Jake baru sahaja pulang dari tempat kerjanya. Tubuhnya sangat lelah setelah 3 hari tidak pulang ke rumah. Dia hanya sempat bertanya khabar tentang Jia dan Jihoon melalui telefon sahaja.
Jia kini berumur 10 tahun dan Jihoon berumur 5 tahun. Kedua-dua anak mereka membesar dengan sangat cepat dan sihat. Taeri benar-benar membesarkan anak mereka dengan baik.
" Mesti semua dah masuk tidur. " Jake bergumam sambil langkah menaiki tangga.
Sebaik sahaja tiba di bilik Jake melihat Taeri yang sudah terlelap di meja kerja. Bibirnya mengukir senyuman hangat lalu mendekati isterinya dan mengalihkan tubuh kecil itu.
Taeri merengek ketika tidurnya terganggu dan Jake hanya senyum nipis. Dahi Taeri dikucup lembut sebelum dia menarik selimut untuk menghangatkan tubuh isterinya. Kemudian, Jake melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
" Ah, leganya bila dapat mandi! Sekejap lagi kau boleh rehat, Jaeyun. " ujar Jake.
Setelah selesai mandi Jake terus menyarungkan pijama miliknya dan naik ke atas katil. Rasa pening dikepala semakin terasa namun Jake hanya mahu tidur sahaja sekarang ini. Soal ubat dia ambil esok pagi sahaja.
Tubuh berbaring menghadap isterinya yang sedang tidur pulas. Tangannya mengusap pipi Taeri lalu menarik tubuh kecil itu ke dalam dakapannya. Sungguh dia rindukan isterinya.
Akhirnya, dia turut masuk ke alam mimpi.
Keesokkan harinya, Taeri bangun ketika dia merasakan aura hangat disekitar tubuhnya. Pada awalnya dia rasa selesa namun peluh mulai menitik di tubuhnya. Taeri langsung mendongak.
" Jaeyun? " panggil Taeri dan dia memegang pipi Jake. Dia terkejut saat merasakan suhu tubuh Jake yang tidak boleh dikatakan normal itu.
Taeri cuba untuk lepaskan dirinya dari pelukan erat Jake namun tubuhnya dipeluk semakin erat. Dia mendongak untuk melihat Jake yang sedang berkerut seperti menahan sakit.
" Jangan pergi mana-mana, sayang. Temankan Jaeyun, please. " bisik Jake dengan suara baru bangun tidurnya.
" Jaeyun awak demam! Ya Tuhan! Kenapa awak tak kejutkan saya? Biar saya ambil tuala nanti demam awak makin teruk! " balas Taeri namun Jake tetap mengeratkan pelukannya.
Wajahnya disembunyikan di ceruk leher Taeri. Nafas hangatnya menyapa leher membuatkan rasa cemas Taeri semakin meningkat. Jika dia biarkan demam itu akan melarat. Taeri akhirnya memaksa Jake untuk mengalihkan lengannya.
Taeri mengambil sehelai kain dan menuju ke bilik mandi. Dibasahkan kain itu lalu dia mendekati katil dan melihat Jake sedang memeluk bantal peluk. Taeri segera duduk di birai katil dan meletakkan kain basah itu di atas kepala Jake.
" Awak demam Jaeyun. Awak tidurlah, saya ada dekat sini. " bisik Taeri.
" Temankan Jaeyun. " Jake bergumam lagi.
Taeri mengusap kepala Jake sehingga sepasang mata itu terpejam rapat lalu dia turun ke dapur untuk memasak sarapan. Setelah itu dia mengejut Jia dan Jihoon untuk ke sekolah dan tadika.
Kemudian, Taeri naik ke bilik untuk membersihkan diri dahulu sebelum menghantar anak-anaknya. Pipi Jake dikucup lembut sebelum dia menghantar Jia dan Jihoon. Dia memandu dengan cepat kerana cemas kan Jake.
3 hari tidak bertemu sudah cukup untuk membuatkan Taeri risau. Inikan pula melihat suaminya sedang tidak sihat. Tiba sahaja di rumah Taeri langsung memasakkan bubur untuk Jake.
" Badan dia panas lagi. " bisik Taeri sambil jarinya membuka satu persatu butang pijama yang dipakai Jake.
Taeri mengambil semangkuk air dan kain untuk menyapu badan Jake. Sekurang-kurangnya suhu badannya menurut sedikit berbanding sebelumnya. Saat Taeri mengelap badan Jake dia mendengar beberapa bisikan dari bibir Jake.
Sudah menjadi perkara biasa saat Jake demam namun Taeri tetap risau. Mangkuk air diletakkan di atas meja lalu Taeri baring di sisi Jake. Saat lengannya memeluk tubuh Jake pelukannya langsung dibalas tanda Jake separuh sedar.
" Sayang? "
" Ya, saya dekat sini teman awak. Tidurlah, Jaeyun. Saya tak pergi mana-mana. " balas Taeri.
" Baguslah. Saya rindukan awak, Jia dengan Jihoon. " tambah Jake.
Taeri ketawa kecil mendengar balasan dari Jake itu. Jake menggenggam erat tangan Taeri bersama tubuh yang masih lagi menggigil. Jake menyembunyikan wajahnya di leher Taeri sambil menghirup wangian yang disembur oleh isterinya.
" I really miss you. Don't go anywhere, sayang. " bisik Jake.
" I won't. "
tbc...
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...