Taeri hanya termenung ketika kelas berlangsung, ada juga beberapa kali Yeojin mencuit bahunya. Dia tidak fokus semasa kelas berlangsung kerana memikirkan luahan hatinya tempoh hari.
Benarkah dia sayang Jake? Atau dia terbawa - bawa suasana?
Taeri meraup wajahnya lalu melepaskan nafas berat membuat seisi kelas menoleh ke arahnya. Termasuk Jung Saem yang sedang bercakap di depan kelas.
" Kang Taeri? Kamu ada masalah ke? " soal Jung Saem sambil berpeluk tubuh. Taeri segera sedar dari lamunannya dan memandang Jung Saem.
" Saya kurang rehat, Saem. Maafkan saya. " balas Taeri sambil menunduk. Dia tidak tipu, dia kurang rehat selepas kes luahan perasaannya itu.
Dia tidak dapat tidur malam memikirkan sama ada Jake akan ingat atau tidak luahan itu. Apa reaksi lelaki itu ketika dia sudah sihat sepenuhnya? Pagi tadi Ahjumma Lee memberitahunya Jake pulang ke rumah keluarganya.
Jung Saem mengangkat sebelah keningnya sambil bibirnya mengukir senyuman sinis.
" Kenapa kamu kurang tidur? Jaga baby ke? " soal Jung Saem lagi membuatkan rakan sekelasnya yang ketawa.
Big baby? Ya, Saem saya jaga baby. Bisik hatinya. Taeri lalu dengan selamba menganggukkan kepalanya membuat seisi kelas terdiam. Yeojin memukul bahunya berfikir Taeri bermain - main sahaja.
" Saya jaga sepupu saya, dia tak sihat. " balas Taeri lagi dan Jung Saem hanya mengangguk perlahan.
Kemudian Jung Saem sambung mengajar kerana dia percaya apa yang dikatakan oleh Taeri. Sementara Taeri melepaskan nafas lega, pandangan dari Yeojin diabaikan sahaja.
Loceng waktu rehat akhirnya berbunyi dan semua pelajar mula bergerak menuju ke kantin. Kecuali Taeri yang masih lagi berada di dalam kelas dan Yeojin pergi perpustakaan.
Taeri meletakkan kepalanya di atas meja. Dia baru sedar Jake tidak hadir hari ini. Kenapa dia tidak hadir? Taeri tertanya - tanya.
" Taeri! " dia mengangkat kepala. Jay dan Sunghoon berada di pintu kelas sambil melambai tangan ke arahnya.
" Mana awak pergi dua hari ni? Awak tak sihat ke? " soal Jay. Taeri dan Sunghoon terdiam, mana mungkin mereka mahu beritahu Jay yang Taeri menjaga Jake.
Taeri hanya mengangguk perlahan sambil memandang Sunghoon sekilas. Wajah Jay terus berubah dan dia meletakkan tangan di dahi Taeri.
" Awak ok tak Taeri? " soal Jay bersama nada risau. Taeri hanya ketawa sambil menarik tangan Jay jauh dari dahinya.
" Kau dah nampak dia dekat sinikan? Aigoo, Jongseong! " balas Sunghoon membuatkan Jay mencebik.
Kemudian mereka bertiga berehat di kelas Taeri bersama - sama.
¦
Jake POV
Punat butang telefon ditekan selepas membaca mesej dari Jay. Aku agak bengang ketika melihat gambar yang dihantar oleh Jay sebentar tadi.
Aku sudah dapat mengagak yang Jay akan berehat bersama - sama dengan Taeri. Satu hal aku tidak faham ialah apa yang Taeri lakukan sehingga Jay boleh suka dekat dia?
Aku kenal Jay sejak kecil lagi, dia tak mudah sukakan perempuan. Macam mana dia boleh buka hati dan perasaan dia untuk Taeri?
Siling bilik aku pandang. Jujur aku pun tak tahu apa motif aku balik rumah tanpa beritahu Taeri dan omma.
TING!
penguinhoon
| asal ponteng?jakeila
tak ada mood |
lagipun aku rindu leima |penguinhoon
| leima?
| KAU CURANG KE SIM JAEYUN?jakeila
srsly, hoon? |
leila + omma, u got it? |penguinhoon
| taeri risau
| dia macam tak sihatjakeila
so?penguinhoon
| bro, she's yr wifejakeila
on the contract |
yea? |penguinhoon
| dia jaga kau kot
| at least dia patut tahu
seen" Penting ke untuk aku cakap? " aku berdecit perlahan sambil mencampak telefon ke tepi. Wajah aku raup lama sambil memikirkan Taeri.
Ya, Taeri. Aku tidak tahu apa yang aku rasakan sekarang tetapi aku mahu perasaan ini sekadar sementara. Aku mungkin kurang sihat tempoh hari tapi aku tak pekak.
Pendengaran aku masih lagi baik dan buat masa tiada lagi masalah telinga.
" Sebab saya sayangkan awak, Shim Jaeyun. "
Suara dia bergema dalam fikiran aku. Aku tak boleh lupakan mata Taeri ketika dia luahkan perasaan dia itu. Ah, mungkin dia terikut suasana dan sifat aku yang manja.
Ya, mungkin saja.
" AAARRRGGHHHHH SUSAHNYA HIDUP!! " wajah aku raup sekali lagi.
TING!
Bunyi mesej membuatkan aku segera mencari telefon aku. Entah mengapa aku berharap dia yang menghantar mesej tetapi bukan. Sebaliknya ornag lain.
myprincess👑
| hey, guess what?
| i'm back!+ siapa ' myprincess👑' ?
+ highschooler enhypen! i just knew that me and my old friend have the same bias 😭vote + comment <3
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...