“ Dia tak pernah tipu aku. Sepanjang kami berkawan dia akan kongsikan semua masalah dengan aku dan Sunghoon. Kenapa dia buat macam tu? ” soal Jay sambil memeluk Jieun erat.
Mereka berdua berada di dalam bilik dan berbaring di katil Jay. Sejak mereka sampai Jay tidak henti meluahkan perasaan kecewa dan sakit hatinya kepada Jieun. Nasib baik ada Jieun sudi mendengar dan menemaninya.
Jieun mengusap kepala Jay, “ aku yakin dia ada sebab sendiri. ”
“ Ya, tapi perlu ke dia sembunyikan perkahwinan dia? Dia buat aku rasa yang aku jahat sangat. Kalaulah dia beritahu dari mula aku mungkin tak rasa macam ni. ” balas Jay lagi.
Jieun berasa kasihan melihat keadaan Jay itu. Sepanjang dia mengenali Jay tidak pernah lelaki itu bersifat seperti itu. Lelaki itu sangat dingin dan sering memberikan kata - kata yang agak kasar kepadanya. Namun sekarang tiada lagi Jay yang seperti itu.
Dia mengerti perasaan Jay yang rasa seperti dibodohkan. Tidak cuma itu dia pernah mempunyai perasaan terhadap Taeri. Hal itu yang membuatkan dia betul - betul marah dan kecewa pada Jake.
“ Jangan fikirkan sangat. Apa kata kau rehat dulu? Aku ada dekat sini temankan kau. ” cadang Jieun dan Jay hanya bersetuju.
Pelukan semakin erat dan Jay meletakkan kepalanya di dada Jieun. Haruman Jieun membuatkan dirinya tenang. Jay sedar pada saat itu betapa pentingnya gadis bernama Choi Jieun di dalam hidupnya.
Akhirnya Jay terlelap dan Jieun segera mencapai telefonnya. Ada beberapa mesej dari Sunghoon yang menyoal tentang dirinya dan Jay. Ada suatu pesanan menarik perhatiannya.
Jieun segera membaca pesanan itu dan terkejut. Dia tidak percaya apa yang dia baca sekarang ini. Perlahan - lahan dia memandang Jay yang masih lelap itu. Dia senyum nipis.
“ I'm sorry, Jay. ” dahi Jay dicium lembut sebelum dia mengalihkan tangan Jay dari pinggangnya.
Jieun menggantikan dirinya dengan bantal peluk sebelum mendekati balkoni. Dia segera mendail nombor itu. Sesekali dia menoleh ke belakang untuk memastikan Jay masih tertidur.
“ Hello— ”
¦
“ Tuan Sunghoon— ”
Tidak sempat Jia menyapa Sunghoon bahunya sudah dicengkam kuat oleh lelaki itu. Tubuhnya ditolak ke dinding dan kini dia terperangkap di antara Sunghoon dan dinding. Jia menjadi gugup dengan pandangan tajam Sunghoon.
Jia sudah dapat mengagak yang ini akan terjadi. Dia tahu yang Sunghoon akan meragui dirinya kerana dia salah seorang yang tahu tentang hubungan Jake dan Taeri.
“ Kau ke yang sebarkan gambar tu? ” soal Sunghoon dengan nada dinginnya.
Suara Sunghoon membuatkan Jia sukar untuk bersuara di tambah dengan jarak seperti ini. Adakah Jia mampu bernafas dengan baik? Sudah tentu tidak kerana mereka berdua menjadi tontonan Jake, Taeri dan juga Heeseung.
Heeseung terus mencari Jake selepas dia mendengar berita itu. Mereka masih lagi berada di gimnasium dan Heeseung meminta kebenaran guru untuk menutup kawasan gimnasium. Pengetua sudah memberitahu masalah ini kepada keluarga mereka.
“ S-saya— ”
“ Say it, Kwon Jia! Kau yang sebarkan atau tidak? ” soal Sunghoon lagi.
Heeseung menghela nafas dan segera berdiri. Dia menarik bahu Sunghoon supaya menjauh dari Jia yang masih gugup itu. Jake dan Taeri tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Hal yang mereka takutkan sudah terjadi.
Sunghoon dapat merasakan ada seorang di antara mereka yang menyebarkan hal ini. Tidak mungkin dia yang lakukan semua ini, Jake sepupunya. Dia tidak gila lagi untuk malukan keluarga Jake dan Taeri.
“ Sunghoon! Masalah tak akan selesai kalau macam ni! Apa kata kau duduk dulu dan tenangkan diri? ” ujar Heeseung dan Sunghoon ketawa sinis.
“ Tenangkan diri sementara orang yang sebarkan semua ni gembira? Hoon takkan duduk diam selagi dia tak bercakap apa - apa! Dia yang tahu tentang hubungan Jake dengan Taeri! ” balas Sunghoon sambil menunjuk ke arah Jia.
Setelah lama berdiam diri akhirnya Jake bersuara. Dia sudah lelah dengan semua ini. Tidak cukup Jay, sekarang Sunghoon pula yang melepaskan rasa marah kepada Jia.
“ Jia, lagi baik kau pergi dari sini dan kau Sunghoon ikut aku balik rumah. Hyung boleh masuk kelas, Jake tak nak pelajaran hyung terganggu. ” ujar Jake wajah tenang.
Heeseung hanya mengangguk sebelum dia meminta diri meninggalkan tempat itu. Jia yang masih di tempat dia berdiri itu memandang ke arah Jake, Taeri dan Sunghoon sebelum dia menunduk hormat. Taeri memberikan senyuman nipis buat Jia.
Setelah Jia melangkah keluar Jake bersuara semula, “ kawal marah kau Hoon, lagi kau marah lagi orang tu suka. ”
Sunghoon melepaskan nafas berat dan mengangguk perlahan.
Jake benar, orang itu sedang senyum mengetahui hal ini. Dia mahu hancurkan hubungan baik mereka kerana rasa cemburu di hati.
“ What a fun show to watch. ” bisiknya sambil memandang skrin telefon.
+ seriously susah nak buat
konflik gini. tapi seronok baca komen!
thankyou for 9K! ❤😋
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...