1.19 // moved

1.8K 247 57
                                    

Lusa genap sebulan perkahwinan mereka. Sudah tiga hari berlalu kejadian hari itu Jake mulai berubah sebagai contoh sewaktu rehat dia makan bersama teman - temannya. Termasuk Taeri.

Ada juga beberapa kali Yuna mengajak Jake makan bersama dengannya tetapi lelaki itu menolak. Jay juga pelik dengan sikap Jake yang tiba - tiba berubah. Tiada lagi jelingan atau kata - kata yang menyinggung hatinya.

Dia takut apa yang dia fikir menjadi kenyataan. Jay tidak bersedia untuk berlawan bagi merebut gadis yang sama.

Guys! Esok aku ada perlawanan, datang tahu? ” ujar Jake sebaik sahaja dia tiba di meja itu. Sunghoon dan Jay hanya mengangguk, mustahil mereka tidak melihat perlawanan itu.

Jake menoleh ke arah Taeri yang berada di sebelah Sunghoon dari sudut matanya dia mahu memberi isyarat. Pada masa yang sama Taeri juga sedang memandang Jake. Dia segera mengalihkan pandangan ketika mata mereka bertemu.

Pipinya tiba - tiba memerah kerana teringat kejadian itu. Lelaki itu tidak hanya melayannya dengan baik, malahan cuba untuk menciumnya. Taeri tanpa sedar menggelengkan kepalanya dan berjaya menarik perhatian tiga lelaki itu.

“ Awak ok Taeri? Kenapa awak geleng? Awak tak nak datang—muka awak merah! Awak tak sihat ke? ” soal Jay risau. Automatik tangannya menangkup wajah Taeri bersama wajah kerisauan.

Jake yang melihat itu berdecit perlahan melihat jemari Jay mengusap pipi Taeri. Gadis itu menolak perlahan tangan Jay sambil mengelak dari memandang Jake. Jika tidak wajahnya semakin memerah.

“ Sa-saya nak pergi tandas. ” ujar Taeri dan langsung berdiri. Tanpa melihat ke belakang dia terus melangkah tandas sekolah.

Weird. Kenapa jadi macam tu lepas kau sampai? ” soal Jay sambil memandang tajam ke arah temannya itu. Otaknya mula berfikir bermacam - macam hal sekarang ini.

Jake mengangkat bahu, “ mungkin dia terkejut tengok aku jadi baik. ”

Untuk ini Jake tidak menipu, dia tahu Taeri masih memikirkan kejadian itu. Jujur dia juga sering memikirkannya. Andai kata Ahjumma Lee tidak muncul pasti dia sudah mendapat jawapannya.

Jawapan dari kekeliruan ini.

Jay dalam diam bersetuju, mungkin Taeri malu dengan sikap ramah Jake kerana sebelum ini lelaki melayannya dengan kasar. Mereka sambung makan dan dapat Sunghoon lihat yang sepupunya sedang senyum seorang diri.

Dia menyepak kaki Jake dan lelaki itu mendongak. Senyuman cuba disembunyikan. Jake hanya mengenyit mata lalu menghabiskan makanannya.

¦

Taeri tidak berfikir mahu berpatah balik ke kantin. Dia mengambil keputusan untuk menenangkan dirinya sambil berjalan - jalan di sekitar kawasan sekolah. Suasana sunyi membuatkan dirinya menjadi tenang.

Dia tidak pasti ke mana dia mahu pergi, kakinya hanya melangkah ke mana yang dia mahu. Ada seseorang telah menarik perhatiannya. Seorang gadis yang sedang berdiri di hadapan bilik guru.

Taeri mendekati gadis itu dan menepuk bahu. Benar sangkaannya ketika gadis itu menoleh. Mereka sama - sama terkejut.

“ Jia? ”

“ Taeri unnie! ”

Jia berasa seperti dia sudah menemui jalan keluar semasa bertemu dengan Taeri. Ini hari pertamanya di sini dan dia mahu meminta bantuan dari Sunghoon—memandangkan lelaki itu sahaja yang dia kenal.

Tetapi lelaki itu tidak muncul dan Jia agak geram dengan lelaki itu. Nasib lelaki itu baik kerana pangkatnya kalau tidak Jia sudah melepaskan marahnya begitu sahaja.

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now