Suasana tegang antara dua gadis itu membuatkan dua lelaki yang memerhatikan mereka itu gemuruh. Tidak tahu apa tindakan dari Yuna dan apa reaksi dari Taeri.
Yuna mengajak Taeri berbual dengannya di kolam renang rumah itu. Matanya tidak lepas dari memandang Taeri seolah mahu menikam mata gadis itu. Manakala Taeri hanya menunduk memandang kasut.
Yuna batuk kecil, " how it feel? "
Taeri mendongak memandang Yuna bersama seribu satu persoalan. Rasa? Adakah gadis itu menyoal Taeri tentang perasaannya sekarang? Sudah tentu Taeri sedikit kecewa dan mahu menyembunyikan diri.
" Feel what? " soal Taeri lagi kerana dia benar - benar keliru dengan soalan Yuna. Adakah gadis itu cuba memerangkap dirinya?
" Don't be fool, Taeri. You married him-it is impossible if you never sleep with him. " balas Yuna lagi bersama pandangan tajam. Taeri segera menggeleng selepas memahami soalan Yuna.
Gadis itu berfikir dirinya dan Jake sudah melakukan hal - hal yang suami isteri lakukan. Sedikit pun tidak pernah terlintas di fikiran Taeri dan dia yakin Jake juga tidak memikirkan hal yang sama.
Mustahil sama sekali, tambahan pula mereka masih muda. Belum bersedia untuk perkara begitu dan belum tentu juga hubungan mereka akan kekal.
" Awak salah faham Yuna. Ka-kami tak pernah sampai tahap mac- "
" Jadi, you pernah tidur dengan Jake oppa? Huh, i knew it. " celah Yuna sambil berpeluk tubuh. Taeri kehilangan kata - kata di situ kerana apa yang Yuna katakan itu betul tetapi cuma sekali sahaja.
" You bahkan pindah sama sekolah dengan oppa? For what? Sebarkan dekat satu sekolah yang you isteri kepada Shim Jake? " tambah Yuna lagi.
Taeri kembali menunduk memandang kasutnya kerana dia tidak tahu mahu membalas apa. Gadis di hadapannya itu sudah bersiap sedia untuk melawan semua kata - katanya. Awalnya dia berfikir Jake mengajak dia ke sini untuk bertemu orang tuanya.
Ternyata tidak, malah dia bertemu dengan Yuna.
Di fikirannya cuma mahu berehat tetapi bertemu dengan Yuna membuatkan kepalanya kembali pening. Namun, Taeri tidak mahu kalah dengan Yuna. Dia isteri kepada Jake pasti tahapnya lebih tinggi.
Dia menggenggam skirt sekolahnya, bibirnya di ketap rapat, " Shin Yuna apa yang awak cakapkan semua tu salah. Saya pindah sebab Jake yang suruh-to be honest i disagree with it. Saya tak nak dekat dengan Jake but you know what? He is my husband so it's up to us if we want sleep together or not. "
" Saya boleh buat apa yang awak cakap tu jadi kenyataan, Shin Yuna. Think about it once again, me and him on the same bed sharing the same feeling and passion together? Fun, right? " tambah Taeri lagi.
Wajahnya tenang tetapi nadanya begitu sinis dan menikam hati Yuna. Gadis itu mula membayangkan kata - kata Taeri dan menarik nafas sedalam yang mungkin. Dia tidak mahu semua itu terjadi.
" Don't cross the line, Kang Taeri. You're just- "
" Jake's wife? I know. " celah Taeri lagi membuatkan Yuna mengetap bibirnya sambil menahan rasa marah.
Rasa marah itu semakin menguasai hatinya ketika melihat wajah santai milik Taeri. Bagaimana gadis yang sebelumnya kelihatan seperti hilang kata - kata boleh melawannya. Yuna terus berdiri dan memandang Taeri tajam.
" I akan ambil semula hak i. I'll make sure he is mine. " pesan Yuna dan terus berlalu pergi. Dia tidak mahu berada di tempat itu lagi.
Jake dan Sunghoon keluar dari tempat penyembunyian mereka. Kedua - duanya terkedu kerana mereka mendengar perbualan dua gadis itu.
Terutama sekali Jake.
¦
Mereka akhirnya bermalam di rumah Jake kerana selepas kejadian itu orang tua Jake pulang dari kerja. Pasangan tua itu agak terkejut melihat anak dan menantunya ada di rumah itu. Sunghoon juga.
Oleh kerana ini kali pertama mereka makan malam bersama Taeri agak kekok. Dia tidak sempat untuk mengenali keluarga Jake dan terus berkahwin dengan lelaki itu.
Ternyata omma Jake sangat ramah dan appanya seorang yang berfikiran terbuka.
" Taeri macam mana sekolah? Semuanya baik ja kan? " soal Puan Shim lembut. Taeri memandang Jake sekilas sebelum mengangguk perlahan. Dia tidak mahu memberitahu wanita itu tentang sikap Jake.
Jake yang dingin dan tidak ambil peduli tentang dirinya. Jake yang sering memarahinya ketika berbual dengan Jay. Mungkin kerana dia tidak mahu rahsia mereka terbongkar.
" Semuanya baik omma. Buat masa ni. " balas Jake dan membisikkan ayat terakhirnya. Taeri yang berada di sebelah hanya senyum nipid kerana tidak tahu mahu membalas apa.
Tuan Shim bersuara, " Appa baru ingat, kurang dua minggu lagi genap sebulan kamu berdua kahwin. Tak nak pergi honeymoon? Appa boleh pesan tiket. "
Erk-Jake dan Taeri terus memandang antara satu sama lain. Sunghoon yang berada di hadapan mereka sudah mengukir senyuman mengejek. Dia tahu apa yang berada di fikiran pasangan muda itu.
" Pesan ja uncle, Hoonie tak sabar ni nak pegang anak buah. Aunty pun mesti nak show-off dengan keluarga Choi betul tak? " ujar Sunghoon selamba membuatkan Jake memandang ke arahnya seperti mahu menelan lelaki itu hidup - hidup.
Jake membesarkan matanya dan Sunghoon mengangkat bahu bersama muka santai.
Puan Shim hanya diam tetapi dalam diam dia bersetuju. Puan Choi sering menunjuk gambar cucu - cucunya yang ramai dan sering menyoal bila dia akan punya satu.
" Omma jangan dengar cakap Hoon. Dia jatuh dekat ice rink tu dia cakap benda macam tu. " balad Jake selamba. Sunghoon menjelirkan lidahnya ke arah sepupunya itu.
" Tapi betul apa Hoonie cakap tu. Omma nak ada cucu, biar Puan Choi tu sedar bukan dia ja ada cucu. " mendengar balasan dari Puan Shim itu membuatkan Sunghoon menepuk tangan tanda kemenangan. Jake terkedu mendengar kata - kata ommanya itu.
Anak? Pada umur begini? Bersama dengan Taeri? Jake pantas menggelengkan kepalanya, penyepit diletakkan di atas meja dengan kuat.
" Jaeyun kenyang. "
+ hi! siapa setuju ada little jake?
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...