Special : Jake & Taeri

2K 184 41
                                    

[#] save best for the last. ENJOY~

Kaki kecil itu berlari - lari anak mendekati sebuah bilik yang berhadapan dengan biliknya. Bunyi tangisan bayi membuatkan dirinya terjaga dari tidur dan terus melangkah ke bilik itu.

Sebaik sahaja pintu dibuka dia terus masuk dan mendekati katil bayi yang berada di dalam bilik itu. Oleh kerana tubuhnya yang rendah membuatkan dia perlu menjinjit. Seorang bayi lelaki sedang menangis di dalamnya.

“ Hoon-nie, noona dekat sini! Shhhh... nanti omma appa bangun. ” pujuknya sambil menepuk lembut paha bayi lelaki itu.

Namun bukannya semakin mereda malah tangisan itu makin menjadi - jadi. Begitu kuat sehingga memenuhi ruang rumah dan mungkin berjaya mengejutkan penghuni rumah yang lain. Tiba - tiba lampu bilik itu menyala menerangi bilik itu.

“ Jia? Kenapa Jia dekat sini? ”

“ Oh, appa! Jia dengar Hoon-nie nangis! Jia tak nak kacau omma appa tidur. Jia pujuk tapi Jihoon tak diam! ” balas Jia sambil mendekati ayahnya.

Jake hanya senyum nipis lalu mengusap kepala Jia lembut. Walaupun dalam umur yang sangat muda Jia sudah tahu untuk memikir apa yang patut dia lakukan. Tidak cuma itu, sikapnya juga seperti Kwon Jia dahulu. Lembut dan prihatin.

Jake menyamakan tinggi dengan anaknya, “ appa nak bancuh susu kalau Jia jagakan adik dulu bolehkan? ”

Jia pantas mengangguk kepalanya laju - laju. Kemudian Jake berdiri dan turun ke dapur untuk membancuh susu Jihoon. Sudah menjadi rutin harian Jake ketika anak mereka menangis. Tambahan pula Taeri tidak dapat pulang kerana ada aktiviti di universiti. Jadi dialah yang perlu menjaga Jia dan Jihoon.

Sebenarnya, mereka tidak merancang untuk mempunyai anak lagi. Namun Jia meminta untuk memiliki adik dan akhirnya mereka menerima berita gembira itu. Sejak kehadiran Jihoon suasana rumah itu semakin meriah. Jia juga sangat sayangkan Jihoon.

Selesai membancuh susu Jake terus naik ke bilik. Bibirnya tersenyum hangat ketika melihat Jia yang masih berusaha meredakan tangisan Jihoon. Jake mendekati katil bayi dan Jia memberi ruang kepadanya. Tubuh Jihoon didukung.

Aigoo! Anak appa menangis, hmm? Kasihan anak appa lapar ya? Jom kita minum susu! Jia tolong bawakan bantal dan selimut untuk Jihoon. ” ujar Jake dan Jia hanya menurut.

Jake membawa Jihoon ke dalam biliknya dan diikuti dengan Jihoon. Tubuh Jihoon dibaringkan di atas katil lalu Jia meletakkan bantal dan menyelimutkan kaki Jihoon. Tangisan Jihoon kembali kedengaran ketika Jake tidak mendukungnya.

Kemudian Jake terus meletakkan botol susu di mulut Jihoon. Serta merta tangisan bayi lelaki itu mereda sebaik sahaja mendapatkan apa yang dia mahu. Jia baring di sebelah adikya dan ketawa kecil melihat Jihoon. Tangannya menepuk paha Jihoon dan akhirnya adiknya lelap semula.

“ Hoon-nie dah tidur. Appa kalau Jia nak teman Hoon-nie tidur boleh tak? Dah lama Jia tidak teman Hoon-nie tidur. ” pinta Jia.

“ Mestilah boleh! Bila - bila Jia nak tidur dengan Hoon-nie cakaplah dengan appa. Sekarang Jia tidur dulu appa nak cuci botol susu ni. ” arah Jake dengan lembut sebelum dia turun ke dapur.

Dia segera membasuh botol dan naik ke atas. Sekali lagi bibirnya mengukir senyuman hangat melihat Jia yang sudah lelap itu. Perlahan - lahan Jake naik ke atas katil dan menyelimutkan kedua - dua anaknya. Beberapa saat kemudian matanya memberat dan dia terus ke alam mimpi.

Malam itu berlalu dengan tenang dan pagi pun menjelma. Tiga beranak itu belum sedarkan diri dan juga tidak sedar yang Taeri sudah pulang. Taeri ketawa kecil melihat tubuh kecil Jihoon berada di dada Jake dan Jia yang memeluk pinggang Jake.

Taeri duduk di birai katil dan mengalihkan tubuh Jihoon. Rengekan dari bayi lelaki itu membuatkan Jake langsung sedar dan terkejut melihat ada Taeri di hadapannya.

“ Bila awak balik? Maaf saya terlelap sebab malam tadi Jihoon tersedar. Dia lapar jadi saya bancuh susu untuk dia. Nasib baik Jia ada. ” ujar Jake.

“ Saya baru sampai. Tak apa saya tahu awak penat jaga anak kita. Maafkan saya juga sebab terlalu sibuk tapi saya janji bulan depan saya yang jaga Jihoon pula. ” balas Taeri lembut sambil mengusap pipi Jake.

Jake pantas menggelengkan kepalanya dan menarik tubuh Taeri. Dia sangat rindukan isteri kerana jarang bermalam di rumah. Taeri tidak menolak dan membalas pelukan itu kerana dia juga rindukan Jake. Jake mengusap kepala Taeri lembut.

I miss you. Can i have a morning kiss from you, my lady? ” soal Jake santai dan Taeri hanya ketawa. Dia mendongak dan menghapuskan jarak antara mereka berdua.

Beberapa saat kemudian bibir mereka bersentuhan dan Jake mulai menggerakkan bibirnya. Taeri juga membalas ciuman itu dengan tempo yang sama.

I love you, honey. Now take a rest and i'll do the brrakfast.

Hari itu semua kerja rumah dilakukan oleh Jake. Dia tidak mahu membebankan Taeri yang masih lagi penat. Bahkan tadi Taeri tidur sehingga tengah hari mungkin kerana terlalu penat. Jake tidak marah dan memahami.

Dia juga telah merancang sesuatu.

“ Appa boleh ke kita buat macam ni? Omma tak marah ke nanti? Dapur kita kotor ada tepung! ” soal Jia panik ketika melihat teounug bertaburan di atas lantai dan kaunter dapur.

“ Omma takkan marah sebab dia tak lawan rasa cinta appa! Sekarang Jia tolong appa hiaskan kek! Jia sukakan? ” balas Jake dan berjaya mengalihkan perhatian Jia.

Mereka menghias kek sehingga selesai dan langsung mengemas dapur. Ketika mereka sedang mengemas muncul pula Taeri yang baru bangun tidur. Dia menghidu bau kek coklat tetapi tiada pun.

Dia memandang Jake dan menyedari yang ada kesam coklat di baju Jake. Taeri berpeluk tubuh dan memandang suaminya.

“ Awak bakar kek? ” soal Taeri dan Jake hanya angguk bersama senyum kekoknya. Taeri mendengus perlahan dan menghentakkan kakinya.

“ Tapi awak tak ajak saya? Sampai hati awakkan Jaeyun! Mana kek tu saya nak rasa sebelum saya merajuk dengan awak! ” tambah Taeri dan Jake langsung mengeluarkan kek yang dibakar dan dihias oleh dirinya dan Jia tadi.

Taeri senyum lebar melihat kek dan hiasannya. Dia tidak marah kerana dia sudah tahu yang Jake mahu membakar kek. Semuanya kerana Jia yang sibuk bercerita dengan Jihoon dan dia terdengar semuanya. Dia segera memotong kek itu dan letakkan di atas piring. Dia mencuba kek itu dan memandang Jake.

Jake menggigit bibir, “ sedap ke tak sedap? ”

“ Awak janganlah pandang saya macam tu! Cakaplah sedap ke tidak kalau tak saya bakar yang lain! Yang lagi lembut! ” tambah Jake lagi.

Taeri hanya ketawa sebelum memegang tangan Jake lembut. Dia mengangguk perlahan dan menyuapkan kek coklat itu ke dalam mulut Jake. Mereka berkongsi kek yang sama.

“ Pandai awak bakar! Jangan risau lulus dah ni! Not gonna lie you're the wonder daddy! ” balas Jake.

You're the reason Sim Taeri. Our wonder mommy!


17052021 'Seduce' officially ended!
Thank you for the support and love! ❤

and
be my new guest!

andbe my new guest!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now