1.30 // like a wave

1.5K 237 16
                                    

Heeseung, Jake, Jay dan Sunghoon sedang bermain bola tampar di tepi pantai. Hanya mereka berempat sahaja yang berada memandangkan Jay sengaja menempah tempat persendirian.

Jadi mereka bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahu.

Jia memandang dari tingkap vila bersama senyuman nipis. Dia tidak sangka dia dapat bercuti bersama - sama lelaki itu dan berada di dekatnya. Selama ini dia sering melihat lelaki itu dari jauh dan bersama orang lain sahaja.

“ Ini peluang aku. Kwon Jia, hwaiting! ” bisik Jia bersama segaris senyuman.

“ Jia? Buat apa dekat tingkap tu? ” panggil Taeri yang baru sahaja turun dari tingkat atas. Dia tertanya - tanya apa yang Jia lakukan di tepi tingkap.

Taeri asalnya mahu berehat tetapi dia batalkan niatnya itu. Dia mahu berjalan - jalan kerana dia teringat ada basikal di garaj vila itu. Taeri tidak mahu lepaskan peluang untuk melihat pemandangan indah di Jeju.

Jia menoleh dan mendekati Taeri. Dia tidak mahu gadis itu berfikir yang bukan - bukan.

“ Ermm, tak ada apa. Unnie bukan nak rehat tadi? ” soal Jia sambil cuba mengawal nada kekoknya.

“ Tak jadi. Unnie nak letak biskut ni dekat dapur. Jia nak rasa sikit? ” balas Taeri dan Jia hanya menganggukkan.

Dia perlu mengalihkan perhatian Taeri daripada menyoal dirinya lebih. Jia tidak bersedia lagi. Dia mahu rahsianya disimpan rapi dan tidak perlu diketahui oleh sesiapa termasuk Jia.

Mereka berdua melangkah ke dapur dan Taeri membuka balang yang berisi biskut coklat yang dibakarnya. Jia segera mengambil sekeping biskut lalu digigit.

Rasa coklat memenuhi mulutnya. Jia berasa mahu membakar biskut juga selepas ini.

“ Sedapnya unnie! ”

“ Biasa ja. Unnie bakar untuk semua yang datang sini makan. ” ujar Taeri dan Jia mengangguk perlahan.

Akhirnya mereka berdua berbual kosong tentang hal yang mereka mahu lakukan. Jay sempat memberitahu yang dia dan Heeseung mahu mengadakan barbeku. Taeri tidak kisah asalkan dia dapat makan.

Tidak lama kemudian pintu belakang vila dibuka dan muncul Jay bersama seorang gadis. Ianya Choi Jieun.

“ Rancak borak? Ini saya nak kenalkan, Choi Jieun. ”

¦

Malam itu seperti yang dicadangkan Jay dan Heeseung mengadakan barbeku di laman belakang. Jake dan Sunghoon merebus ramen manakala Taeri, Jieun dan Jia berada di dapur.

Taeri dan Jieun sudah rapat kerana mereka sebaya dan Jieun juga sudah mengetahui tentang hubungannya dan Jake.

“ Jia! Mari sini tolong aku sekejap! ” panggil Sunghoon. Jia segera meminta diri untuk menolong Sunghoon yang berada di laman belakang.

Tinggallah Taeri dan Jieun yang sedang mengelap piring di dapur.

“ Jieun-ah, awak ada apa - apa ke dengan Jay? ” soal Taeri.

Pergerakan tangan Jieun terus berhenti. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi yang macam mana. Jieun sendiri tidak mahu memberitahu sebab utama dia boleh dekat dengan Jay.

Jieun senyum perit, “ tak ada, kami cuma kawan. ”

“ Ah, macam tu. ”

Jieun tidak tipu. Ini kerana sifat Jay yang suka mengugut dirinya. Dia kesal kerana mengenali Jay dan membuat persetujuan dan lelaki itu. Dia mengikuti percutian ini pun kerana dipaksa oleh Jay sendiri.

Nasib Jieun baik ada Sunghoon bersama mereka. Sekurang - kurang dia tidak sunyi.

“ Awak dengan Jake pula? Saya dengar Jake tu dingin orangnya. Saya dengar dari Jay. ” ujar Jieun bersama senyuman mengejek.

Taeri ketawa kecil, dia mendongak memandang Jake yang sedang ketawa bersama Heeseung itu. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi apa kepada soalan Jieun itu. Lelaki itu ibarat ombak—ada masa dia lembut dan ada masa dia kuat.

Seperti itulah Jake yang ada masa prihatin dan ada masa dia tidak peduli.

“ Lebarnya senyum! Hmm, cemburu pula saya. ” tambah Jieun lagi.

“ Kenapa pula? Jay kan ada? ” balas Taeri selamba membuatkan Jieun melopong. Dia dan Jay? Mempunyai hubungan seperti Jake dan Taeri?

Ugh, ibarat mimpi ngeri buat Jieun!

Euw, no! ” Taeri baru sahaja mahu membuka mulut mahu membalas tetapi muncul Sunghoon di pintu belakang. Dia berpeluh sedikit mungkin kerana dia menolong Jake membuat unggun api.

Hey ladies! Berapa lama nak berbual? Daging dah siap bakar tu. ” ajak Sunghoon.

“ Sabarlah ais beku! ” balas Jieun.

Sunghoon memutarkan matanya sebagai balasan sebelum dia melangkah ke laman belakang semula. Taeri dan Jieun mengangkat piring dan bersama - sama melangkah ke laman belakang.

Mereka akhirnya makan sambil mengelilingi unggun api. Taeri mahu duduk di sebelah Jake tetapi akhirnya memilih untuk duduk di sebelah Jieun. Lebih selamat untuk hatinya.

So, ada cadangan untuk esok? ” soal Heeseung sambil memandang seorang demi seorang.

“ Entahlah. Main bola tampar nak? ” tambah Sunghoon membuatkan Jay menggeleng perlahan berkali - kali.

Seriously? Again?

Jieun seperti sedang memikirkan sesuatu dan ada satu idea muncul di fikirannya. Dia segera menepuk tangan untuk menarik perhatian yang lain. Jay segera memandang gadis itu.

“ Apa kata kita pergi scuba diving atau snorkeling? ” soal Jieun dengan teruja sambil memandang tepat ke wajah Jay. Dia berharap lelaki itu setuju.

Jay berfikir seketika dan akhirnya mengangguk, “ alright, scuba diving and snorkeling. Note!






+ play dive into you lmao

anyway, guess who's crying after watching engene's messages for enhypen? yeah, it's me 😢

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now