1.49 // track down

1.3K 203 23
                                    

Seminggu berlalu berita tentang Jake dan Taeri masih lagi menjadi perbualan ramai. Walaupun tidak kecoh seperti minggu lalu namun tetap sahaja menjadi buah mulut setiap pelajar. Jake akhirnya hadir ke sekolah tanpa Taeri.

Seperti yang dijangkakan Jake menerima pandangan dari semua pelajar. Namun dia hanya abaikan sahaja. Sunghoon yang berada di sebelahnya menepuk bahu Jake sebagai tanda semangat.

Jake ternampak Jay bersama Jieun di loker namun lelaki itu mengabaikannya. Wajar untuk Jay marah padanya lagi.

" Kau tak nak tegur dia ke? Dah seminggu lebih kau dan dia berdiam diri. Cubalah berbaik. " pujuk Sunghoon membuatkan Jake senyum sinis.

" Apa kata kau berbaik dengan Jia dulu? Baru aku berbaik dengan Jay. " balas Jake selamba sebelum melangkah masuk ke dalam kelasnya. Dia lega kerana mereka bertiga tidak sekelas jika tidak pasti suasana dingin antara mereka bertiga.

Jake ketawa sinis, Sunghoon menasihatinya seolah lelaki itu sudah berbaik dengan Jia. Padahal sudah seminggu Sunghoon mengelak dari bertemu dengan gadis itu. Jake rasa bersalah pada Jia kerana perlu menghadap amarah Sunghoon.

" Aku masih syak dia. " ujar Sunghoon tanpa mengalihkan pandangan dari Jia. Jake dan Heeseung hanya menggelengkan kepala mereka perlahan.

Hari itu berlalu dengan pantas dan Jake langsung pulang ke rumah.

Tiba sahaja di rumah Jake di sapa dengan adanya Jay di rumahnya. Taeri dengan santai berbual dengan lelaki itu seolah tiada apa yang terjadi terhadap mereka. Jake memasang wajah dingin dan mahu naik ke biliknya namun Taeri pantas mengejar.

" Taeri aku penat dan aku nak berehat. " Jake berjalan melepasi isterinya dan memijak anak tangga. Namun Taeri tidak peduli dan langsung menahan lengan Jake.

" Awak tunggu! Jay datang sini nak jumpa dengan awak-dia nak berbincang dengan awak. Boleh tak sekali ja awak dengar? " pujuk Taeri dengan suara yang lembut.

Jake menghela nafas, lagi sekali Taeri melemahkan dirinya dengan suara lembut itu. Jake jadi tidak sampai hati dengan isterinya itu. Perlahan dia mengangguk membuatkan bibir Taeri kembali melebar.

Taeri menyuruh Jake menukar baju baru turun ke bawah. Dia mahu mereka selesaikan dengan cara yang baik.

¦

" Soal hari tu, aku minta maaf. Aku betul - betul marah sebab kau dan Sunghoon sembunyikan daripada aku. Aku rasa bersalah juga sebab pernah sukakan Taeri. Kalaulah aku tahu- " ayat Jay terhenti di situ.

Jay mendongak memandang Jake bersama senyuman nipisnya. Dia tidak tahu berapa banyak kata maaf yang perlu dia ucapkan sehingga rasa bersalah dan malu ini hilang. Untuk memandang Taeri pun dia tidak boleh.

Jake menghela nafas, apa pun ini terjadi kerana sikap egonya juga. Andai sahaja Jake tidak sembunyikan hubungan mereka dari Jay pasti lelaki itu tidak rasa bersalah.

" Aku pun nak minta maaf. Aku terlalu ego dan pentingkan diri. Aku yang suruh Taeri sembunyikan semua ni. Maaf kalau aku dan Taeri buat kau rasa bersalah. " balas Jake pula.

Mereka berdua mendiamkan diri kerana tidak tahu mahu berkata apa lagi. Tidak lama kemudian dua lelaki itu ketawa serentak apabila pandangan mereka bertemu. Taeri yang duduk di meja makan itu meninjau Jake dan Jay yang sedang ketawa itu.

Taeri mengukir senyuman apabila melihat dua lelaki itu sudah berbaik.

" Kekok betul bila kau minta maaf! Dah lama kau tak dengar kau minta maaf Jake! Satu peningkatan-wow! " ujar Jay selamba dan itu membuatkan tawa mereka semakin kuat.

Namun terhenti seketika apabila Sunghoon muncul, " penglihatan aku dah tak betul ke? "

Tidak membalas soalan Sunghoon mereka berdua terus ketawa sahaja. Taeri muncul dan Sunghoon memandang gadis itu bersama wajah penuh tanda tanya. Taeri hanya ketawa kecil sebelum mendekati Sunghoon.

" Dia orang dah berbaik. " ujar Taeri.

Sunghoon terkejut mendengar jawapan Taeri kemudian dia mendekati rakan - rakannya itu. Dia mengambil tempat di sebelah Jake. Ketawa Jay terhenti dan dia mengukir segaris senyuman untuk Sunghoon.

" Hoon, aku dah kau bila lagi? " soal Jake santai.

Sunghoon baru sahaja mahu bersuara, pintu rumah Jake dibuka dan muncul pula Heeseung. Di tangannya ada sebuah recorder dan nafasnya tidak teratur.

" Heeseung hyung? "

" Hyung dah dapat bukti! "



+ as you can see this book will end soon!
antara sedih n gembira sekarang ni

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now