KERETA RANGE ROVER milik Azrul laju memarkirkan kereta dihadapan sebuah restoran. Enjin kereta dimatikan dan Azrul lantas keluar dari perut kereta. Afshin mengikuti langkah suaminya dari belakang. Mereka melabuhkan punggung dimeja kosong.
"Siapa lelaki yang duduk sebelah kau tadi?" Tanya Azrul.
"Faisal, kawan saya dekat office je." Jawab Afshin. Sudah dia agak mesti Azrul akan menanyakan tentang Faisal.
"Macam pernah nampak pula muka lelaki tu." Ujar Azrul.
Afshin tersenyum kelat. Mestilah Azrul pernah nampak Faisal. Disebabkan Faisal dia dapat pukulan pertama dari Azrul. "Tuan, puan nak makan apa?" Tanya seorang pelayan. Diberinya menu.
Azrul membuka buku menu. "Erm, bagi saya nasi goreng kampung dengan lemon tea ice." Jawab Azrul.
"Kau nak makan apa?" Tanya Azrul.
"Sama macam awaklah." Jawab Afshin.
"Bagi nasi goreng dua, lemon tea ice dua." Pelayan restoran tersebut mengangguk dan berlalu pergi selepas mengambil pesanan.
"Kau ada number Asyifa?" Afshin menggeleng.
"Bagus, jangan contact dia dan jangan berani berani nak jumpa dia kecuali aku benarkan." Pesan Azrul.
Afshin mengangguk iya. "Jangan angguk je kerja engkau. Petang ni kau balik rumah mama. Mama ajak kita makan malam." Ujar Azrul.
"Okay." Singkat Afshin.
"Awak.. saya nak tanya boleh?" Tanya Afshin.
"Hah, tanyalah. Dari tadi aku je duk tanya kau." Jawab Azrul.
"Boleh saya panggil awak abang?" Pinta Afshin.
"Kau ingat aku abang kau ke kau nak panggil aku abang?" Dingin Azrul berkata.
"Maaflah, saya keterlaluan." Hampa perasaan Afshin. Mukanya ditapuk dari Azrul supaya tidak menampakkan mukanya yang sedikit hampa dengan kata kata suaminya.
"Dah banyak kali aku cakap, kita kahwin atas kertas je. Kau jangan berangan sangat nak dapatkan aku dari Asyifa. Dah takde ruang untuk kau dalam hati aku. Cinta yang kau bina selama ni, yang kau harap aku akan terima kau satu hari nanti takkan terjadi, Afshin. Aku tak suka kau suka aku." Afshin hampa buat kali kedua.
"Tapi tak salahkan kalau saya nak terus menerus cintakan awak." Afshin mulai menguatkan hati.
"Salah, Afshin! Kau tak faham lagi ke!? Aku takkan sayang kau macam mana aku sayang Asyifa!" Bentak Azrul.
"Then sayang saya lebih daripada awak sayang Asyifa!" Afshin meninggikan nada seoktaf.
Pang! Tamparan dari Azrul laju menapak ke pipi Afshin. "Stop, Afshin! Aku takkan sayang kau lebih dari Asyifa sekalipun! Kau tak boleh dibagi muka. Kau dah melampau, Afshin!" Azrul berlalu pergi.
Malu dia dengan mata mata yang mula menumpukan meja mereka. Afshin lantas berlalu pergi. Sakit dipipi berdenyut denyut. Air matanya deras membasahi pipi. Apa salahnya dia mencintai suaminya sendiri. Kenapa suaminya langsung tidak membenarkan dia mencintai dirinya.
Gedebuk! Afshin terlanggar seseorang. "Kau memang takde mata ke nak langgar orang!?" Marah lelaki yang dilanggar Afshin.
"Maafkan, saya encik." Afshin berlalu pergi.
"Woi, kau ingat macam tu je kau boleh lepas!" Lelaki tersebut menarik lengan Afshin.
Buk! Tumbukan melayang ke wajah lelaki tersebut. Afshin memaling kearah lelaki yang melayangkan tumbukan ke wajah lelaki tersebut. Azrul! Azrul menarik tangan Afshin jauh dari lelaki tersebut.
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Romance"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...