Aktiviti pertama mereka ialah seperti yang dirancang iaitu scuba diving. Jay dan Jieun sudah teruja kerana mereka amat menyukai aktiviti air itu. Manakala Taeri dan Jia mulai risau.
Kerana mereka tidak tahu mengawal diri di dalam air. Terutama sekali Jia.
" Aku dengan Heeseung hyung pergi bayar dulu yang lain tunggu dulu. Okay? " soal Jay dan mereka yang lain hanya mengangguk.
Mereka menunggu di meja dan berbual kosong tetapi tidak Taeri. Dia hanya mendiamkan diri kerana berasa kekok. Jake dipandang sekilas.
Lelaki itu sedang berbual dengan Sunghoon dan Taeri terfikir bagaimana dia boleh berlakon seperti tiada apa yang berlaku? Taeri mencebik perlahan dan berpeluk tubuh.
" Guys! Jom bersiap! " Jay muncul bersama Heeseung.
Mereka berpecah untuk menukar pakaian kemudian naik ke kapal bersaiz sederhana. Jay sengaja membayar kapal peribadi untuk mereka semua.
Heeseung dan Sunghoon yang pertama turun ke dalam laut. Diikuti dengan Jake dan Jay. Tiga orang itu memandang antara satu sama lain terutama sekali Jia yang tidak tahu berenang.
" Taeri! Hulurkan tangan awak! " ujar Jay sambil menghulurkan tangannya. Jake yang berada di belakang Jay itu mengendahkan Taeri dan mendekati Heeseung.
Mahu tak mahu Taeri memegang tangan Jay untuk turun ke dalam air. Dia memegang erat tangan Jay kerana dia takut.
" Eh, kau tunggu apa lagi? " soal Sunghoon kepada Jia.
" Err.. T-tuan saya tak tahu berenang. " Jia menundukkan kepalanya dan bermain dengan jarinya.
Sunghoon mengeluh perlahan. Dia lupa yang Jia tidak pernah belajar berenang. Sunghoon lantas menghulurkan tangannya supaya gadis itu memegang tangannya.
Jia memandang tangan Sunghoon lalu memandang wajah lelaki itu. Adakah lelaki itu membenarkan Jia memegang tangannya? Jika ya, ini kali pertama dia menyentuh Sunghoon.
" Jangan buang masa aku boleh tak? Cepat pegang tangan aku. Hari ni ja aku benarkan. " tambah Sunghoon dan Jia segera menautkan tangannya dengan Sunghoon.
Sebaik sahaja dia masuk ke dalam air Sunghoon terus menarik tubuhnya supaya mendekat. Tangan Sunghoon merangkul pinggangnya.
" Sentiasa dekat dengan aku. Nanti lemas aku juga yang susah. Faham? " Jia segera mengangguk sebelum menyarungkan diving mask dan membiarkan Sunghoon menarik tubuhnya ke mana yang dia mahu.
¦
Selesai aktiviti scuba diving mereka berehat di vila milik keluarga Jake yang kebetulan berdekatan dengan mereka. Taeri juga terkejut kerana baru tahu tentang vila itu.
" Ada banyak bilik dalam ni. Pilihlah mana satu, aku nak berehat. " ujar Jake dan langsung masuk ke dalam bilik yang berdekatan dengannya.
Mereka yang lain melakukan apa yang dia mahu. Jay dan Heeseung pergi membersihkan diri, Jieun dan Taeri masuk ke dalam bilik. Sunghoon melangkah ke kolam renang dan Jia ke dapur.
Mereka sangat penat dan mengambil keputusan untuk berehat. Heeseung mencadangkan untuk melihat pemandangan matahari terbenam.
" Ah, penatnya. " keluh Jieun sebaik sahaja dia baring di atas katil.
" Jieun. Saya mandi dulu ya? " ujar Taeri dan Jieun hanya angguk. Dia mahu tidur kerana berada di bawah matahari dan bermain air dengan waktu yang lama.
Taeri segera membersihkan tubuhnya dan berendam di dalam tub mandi. Rasa lelah hilang sedikit membuatkan dia senyum lega.
Selesai berendam Taeri bangun dan bersihkan tubuhnya sekali lagi. Selepas itu dia menyapa losyen di tubuhnya yang sedikit gelap itu. Taeri melangkah keluar bersama jubah mandi di tubuh.
Terkejut Taeri apabila melihat Jia sedang berdiri menghadap meja solek. Dia mahu menyoal tetapi mungkin Jia masuk ketika dia sedang mandi.
" Eh, Jia? Nak mandi juga ke? " soal Taeri dan Jia segera menoleh. Riak wajah Jia agak suka untuk dijelaskan, mungkin kerana dia terkejut ditegur oleh Taeri.
Tambahan pula rambut Taeri yang masih lagi basah dan hanya memakai jubah mandi sahaja. Pasti Jia terkejut.
" Eh, unnie dah sudah? Ah ya saya nak mandi. " balas Jia dan bergerak ke bilik mandi bersama barang - barangnya. Dia segera menutup pintu meninggalkan Taeri seorang diri.
Taeri hanya mengangkat bahu dan segera menyarungkan pakaian yang sesuai dan nipis. Setelah itu dia mengeringkan rambut sambil melangkah keluar bilik. Perutnya tiba - tiba sahaja lapar.
Tiba sahaja di dapur ada Jake dan Jay yang sedang berbual kosong. Nampaknya Jay memasak sesuatu. Taeri segera mengambil tempat di sebelah Jake dan menyapa mereka.
" Masak apa tu? " Jake menoleh memandang Taeri dan seketika matanya membulat. Mana tidaknya Taeri memakai sehelai baju berwarna putih yang nipis dan seluar pendek paras paha.
Dia segera mengalihkan pandangan dan batuk kecil. Entah mengapa dia tidak suka melihat Taeri memakai pakaian seperti itu. Mungkin kerana dia tahu bagaimana mata lelaki berfungsi?
Mungkin juga atas sebab lain.
" Saya masak nasi goreng kimchi. Jake cakap dia lapar jadi minta saya masakkan. Awak nak? " soal Jay lagi dan Taeri mengangguk.
" Ok, awak tunggu ya? "
Memang itu niatnya datang ke dapur. Untuk memenuhkan perutnya kosong dan siap untuk berbunyi sumbang itu. Nasib baik ada Jay di dapur.
Jay menghidangkan nasi goreng untuk Jake lalu menyiapkan bahan yang sama untuk Taeri. Sebaik sahaja Jay sibuk dengan aktivitinya Jake segera mencuit siku Taeri.
" Apa? " bisik Taeri.
" Baju jenis apa kau pakai ni? " balas Jake dalam keadaan berbisik.
Taeri memandang tubuhnya, salah ke dia memakai pakaian seperti ini? Rasanya inilah pakaian remaja masa kini terutama sekali pada musim panas.
" Salah ke saya pakai macam ni? " soal Taeri lagi.
Jake hanya memutarkan matanya dan langsung sambung makan. Tak peka. Sangatlah tidak peka! Kalau tiada Jay pasti dia sudah membebel kepada Taeri.
Jake hanya mampu menahan diri sahaja.
+ korang nak ada kiss scene atau tidak?
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...