“ I could be a better boyfriend than him, I could do the shit he never did. ”
•
•
•
7 tahun kemudian
“ Tuan Lee, majlis hari lahir Tuan akan disambut dengan penuh meriah. Sesuai permintaan tunang Tuan. Semua sistem keselamatan sudah diperiksa jadi Tuan tak perlu risau. ” ujar Mina, iaitu pembantu kepada Heeseung.
Heeseung yang berdiri di atas pentas sambil melihat segenap ruang dewan hotel itu hanya mengangguk. Sejak 3 tahun lalu dia membuka syarikat hiburan sendiri dan namanya mulai berkembang di dalam industri muzik. Bukan itu sahaja, wajahnya yang tampan juga menjadi idaman ramai.
Telefonnya berbunyi menandakan ada seseorang menelefonnya. Heeseung segera menjawab tanpa menunggu apa-apa lagi.
“ Hello? ” jawabnya ringkas.
“ Puas hati dengan apa yang aku dah sediakan? Tolong bersyukur sikit eh, aku sanggup nak habiskan waktu untuk kau seorang ja! Kalau tak fikirkan yang kau tunang aku memang malas aku nak tolong! ” suara yang mengomel itu membuatkan bibir Heeseung tersenyum.
“ Saya dah cukup puas. Thanks a lot, Vivian. I do appreciate your hard work. Bila awak sampai nanti saya kena jemput awak. ” balas Heeseung.
“ Huh, as you should Mr Lee! Aku tak tahu lagi sampai pukul berapa dan kau tak payah tanyalah. Semua orang tahu yang kita tak suka antara satu sama lain kan? Let's stop here because my boyfriend is coming! Bye— ” panggilan itu segera dimatikan oleh Vivian.
Suasana hening memenuhi dewan hotel dan Heeseung hanya senyum nipis. Vivian Shin, tunang kepada Lee Heeseung namun semua orang tahu yang mereka berdua tidak menyukai antara satu sama lain. Itu yang orang ramai fikirkan namun tidak bagi Heeseung—dia dalam diam menyukai Vivian.
Semua orang terkejut kerana melihat dua orang tidak mempunyai perasaan yang sama boleh bertunang. Kerana semua orang sudah jelas dengan Vivian yang sering memuatnaik gambar dan videonya bersama lelaki. Dan lelaki itu bukanlah Heeseung. Entah ke mana kewarasan Vivian tentang reputasi Heeseung.
Soal kekasih Vivian, semua orang juga tahu yang hubungan mereka tidak akan berakhir baik. Kekasih Vivian mempunyai skandal lain dan juga sikap yang tidak baik namun Vivian hanya memekakkan telinganya sahaja. Oleh itu, Heeseung telah tekad untuk merebut Vivian dari kekasihnya yang bebal itu. Dia sudah lama menyimpan hasratnya ini.
“ Tuan Lee? Kenapa Tuan ada dekat sini lagi? Tuan boleh naik ke bilik dan berehat kalau ada apa-apa nanti saya beritahu Tuan. ” ujar Mina yang muncul entah dari mana.
“ Sekejap lagi saya naik bilik. Kamu boleh pergi berehat Mina. Biarkan pihak hotel yang uruskan. ” Heeseung memberikan kata putus.
Heeseung naik ke bilik hotel lalu dia menanggalkan kasut, melipat lengan baju dan tali leher dilonggarkan. Tubuhnya direbahkan di atas katil sambil melepaskan keluhan berat. Selepas majlis hari jadi malam ini dia akan pastikan Vivian menjadi miliknya. Heeseung sudah lelah dengan permainan gadis itu.
“ Vivian Shin, aku akan pastikan kau lupakan dia. Aku akan pastikan yang dalam fikiran kau cuma ada aku. ” gumam Heeseung bersama senyuman sinisnya.
Akhirnya, Heeseung tertidur pulas di atas katil empuk itu.
Tidur nyenyak Heeseung terganggu ketika ada percikan air di wajahnya. Dia mencebik kesal ketika dia merasakan ada lagi percikan air di wajahnya. Bersama hati yang kesal Heeseung membuka matanya dan melihat siapakah yang memercikkan air ke wajahnya. Ternyata orang itu ialah Vivian.
“ Vivi? ”
“ Bangun! Berapa lama kau nak tidur? Esok? Minggu depan? Bulan depan? Get up now and go to shower! Lagi satu jam majlis hari jadi kau nak mula! Tengok aku dah siap dulu dari kau. ” bebel Vivian sambil melangkah menuju ke sofa.
Heeseung tidak berbicara apa-apa dan terus masuk ke dalam bilik mandi. Tubuhnya terlalu lelah sebab itu dia tidur dengan sangat lama. Ah, pasti tunangnya telah melihat wajahnya ketika tidur dan Heeseung jadi malu. Dia segera membersihkan tubuhnya dan menyarungkan pakaian yang disediakan oleh Mina.
Sudah rasa puas dengan penampilannya Heeseung melangkah keluar. Wajah kacak yang sudah segar bersama pakaian yang formal itu mendekati Vivian. Tunangnya mengenakan gaun formal yang berwarna putih yang menutup lengan dan melepasi lutut bersama rambut yang dilepaskan. Sangat cantik.
“ Jom? Maaf sebab buat awak tertunggu-tunggu. ”
“ Erm, apologize accepted! ”
Mereka turun ke dewan bersama-sama. Heeseung menggenggam tangan Vivian erat sambil membalas senyuman para pekerjanya. Vivian turut membalas dengan senyuman yang cuba dimaniskan. Dia tidak berapa suka dengan keramaian tambahan pula ada sesuatu yang sedang dia sembunyikan.
Tanpa sedar bibirnya menggeletar hebat saat dia cuba membalas senyuman. Pelukan di pinggang menyedarkan Vivian bersama bisikan lembut, “ awak nak makan apa-apa ke? ”
“ Tak nak! Belum ada rasa nak makan. Kalau kau nak, makanlah. ” balas Vivian sambil tangannya laju menolak tangan Heeseung dari pinggangnya.
Heeseung hanya mengangguk perlahan kerana dia rasa ada sesuatu yang Vivian sembunyikan. Menolak semua rasa itu ke tepi Heeseung cuba untuk menyelesaikan majlis hari jadinya. Selepas acara memotong kek semua pekerja mengucapkan ucapan selamat hari lahir kepada Heeseung. Vivian hanya diam dan membalas dengan senyuman sahaja.
Sikap Vivian membuatkan Heeseung menjadi sangat risau kerana tidak pernah lagi gadis itu berdiam diri. Apakah yang Vivian sembunyikan dari Heeseung? Rasa ingin tahu membuatkan Heeseung akhirnya menarik tangan Vivian untuk berdiri.
“ Mina, saya nak bercakap dengan tunang saya sekejap. Kalau saya tak turun awak boleh uruskan sampai selesaikan? ” soal Heeseung dan Mina hanya menurut sahaja arahan dari bosnya.
“ Vivi, we need to talk. In private. ” ujar Heeseung lagi.
Tanpa menunggu balasan dari Vivian dia membawa gadis itu ke bilik hotel semula. Itulah satu-satunya tempat yang paling tersembunyi dari tetamu yang hadir. Lagipun dari raut wajah Vivian lagi dia tahu yang gadis itu tidak selesa dengan keramaian. Wajah Vivian juga menjadi semakin pucat seolah dia tidak sihat.
“ What is your problem, Vivian? This isn't you and I knew you're hiding something from me. Tell me now, what it is? ”
“ Nothing. I'm just sleepy that's all. ”
Heeseung ketawa sinis, “ liar! ”
“ Saya tahu awak sorokkan sesuatu daripada saya Vivian. First, the way you dress tonight. You never wear something like this to make you look modesty. You like reveal dress rather than formal one. Second, you pushed my hand from your waist. Even though you don't like me I know you'll go on with the act. Lastly, you're avoiding my gaze right now. Why, Vivi? What is the thing that you're hiding from me? Mind to share? Or.... ”
Heeseung mendekati Vivian lalu jemarinya memegang dagu gadis itu, “ ...or you have something to show to me? ”
tbc...
#this is a special chapter for heeseung since he's single since his first appearance in this fanfic lmao
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...