BANGLO YANG DINAMAKAN 'TERATAK AFRUL' singkatan bagi nama Afshin dan Azrul tersergam indah. Terlopong Afshin sebaik kereta masuk ke perkarangan TERATAK AFRUL. Tidak sangka pula dia rumah dia akan sebesar stadium bola, mungkin.
Dari luaran, sudah membuatkan Afshin terpesona akan kecantikan TERATAK AFRUL. Apatah lagi dalaman rumah tersebut. Cepat cepat dia keluar dari perut kereta melihat segalanya yang ada dibanglo tersebut. 'Cantik,' desis hati Afshin.
"Woi, mulut tu tutup. Nanti lalat masuk, baru tahu." Ujar Azrul.
"Ish, nak feeling feeling pun susah." Afshin bermasam muka.
Baru sahaja dia hendak menikmati keindahan banglo tersebut, Azrul sudah merosakkan moodnya. "Kau angkat beg kau sendiri. Jangan harap aku nak tolong!" Azrul lantas memasuki ruang dalaman banglo tersebut.
Manakala Afshin mengangkat beg yang berisi semua keperluannya masuk kedalam ruang dalaman banglo tersebut disertakan bebelan kecil darinya. Segala sumpah seranah dia berikan kepada suaminya. Bila tiba dia masuk kedalam ruangan dalaman, sekali lagi terpesona dia melihat hiasan dalaman rumah tersebut. Keindahan banglo membuatkan dia berasa nyaman buat kali kedua.
"Wah, pandai juga mama design rumah ni!" Puji Afshin.
"Mama aku, mestilah pandai." Poyo Azrul.
Jelingan Afshin yang cukup ganas diberikan kepada Azrul. Menyampah dia melihat Azrul ketika itu. 'Asal aku puji sikit, poyo nak mampus mamat ni!'
"Rasanya, saya puji mama, bukan anak dia!" Senyuman sinis Afshin tunjukkan kepada suaminya.
Manakala Azrul kesukaan melihat muka meluat Afshin. Ada ada sahaja isterinya ni!
"Dah, aku tengok kau macam ni dah buat aku lapar. Apakata kau masak untuk lunch. Lagi bagus!" Ujar Azrul.
"Erm, yelah! Nak makan apa?" Tanya Afshin sedikit kasar.
"Eish, garang nampak. Silap hari bulan aku dah kena baham dah oleh singa betina satu ni. Garang sangat!" Gurau Azrul.
"Awak nak makan ke tak!? Banyak cakaplah pula!" Sakit hatinya Azrul memberi gelaran dirinya singa betina.
Tadi pagi gelaran pendek dia dah bagi, sekarang singa betina pulak! "Woi, cakap bagus bagus dekat aku boleh tak!? Aku suami kau kot!?" Ujar Azrul sedikit nada keras.
"Jadi?" Afshin sengaja menyakitkan hati Azrul.
"Watch your mouth when you talk to me!" Berang Azrul.
"Okay, okay. Chill lah, takkan itu pun nak marah." Afshin mula kecut perut melihat perasaan berang Azrul semakin marak.
"Eleh, tu baru sikit aku marah kau. Dah kecut perut!" Azrul terus beredar naik ketingkat atas.
"Eleh, ingat aku hadap sangat nak tengok muka dingin kau tu! Nasib baik suami tau, kalau tak dah lama aku smackdown muka tembok kau tu!" Afshin lantas ke ruang dapur.
Dibukanya satu persatu almari dapur tersebut. Tiada satupun yang berisi. Dibukanya peti sejuk mengharap ada sesuatu yang boleh dimasaknya untuk hidangan tengahari. Tapi sama juga, kosong.
"Awak, ou awak!" Jerit Afshin sengaja.
Azrul tidak menyahut sahutan Afshin. Dibiarnya kosong.
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Romance"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...