi kawan. ” sapa seorang gadis mata sepet di sebelahnya. Tangan dihulurkan ke arah Taeri.

“ Kang Taeri, saya pun sama. ” balas Taeri bersama senyuman manisnya.

¦

Jake tiba di kantin sedikit lewat kerana dia perlu bertemu guru. Sebaik sahaja dia tiba di kantin dia melihat Jay dan Sunghoon sudah tiba lebih awal. Berbual kosong di meja.

Dia segera mendekati dua rakannya itu. Matanya dalam diam memandang ke kiri dan kanan kantin itu, mencari seseorang.

“ Yo, Jake! Cepat la duduk. ” ujar Jay apabila melihat Jake yang semakin dekat dengan meja itu. Wajahnya penuh teruja.

Sebaik sahaja dia duduk di meja dan mereka mula berbual bermacam - macam hal. Terutama sekali Jay. Jake masih lagi dalam diam mencari seseorang yang tidak dia jumpa sejak tadi.

Pada waktu itu matanya jatuh ke arah seorang gadis yang sedang membeli makanan. Tidak perlu beritahu itu ialah Taeri dan Yeojin bersama dua rakannya yang lain.

Nampaknya Taeri tahu mencari teman baharu. Fikir Jake.

Sunghoon yang berada di sisinya batuk kecil sebelum mencuit lengan Jake. Membuatkan lelaki itu sedar daripada lamunannya. Jay yang bercakap dari tadi terhenti.

Dia memandang dua rakannya sebelum menoleh ke belakang. Ke arah Taeri.

“ Siapa dia tu? Budak baru ke? ” soal Jay tanpa mengalihkan pandangan. Jake mencebik apabila melihat senyuman Jay.

“ Budak baru kelas Jake. ” balas Sunghoon ringkas. Tidak mahu berbual lebih banyak kerana dia tahu Jake tidak selesa.

Senyuman Jay semakin melebar apabila Taeri duduk di meja yang agak dekat dengan mereka bertiga. Dia seperti sudah jatuh hati kepada Taeri.

She's cute. I think i like her.




+ become a freshman engene is so hard. please vote and comment. easy right bcs i need yr feedback <3

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now