Tiga hari berlalu dan keadaan mereka berdua semakin membaik. Hari ini mereka sudah boleh pulang ke rumah kerana Jay terus membatalkan percutian ini. Dia tidak mahu yang lain hadapi hal yang sama.
Terutama sekali Jieun, ramai orang mula mengetahui tentang percutian ini. Ada juga tersebar beberapa gosip.
" Saya nak minta kebenaran awak. " ujar Taeri selepas dia selesai mengemas beg pakaiannya. Jake yang masih mengemas pakaiannya itu menoleh ke arah Taeri.
" Kebenaran apa? " balas Jake.
" Saya nak balik rumah keluarga saya. Tolong beri saya waktu seminggu. " pinta Taeri.
Ini sudah masuk dua bulan setengah mereka berkahwin tetapi tidak lagi mereka menginap di rumah Taeri. Dia mahu mengajak Jake tetapi hatinya menghalang. Taeri tidak mahu melihat muka Jake.
Untuk seketika.
" Kalau macam tu aku ikut— "
" Tak perlu. Saya nak luangkan masa dengan keluarga saya. Jadi awak bolehlah keluar dengan kekasih awak. " potong Taeri dengan nada dingin.
Dia segera menggalas beg pakaiannya dan mahu melangkah keluar. Lengannya ditarik oleh Jake membuatkan dia menghadap lelaki itu semula. Taeri memutarkan matanya.
Tangan Jake cuba ditolak dari lengannya tetapi semakin kuat pegangannya. Malah tubuh Taeri ditarik supaya dia mendekat.
" Kenapa dengan kau ni? " bisik Jake.
Taeri mengalihkan pandangannya, bibirnya digigit berkali - kali. Dia tidak boleh memandang Jake atau dia akan hilang kawalan.
" Taeri, what's wrong with you? " soal Jake lagi.
Taeri memejamkan matanya. Dadanya naik turun menahan rasa sakit yang semakin membuak. Dia tidak boleh berada dekat dengan Jake dan menjadi lemah.
" Aku ada buat salah ke? Hey, talk to me please? " kali ini wajah Taeri diusap lembut. Taeri yang sudah tidak tahan langsung menolak bahu Jake supaya lelaki itu menjauh.
Jake tidak terima dengan tindakan Taeri. Adakah gadis itu baru sahaja menolak dia menjauh? Sejak tiga hari lalu dia tidak tahu apa salahnya pada Taeri. Jake buntu.
Apabila disoal Taeri menjawab dengan acuh tak acuh.
" Taeri— "
" Saya dah minta kebenaran awak. Jadi tolong jangan tunjukkan muka awak. Saya tak nak tengok awak Jake. " celah Taeri.
Dia terus melangkah keluar meninggalkan Jake. Taeri mungkin kelihatan seperti sedang ego tetapi dia mahu berehat. Dia sudah lelah dengan sifat Jake.
¦
Taeri sedang termenung dan tidak sedar akan kehadiran kembarnya, Kang Taehyun. Kembarnya sering menginap di rumahnya setiap musim panas. Kerana malas untuk tinggal di rumah sendiri.
" Riri, kau serupa macam walking dead tahu tak? " ujar Taehyun sambil menghulurkan sebungkus keropok ke arah Taeri.
Taeri memandang keropok itu sekilas dan mengambil sekeping. Sudah dua hari dia menginap di rumahnya sendiri. Dia lakukan apa yang dia mahu—luangkan waktu bersama keluarga. Namun Taeri tetap belum puas.
Wajah itu sering muncul membuatkan Taeri sering termenung. Walaupun dia masih marah tetapi dia tetap risaukan lelaki itu.
Taehyun menghela nafas, " kau patut jumpa dia. "
" Cakap senanglah. Suami kau ke sekarang ni? " balas Taeri dengan nada suara yang agak kusut.
Dia sudah ceritakan segala pada Taehyun dan lelaki itu menyuruh dia pulang ke rumah. Mustahil untuk Taeri pulang dengan fikiran yang masih kusut. Dia tak mahu memburukkan lagi keadaan.
" Memang bukan suami aku tapi kalau kau keras hati sampai bila masalah ni tak habis. Benda boleh bawa berbincang, Riri. " tambah Taehyun lagi.
" Tengoklah nanti. "
Perbualan tentang masalah Jake dan Taeri terhenti di situ. Taehyun tidak mahu memaksa Taeri dan membiarkan gadis itu membuat keputusan. Namun keadaan Taeri semakin memburuk.
Dia jarang makan dan sering berkurung di dalam bilik. Sehinggalah Taehyun tiada pilihan lain selain menyuruh Jake datang ke rumahnya. Dia yakin cuma Jake yang dapat menyelesaikan masalah ini.
" Mana Taeri? " soal Jake.
" Jaeyun-ah, berbincanglah baik - baik dengan anak omma. Dah dua hari dia tak makan. Eung? " Puan Kang memegang tangan Jake erat.
Jake mengangguk perlahan lalu Taehyun menunjukkan arah bilik Taeri. Ini kali kedua dia di sini, kali pertama ketika hari perkahwinan mereka waktu itu Jake sangat benci akan Taeri.
Taehyun berhenti di hadapan sebuah bilik. Dia menepuk bahu Jake sebelum turun ke bawah. Memberi ruang supaya mereka dapat berbincang. Jantung Jake berdegup kencang.
Tangannya memulas tombol pintu bilik itu lalu melangkah masuk. Jake melihat susuk tubuh Taeri yang sedang duduk di hadapan tingkah. Merenung langit senja itu.
" Taeri. " panggil Jake dan pantas gadis itu menoleh. Mata Taeri membulat melihat Jake yang berdiri di dalam biliknya.
Taeri tidak tahu sama ada dia sedang bermimpi atau tidak. Jake perlahan - lahan mendekatinya dan saat lelaki itu berada di hadapannya dia tahu ini bukan mimpi.
" J-jake-apa yang a-awak buat dekat sini? " nafasnya tersekat - sekat. Dia cuba menahan debaran di jantungnya. Orang yang dia fikirkan beberapa hari ini berada di hadapannya.
" Kita kena berbincang Taeri. Aku tak suka kita macam ni. Can we? " soal Jake lembut dan Taeri mengangguk perlahan.
Jake terus menarik Taeri supaya mereka duduk di katil. Taeri menundukkan kepalanya, tidak mahu memandang lelaki itu. Walaupun dia tahu Jake sedang memandangnya.
" Aku minta maaf. Aku tak patut leka dan biarkan kau seorang diri. Aku sepatutnya terus selamatkan kau dan tak masuk dalam perangkap Nicholas. Aku minta maaf sebab dia libatkan kau dalam masalah kami. Aku minta maaf sebab biarkan perempuan tu— " ayatnya terhenti saat Taeri meletakkan jari telunjuknya di bibir Jake.
" Jangan sebut perkataan 'maaf' lagi. Bukan awak ja yang salah saya pun. Jadi, saya minta maaf. " ujar Taeri bersama senyuman nipis.
Jake mencapai tangan Taeri dan mengusapnya lembut. Jantungnya berdegup kencang, pipinya membahang kerana berada dekat dengan Taeri. Ditambah pula dengan suasana sekarang ini. Laju sahaja mulutnya bersuara.
" Apologize wasn't enough. I have another one favor— "
" Apa dia? " soal Taeri.
" -hilangkan tanda - tanda dekat badan aku. I want you to erase it, can you? "
+ adakah anda menghidu bau - bau scene yang anda nantikan?
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...