BAB 4

1.6K 59 0
                                    

"KAMI ADA HADIAH untuk Rul dan Af." Ujar Dato' Azlansyah sambil memberi sepucuk sampul surat kepada Azrul.

"Apa ni?" Azrul yang memegang sampul surat ditariknya.

"Bukalah." Senyum Datin Aisyah.

Tahu benar dia akan sikap anaknya itu yang tidak sabar mengetahui isi sampul surat tersebut. Sampul surat yang ada ditangan Afshin dicapai Azrul. Afshin menahan perasaan geram.

'Ish, dia ni! Aku dah nak buka dah tu!' Bebel Afshin dalam hati.

Azrul membuka sampul surat yang dirampasnya. Didalam sampul surat itu terdapat 2 tiket ke Bali, Indonesia. Afshin membaca tiket itu dengan teliti.

"Wait, what!? Thank you, pa!" Teruja Afshin.

"Yeah, thank you ma, pa. We love it!" Ujar Azrul.

"Most welcome. Amboi, Afshin dah lupa mama." Gurau Datin Aisyah.

"AHAHAHAH, mana ada mama ni. I will never forget you!" Tawa Afshin.

"And, nah ni untuk korang." Datin Iza memberikan segugus kunci kepada Azrul.

"Kunci apa ni?" Dicapainya segugus kunci.

"Your new house! Hope both of you like it!" Jawab Dato' Azrie.

"Wah, thank you ma, pa!" Ucap Afshin berterima kasih.

"Thank you bagi semua hadiah ni." Azrul tersenyum.

"Bestler dapat hadiah!" Ujar Hairi cemburu.

"Eleh, tulah aku suruh kau kahwin tak nak! AHAHAH," Tawa mereka sekeluarga sebaik Azrul berkata.

Afshin berdiri cuba menolong orang gaji mengangkat pinggan diatas meja. Kasihan dia melihat orang gaji duk buat kerja dari pagi ke tengahari. Azrul yang tadi melihat Afshin berdiri, ditarik tangan Afshin terlebih dahulu.

"Hei, where are you going?" Tanya Azrul.

"Tolong bibiklah. Should I?" Ujar Afshin meminta izin.

"Sure!" Azrul melepaskan pegangannya.

"Af, tak payahlah angkat semua ni." Datin Ayeen melarang.

"It's okay, ma." Afshin melanjutkan kerjanya.

"May I help you?" Ayeen berdiri.

"Sure." Singkat Afshin.

"Okay, what can I help?" Tanya Ayeen.

"Aku rasa kau kena angkat pinggan gelas yang dekat luar tu. Could you?" Kata Afshin.

"Well, aku pun bosan lagipun aku memang nak tolong tolong ni. Okay je." Ayeen berlalu pergi.

"Bik, follow and help her." Pinta Afshin.

"Baiklah puan." Jawab seorang orang gaji lalu mengikuti langkah Ayeen dari belakang.

Ayeen yang sibuk mengangkat pinggan dan gelas disapa oleh seorang lelaki. Ternyata itu lelaki yang baru sahaja berapa jam dikenalnya. Ya, Haziq Aiman.

"Erm, hai boleh saya tolong?" Tanya Haziq.

"Oh! Ya hai. Eh boleh, boleh sangat! Tangan aku ni cuma ada dua je, kalau nak angkat semula dalam satu masa memang berjatuhanlah semua, hehe." Jawab Ayeen santai.

"Haha, okay. Nak saya angkat mana satu ni?" Tanya Haziq lagi.

"Kau bawa pinggan ni separuh. Bibik pula tolong bawa gelas tu ya?" Arah Ayeen.

"Baiklah puan!" Serentak bibik dan Haziq.

"Eh!" Terkejut Ayeen Haziq memanggilnya sebegitu.

"Dah awak macam tuan rumah. Saya panggillah awal puan." Ujar Haziq mengikuti langkah bibik.

Ayeen membuntuti dari belakang. "Erm, bik semua pinggan gelas ni nak letak dekat mana?" Tanya Ayeen.

"Dekat belakang dapur. Kalau ada majlis besar besaran macam ni kitorang tak cuci dekat singki. Kitorang cuci dekat belakang, sambil duduk sekejap. Hehe," Ujar orang gaji tersebut.

"Oh macam tu." Ayeen dan Haziq meneruskan lagi langkah mereka kebelakang dapur.

Bibik yang mencuci pinggan tidak sengaja terpercikkan air bilasan ke baju Ayeen. Apalagi basahlah baju Ayeen sekali lagi.

"Saya minta maaf, puan." Seram sejuk orang gaji itu takut ditengking.

"It's okay." Ujar Ayeen santai.

"Saya minta maaf ya puan." Ujar orang gaji itu sekali lagi.

"Bik, takpe. Memandangkan baju saya dah basah ni, apa kata saya yang cuci pinggan gelas semua ni? It's okay don't worry. Korang kutiplah pinggan gelas kat luar." Arah Ayeen.

"Betul tu! Saya bilas, awak sabun." Rancang Haziq.

"Could you? Tak takutkah kalau nanti balik balik je baju basah macam baru lepas banjir?" Gurau Ayeen.

"AHAHAHA, takkan basah baju saya." Jawab Haziq.

"Okay, let's go!" Mereka bersama menjalankan tugas.

Secara tidak sengaja, Haziq terpercik air bilasan kearah Ayeen. Lantas Ayeen membalas percikan itu. Tidak lama kemudian mereka berlawan percikan antara satu sama lain. Afshin yang melihat situasi tersebut tersenyum sambil menyembunyikan dirinya disebalik dinding. Begitu juga dengan orang gaji yang berada disitu tersenyum melihat kemesraan mereka berdua. Bibik syasya salah satu orang gaji yang menyaksikan adegan romantik Haziq dan Ayeen lantas menyapa Afshin yang bersembunyi disebalik dinding.

"Eh, puan Afshin." Sapa Bibik syasya.

"Shh, aih," Tidak jadi dia bersembunyi.

Bukan apa, saja dia menyembunyikan dirinya dari Ayeen. Sudah pasti situasi yang terlihat mesra tadi bertukar dingin.

Seperti yang Afshin jangkakan, Ayeen dan Haziq berhenti berlawan percikan sesama sendiri. Malah tugas mereka sebagai pencuci pinggan kini menjadi lebih serius. Malu akan sikap kebudak budakan mereka tadi.

"My name is Haziq." Ujar Haziq.

"Ayeen." Singkat Ayeen.

"Awak memang tinggal dekat sini ke?" Tanya Haziq.

"Nope, ni rumah parents abang ipar aku." Jawab Ayeen.

"Ouh, can we meet tonight?" Pinta Haziq.

"Sure, dekat mana?" Jawab Ayeen lagi.

"Anywhere?" Ayeen mengangguk tanda setuju.

"Okay." Ujar Ayeen.

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now