BAB 64

785 11 0
                                    

SEBAK AFSHIN MENDENGAR degupan jantung bayinya itu . Jikalau Azrul ada , tentu dia gembira dengan berita baik yang baru sahaja didengarnya sebentar tadi . Azrul sibuk dengan Asyifa . Asyifa juga ada temujanji dengan doktor . Mujur ada Me menemaninya .

" Afshin , kau okay ke ni ? Kenapa ? Doktor ada cakap apa apa ke benda yang tak baik ? " Risau Me melihat kakak iparnya itu menangis sejurus keluar dari bilik rawatan .

Afshin tersenyum sambil menggeleng kepala . " Aku penatlah harini . Kau hantar aku pulang , bolehkan ? "

" Hmm , Afshin janganlah macam ni . Aku risau pasal baby fruit aku tu . " Sifat ingin tahu Me melonjak tinggi .

" Baby fruit kau okau jelah . Aku cuma sedih yang Azrul tak dapat teman aku dekat sini . " Balas Afshin .

" Kau jangan sedihlah . Nanti next check up confirm Azrul teman kau . " Me berkata menyedapkan hati Afshin .

" Ya . Jomlah balik . Aku nak rest . " Ajak Afshin .

Sepanjang berada di dalam kereta tangisan gembira Afshin serlahkan . Tidak sabar mahu pulang . Memberitahu berita gmbira buat suaminya . Balik sahaja , wajah Azrul yang dingin terpampang di hadapan daun pintu teratak .

Azrul melihatnya dengan mata yang tajam . " Abang dengan Asyifa dah pulang ? "

Afshin mahu menyalami Azrul . Tetapi ditepis Azrul keras .

" Apa kau dah buat dekat Asyifa ? " Tegas Azrul berkata .

Afshin berkerut dahi . Kenapa pula dengan Asyifa ? Semalam baik sahaja dia .

" Saya tak buat apa apa pun , abang . " Jawab Afshin .

" Menipu ! Bagitahu aku apa kau buat dekat dia ! Tak habis lagikah dendam kau dekat dia ? Kenapa lah kau ni bebal sangat . " Jerkah Azrul .

Air mata deras mengalir . Apa pula fitnah yang dilakukan Asyifa kali ini ?

" You , janganlah marah Afshin sampai macam ni . I okay jelah . It's , okay . I dah maafkan . " Lakon Asyifa .

Si talam dua muka ! " Apa lagi yang kau dah cakap yang bukan bukan pasal aku ni ! Dari dulu sampai sekarang kau tak pernah berubahlah , Asyifa . " Marah Afshin .

Kali ini dia tidak tahan lagi dengan Asyifa . Suka buat cerita ! Kalau cerita benda baik tak apa juga . Ni cerita benda buruk .

" Afshin ! Jaga mulut tu . Asyifa , masuk bilik ! "

" Tapi you I nak .... "

" I said now ! "

Asyifa mengikut perintah . Senyuman puas hati disimpannya . Geram dia dengan Afshin . Keras kepala lagi . Kan dah kena !

" Kenapa kau cakap yang Asyifa kandungkan tu bukan anak aku ? Kenapa kau cakap dia pelacur ? Tak move on lagi ke dengan masa lalu tu ? Benda dah jadi , tap payah di ungkit . Tolonglah , Afshin . I couldn't barely it anymore . Korang berdua ni pregnant . Aku penatlah kalau benda yang sama asyik berulang . Boleh tak perangai budak budak kau tu kau simpan jer ? Jangan nak acah tersakiti sangatlah , Afshin . Aku dah masak dengan gaya kau ni . Aku peninglah dengan kau ni . Aku baru jer keluar hospital . Takkan itu pun kau tak terfikir jangan gaduh dengan Asyifa , nanti aku juga yang kena . bermasalah apa semua . Ni lagi satu . Yang kau bawa Me teman kau jumpa doktor tu dah kenapa ? Dah takda laki lagi ke dalam rumah ni ? Nak jadi macam dulu lagi ? Skandal dengan adik ipar . Itu yang kau nak ke ? Haa ? Afshin aku tanya ni ! " Marah Azrul .

Lama dia tidak mendengar Azrul jadi se marah ini . Tidak tahu hendak berkata apa apa lagi . Jikalau dia menjawab , mesti semuanya salah . Bukankah Asyifa ada temujanji hari ini ? Bukankah Azrul yang menemaninya ? Balik rumah sahaja terus di amuk . Mak Mah yang mendengar dari dapur sakit hati dengan kata kata Asyifa .

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now