1.6 // park sunghoon

1.7K 253 32
                                    

" Jadi, kau berkawan dengan kawan aku? " soal Jake ketika mereka selesai makan malam. Dia memandang Taeri seolah mahu menikam anak matanya.

" Dia yang dekat dengan saya dulu. " balas Taeri sambil mengelap mulutnya yang sedikit kotor itu. Dia sudah agak Jake akan buka cerita juga.

Taeri bukan saja - saja berkawan dengan Jay, lagipun dia tidak tahu yang mereka berkawan. Kalau Taeri tahu dia tak akan setuju untuk berkawan dengan Jay.

Hatinya yang rela berkawan dengan lelaki itu. Tambahan pula Jay menegurnya dan tak mungkin Taeri mahu mengabaikan sapaannya.

" Kau boleh ja tolak dia. " tambah Jake.

" Saya bukan jenis yang tak tahu nak hargai orang lain. Bukan ke awak beri kebenaran untuk buat apa yang saya nak? " balas Taeri bersama nada sindir. Dia mengatakan hal yang benar.

Lelaki itu, Jake Sim yang membenarkan dia buat apa yang dia mahu. Tidak mungkin dia sudah lupa. Baru tempoh hari lelaki itu memberi tahunya.

-

" Kenapa awak yakin sangat Jake? Hati dan perasaan boleh berubah-mungkin sekarang saya belum cintakan awak. Esok siapa tahu? " soal Taeri lagi. Dia tidak beranjak dari tempatnya.

Jake mendengus kasar, cermin mata ditanggalkan lalu mata Taeri dipandang tajam. Malah Jake seperti mahu menikamnya berkali - kali.

" Aku tak akan benarkan benda tu jadi. " balasnya tegas, serius dengan kata - katanya.

" Tapi- "

" Look, aku dah bagi peraturan. Tinggal dalam rumah ni, senang ja peraturan dia. Kau buat hal kau dan aku buat hal aku. " potong Jake.

" Kau patut buang angan - angan kau tu. Sebab semua tu takkan terjadi. "

Taeri hanya terdiam, dia sudah tekad mahu memikat hati lelaki itu. Tetapi lelaki itu seolah tidak sedar akan itu lagi.

Bibir diketap, " baiklah, kalau itu yang awak nak. "

-

Jake memutarkan matanya, susah betul bercakap dengan gadis itu. Sudahlah dia tidak mahu mengalah, gadis itu juga tidak mahu mengalah.

" Itu peraturan dalam rumah ni! Kau ni bengap ke tak tahu nak bezakan? " soal Jake bersama nada yang agak kasar. Wajahnya juga memerah kerana menahan geram.

" Jadi bila dekat luar saya kena ikut arahan awak ke? Macam tu? " balas Taeri lagi.

Sejujurnya dia agak keliru dengan peraturan yang dibuat oleh Jake itu. Dia boleh buat apa yang dia mahu ketika di dalam rumah itu tetapi diluar tidak. Itu bermakna dia perlu ikut cakap Jake?

Mendengar jawapan itu Jake meraup wajahnya. Ini satu hal yang dia benci ketika bercakap dengan lawan jenis. Pasti ada yang banyak soal.

" Macam inilah, dalam rumah kau boleh buat apa kau nak selagi tak menyusahkan aku. Kalau kau dekat luar rumah kau kena dengar cakap aku. That would mean, kita tak saling kenal. " jelas Jake bersama harapan Taeri memahaminya.

Dia hanya mengangguk perlahan sebelum naik ke bilik untuk mengambil beg sekolahnya. Mereka masih perlu belajar.

¦

Taeri bangun awal untuk menyiapkan sarapan Jake. Lelaki itu menyuruh dia membuat sarapan seperti apa yang ada di dalam perjanjian mereka.

Dia baru selesai memakai uniform sekolah dan berhias di hadapan cermin. Gaya rambutnya cuma dilepaskan lurus dan bibirnya di oleskan sedikit lipstick.

Ding! Dong!

Taeri mendengar bunyi loceng dan dia segera turun ke bawah untuk membuka pintu. Walaupun dia tahu akan ada pembantu rumah yang tolong bukakan.

Siapa pula yang datang awal pagi seperti ini? Bisik hatinya.

Bersama beg yang sudah disandangkan di bahu, Taeri turun ke bawah. Dia berfikir mungkin orang tua Jake yang datang untuk melawat anak teruna mereka itu.

" Ahjumma Lee, siapa yang-Sunghoon?! " soal Taeri separuh menjerit. Sunghoon yang sudah kemas berpakaian sekolah itu hanya melambaikan tangannya.

" Hai, Taeri! " sapanya.

Taeri terkedu, banyak perkara muncul di fikirannya. Macam mana Sunghoon boleh tersenyum ke arahnya siap melambai lagi. Seolah dia tidak terkejut.

Pada masa itu dia terfikir-adakah Jay tahu juga?

" A-apa yang awak bu-buat dekat sini? " soal Taeri gugup. Lidahnya tiba - tiba kelu dan tidak boleh berfungsi. Dia masih lagi tertanya - tanya.

" Jake ajak saya sarapan sama - sama. Awak mesti terkejut kan? " balas Sunghoon bersama senyuman manisnya.

Taeri tidak mampu untuk membalas dan hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Dia kemudian mengajak Sunghoon ke ruang tamu sementara dia naik ke atas.

Pintu bilik diketuk terlebih dahulu sebelum dibuka oleh Jake dari dalam. Dia baru sahaja selesai memakai baju. Butang baju dan rambutnya masih lagi belum selesai.

Taeri menelan air liurnya ketika Jake memandangnya lama. Sebelah keningnya diangkat.

" Tercegat dekat situ kenapa? Mana Sunghoon? " soal Jake sambil jarinya mengemaskan kancing bajunya. Dia kemudian menyikat rambutnya.

" Dia dekat bawah, tunggu awak. " kata Taeri dan Jake hanya mengangguk sahaja. Kemudian Taeri terus turun ke bawah.

Sunghoon yang sedang bermain telefon itu mendongak. Dia memberikan senyuman ke arah Taeri. Sebenarnya dia menahan tawanya dari terlepas.

Dia pasti gadis itu gugup melihatnya.

" Ah ya, Taeri-ah. Saya belum kenalkan diri dengan betul. Nama saya Park Sunghoon- "

" -sepupu tiri Jake."










what a cutie!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

what a cutie!

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now