1.56 // bet

1.5K 208 92
                                    

[#] jaeyun mood, on!

“ Kau tak rasa yang rumah kita dah macam rumah tumpangan? Hari tu Sunghoon sekarang Jay pula. ” soal Jake selamba ketika melihat Jay bermain video game bersama Heeseung.

Nasib baik Heeseung hanya melawat dan membawa dua kotak pizza. Kalau tidak dengan Heeseung sekali di anggap menumpang.

Taeri hanya mengangkat bahunya, dia tidak kisah jika Jay mahu menginap di rumah mereka. Namun setiap malam Jay akan menonton filem sedih dan berakhir dengan menangis. Mereka faham tentang keadaan Jay.

Kata Jay, dia tidak mahu ommanya tahu yang dia sedang kecewa. Siapa sahaja yang tidak kecewa selepas diberi harapan? Jieun berjanji untuk bersama dengan Jay tidak kira apa yang terjadi.

Tetapi gadis itu malah sudah menyambung jadualnya semula. Jieun sekali pun tidak berjumpa dengan Jay dan yang lain.

“ Dia orang kan kawan - kawan awak lagipun eloklah ada juga awak kawan. Oh ya, saya dengar yang Sunghoon sakit kaki sebab pijak kaca. Betul ke? ” soal Taeri sambil menyapu mentega pada roti.

“ Haah, dia bergaduh dengan Jia. Semua barang dia baling dan dia terpijak tapi dia tak peduli. Jia tolong cuci luka pun dia tak kisah. ” balas Jake.

Sebenarnya Taeri berasa kasihan dengan Jia kerana dimarahi oleh Sunghoon. Namun dia tidak boleh lupa apa yang Jia telah lakukan. Taeri mahu membenci gadis itu namun dia cuma manusia biasa. Bukan tugasnya menghukum Jia.

Jake mengunyah roti yang diberikan oleh Taeri sambil melihat dua orang kawannya. Heeseung merungut kerana kalah dan akhirnya dia bangun. Dia tersenyum apabila melihat Jake dan Taeri.

“ Apa senyum - senyum? ” soal Jake.

“ Senyum pun salah ke? Hyung lapar lah, ada ramyeon tak? ” balas Heeseung tidak tahu malu. Jake menggeleng dan Taeri mengangguk.

“ Ada dekat dapur. Oppa pergilah buat nanti Taeri belikan yang baru. ” ujar Taeri dan Heeseung dengan teruja melangkah ke dapur.

Jake memandang Taeri dengan pandangan tidak percaya. Dia mencebik sebelum naik ke bilik meninggalkan Taeri yang masih lagi di meja makan. Jay tiba di meja makan sambil memandang Jake pelik.

Dia duduk di kerusi, “ kenapa dengan suami awak? ”

“ Entah. ”

¦

“ Jake awak tak nak turun makan ke? Makanan dah siap! ” panggil Taeri dari luar bilik.

Tiada sahutan jadi Taeri terus memulas tombol pintu. Bibirnya langsung mengukir senyuman nipis apabila melihat Jake sedang tidur. Taeri mendekati Jake dan duduk di birai katil. Kepala Jake diusap lembut.

Seolah tahu itu ialah Taeri dia terus memegang tangan isterinya erat. Taeri hanya ketawa kecil dan berbaring menghadap Jake.

Sleepyhead, wake up! ” bisik Taeri.

I don't want to. Kalau bangun dan turun makan untuk tengok kau bermesra dengan Heeseung hyung. Big, no! ” balas Jake sambil melepaskan tangan Taeri dia memusingkan tubuh.

Ya, Jake cemburu kerana Taeri terlalu mesra dengan Heeseung. Siap memanggil lelaki itu dengan panggilan 'oppa' sedangkan dengan dirinya Taeri tidak pernah pun. Jadi, dia cemburu.

Taeri ketawa kecil dan terus menarik bahu Jake supaya lelaki itu melihat ke arahnya. Pipi Jake diusap lembut namun dia masih belum mahu memandang Taeri.

“ Awak cemburu? Jaeyun saya cemburu ke sebab saya panggil Heeseung dengan panggilan 'oppa'? ” soal Taeri.

“ Ish, dah tahu kenapa tanya? Istimewa sangat ke dia dekat sampai nak panggil macam tu? Habis tu Jaeyun pula? ” balas Jake dengan nada merajuk. Dia memang sedang merajuk dengan Taeri.

Melihat wajah cemberut Jake membuatkan Taeri hanya ketawa. Ketika Jake sedang begini cuma satu sahaja yang boleh melemahkan lelaki itu. Taeri langsung menghapuskan jarak mereka dan Jake seolah dapat membaca fikiran Taeri.

Automatik tangannya menahan tengkuk Taeri dan mendalamkan ciuman. Jake memagut bibir Taeri membuatkan isterinya merungut perlahan namun dia hanya senyum nipis.

On top me, honey. ” bisik Jake

Tangannya segera mengalihkan tubuh Taeri ke pangkuannya. Dia bersandar pada kepala katil tanpa meleraikan ciuman. Taeri mengalungkan lengan di leher dan Jake memeluk pinggang Taeri.

Jake hampir gila seperti ini. Jake menjauhkan sedikit wajahnya ketika Taeri kehabisan nafas. Dia hanya senyum ketika melihat wajah merah milik Taeri.

“ A-awak.. Jay dengan Heeseung oppa— ” dan sekali lagi bibirnya menjadi sasaran Jake. Taeri hanya rela diperlakukan seperti itu. Nampaknya dia perlu berhati - hati selepas ini.

Stop calling him that or else we won't leave this room. I bet you know what i mean. ” bisik Jake.

Sementara itu, Jay meninjau tingkat atas dan tiada tanda - tanda pasangan itu akan turun. Dia hanya menggeleng perlahan sebelum duduk di meja makan. Heeseung sudah lama menyuap makanan.

Jay duduk di kerusinya dan meninjau semula. Heeseung terus mengetuk kepalanya. Dia menoleh sambil mencebik ke arah Heeseung.

“ Jangan risau! Paling tidak pun Jake tengah cadang nak bagi kita anak buah. Sekarang kau, aku, kita makan! ” arah Heeseung selamba.

“ Hyung ni otak kotor lah! Sampai ke situ pula hyung fikir! Yalah, nak makanlah ni! ” balas Jay dan Heeseung hanya ketawa.





+ who miss jake x taeri?
asyik konflik bosan gak en

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now