1.48 // broken pieces pt. 2

1.3K 201 4
                                    

" Kamu balerina yang menang pertandingan di Sydney tu kan? Saya ada tengok persembahan kamu dan saya mengaku yang awak pandai menari. " puji Puan Park sambil menghidangkan sepiring buah untuk Jieun.

" Terima kasih, aunty. "

Jieun senyum nipis dan menunduk kepada wanita itu. Jay yang berada di sebelahnya itu hanya menunduk sambil bermain dengan jarinya. Dia tidak tahu yang Puan Park akan pulang seawal itu.

Pasti ommanya terkejut apabila melihat ada perempuan di dalam rumah ini.

" Apa pula aunty? Panggil ja omma—kamu kekasih Jongseong kan? " soal Puan Park selamba membuatkan Jay dan Jieun sama - sama terdiam.

Pipi mereka berona merah kerana malu dengan soalan Puan Park itu. Tambahan pula wanita itu mengukir senyuman mengejek kepada anaknya. Jujur, Jay rasa seperti mahu duduk di dalam bilik sahaja kerana dia tahu yang ommanya akan terus mengejeknya.

" Kenapa diam? Jongseong-ah, kan omma dah cakap kalau ada kekasih jujur dengan omma? Tak adalah omma terkejut bila ada perempuan lain dalam rumah kita. Sekurang - kurangnya omma tahu itu Jieun. " ujar Puan Park lagi.

Jay mengaru kepalanya lalu memandang Jieun sekilas, " omma... Jieun bukan kekasih Jongseong—not yet. "

Sudah boleh agak bagaimana reaksi Puan Park sekarang ini. Dia terkedu dan terkejut apabila mendengar jawapan dari Jay. Dia memandang anaknya dan Jieun silih berganti lalu dia mengurut pelipisnya. Pening kepalanya memikirkan sikap anaknya, Jay.

" Park Jongseong kenapa lambat sangat bertindak? Rasanya Jongseong dah banyak kali cerita dekat omma tentang Jieun kan? "

" O-omma— "

" Jangan cuba nak menipu! Jongseong-ah, kamu dah lama sukakan Jieun. Jangan risau omma dengan appa dah setuju! Omma nak bersihkan diri dulu dan Jieun-ah tengah hari makan sini ya? " tambah Puan Park lagi.

Kepala Jieun diusap sebelum dia melangkah pergi. Setelah mendengar bunyi pintu bilik ditutup Jay terus memegang tangan Jieun. Dia pasti yang Jieun berasa sangat kekok berjumpa dengan ommanya yang banyak mulut itu.

Jika dengan Jake dan Sunghoon itu tak apa lagi. Tetapi ini Jieun, malah rahsia besarnya juga hampir dibocorkan oleh ommanya.

" Maaf soal omma aku. Dia jarang jumpa budak perempuan yang sebaya dengan aku. Kau yang pertama. " ujar Jay perlahan.

" Jay, betul ke apa yang omma kau cakap tu? Kau dah lama sukakan aku? " soal Jieun secara tiba - tiba.

Dia memandang Jay dengan penuh harapan. Dia tidak mahu berharapan terlalu tinggi kerana dia tahu yang selama ini Jay cuma memandang Taeri, bercakap tentang Taeri dan menyoal tentang aktiviti Taeri.

Jay mengalihkan pandangan ke tempat lain dan itu membuatkan Jieun mendengus. Tangan Jay langsung dilepaskan.

" I knew it already. "

¦

" Terima kasih omma sebab benarkan saya makan tengah hari. Rasa macam saya susahkan omma pula. " ujar Jieun sambil mencuci pinggan mangkuk.

" Tak apa, kalau kamu ada waktu boleh ja datang sini. Omma kalau boleh nak jumpa kamu selalu! " balas Puan Park.

Jieun jadi malu dan kekok bersamaan. Memanggil orang lain dengan panggilan 'omma'. Atau sebenarnya dia tidak buasa menyebut perkataan itu?

Sebenarnya selepas pengakuan dari Jay tadi, Jieun mahu terus pulang ke rumah. Dia benar - benar marah dengan jawapan Jay kerana dia berharap terlalu tinggi. Ah, sepatutnya Jieun tahu yang Jay sudah sukakan Taeri sejak awal lagi.

Jadi, dia tidak perlu berharap.

Selesai mencuci Jieun naik ke bilik Jay untuk mengemas begnya. Dia mahu segera pulang ke rumahnya. Dia mahu menenangkan hati dan perasaannya. Jieun memerlukan nasihat dari seseorang. Ketika dia mengemas Jay datang dan menghalangnya.

" Kau nak pergi mana? "

" Balik rumah. Omma aku pasti risau kalau aku tak ada rumah. " balas Jieun.

Jay ketawa sinis, dia berpeluk tubuh dan memandang gadis itu. Dia tahu yang Jieun sedang menipu dan mahu menjauh dari dirinya. Jay tahu yang Jieun marah selepas dia jujur. Namun itu semua sudah berlalu.

" Omma kau takkan risau kalau kau tak ada rumah. Sekarang jujur dengan aku kenapa kau macam ni? " soal Jay lagi.

" Tak penting untuk kau tahu! " balas Jieun tanpa memandang wajah Jay.

Dia terus menggalas beg dan menuju ke pintu bilik Jay. Namun Jay dengan pantas menghalang dan mengunci pintu bilik itu. Tangan Jieun dipegang erat supaya gadis itu tidak melangkah pergi.

Dia membalikkan tubuh Jieun supaya menghadap ke arahnya. Sekali lagi air mata Jieun mengalir di pipi dan membuatkan Jay jadi rasa bersalah.

" Let me go! Aku nak sendirian sekarang! "

" Liar! I knew something is wrong with you, Jieun! Now tell me the reason so i can fix it! " bahu Jieun dicengkam supaya gadis itu tidak meronta - ronta.

" Fine! Aku cemburu tengok omma kau boleh terima apa yang kau buat! Sentiasa ada dengan kau setiap masa! Aku tak ada semua tu dan aku cemburu! Omma aku—dia tak pernah tanya tentang aku! Bila tengok omma kau— " ayat Jieun berhenti di situ dan sambung menangis.

Sekali lagi hati Jay sakit melihat tangisan itu. Dia tidak suka melihat Jieun seperti ini. Lantas dia menarik Jieun ke dalam pelukannya dan membisikkan kata - kata manis di telinga Jieun. Dia berharap dengan caranya Jieun dapat tenang sedikit.

Namun, dia tidak tahu ada satu hal lain yang disembunyikan oleh Jieun.

+ vote and comment!
should i make a double up?
can't wait for the climax!

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now