BAB 29

1.5K 57 26
                                    

ME BERGEGAS MASUK kedalam wad VIP Datin Iza. Datin Iza masih lagi tidak sedarkan diri. Dilihatnya Afshin menangis teresak esak disebelah katil Datin Iza.

"Kan aku dah cakap. Kau akan menyesal pilih Azrul." Me tersenyum sinis.

Afshin berdiam diri dan berlalu pergi dari bilik wad. Tangannya ditarik kasar oleh Me.

"Kau nak pergi mana hah?!" Ujar Me.

Afshin mencuba melepaskan pegangan tangan Me. Azrul yang baru sahaja masuk ke dalam wad lantas menarik tubuh Afshin.

"Bagus, tempat buat maksiat paling sesuai kau cari. Dahlah tertutup, malam pula tu. Bagus, bagus." Ujar Azrul.

Me berdiam diri. Tubuh Afshin dipeluk Azrul dengan erat. Me geram melihat Azrul memeluk Afshin dengan mesra.

"Kau kata Afshin suka dekat engkau tapi kenapa dia jauhkan diri dari kau? Kau kata anak dalam kandungan Afshin ni anak kau, darah daging kau tapi kenapa Afshin tak bagitahu kau dulu pasal kandungan dia? Me, jangan beranganlah kau nak ambil Afshin dari aku. Afshin, aku punya. Anak ni, anak aku." Azrul memegang perut Afshin.

Afshin merenung lama wajah Azrul. Tegas Azrul melihat wajah Me. Me keluar dari bilik. Panas mendengar segala kata kata Azrul. Azrul kembali dengan wajahnya yang dingin melihat Afshin . Azrul meleraikan pelukannya dan melabuhkan punggung diatas kerusi bersebelahan katil.

Afshin melabuhkan punggungnya diatas sofa. Sakit kepalanya asyik menangis. Perutnya diusap perlahan dan membaringkan tubuhnya diatas sofa. Lama kelamaan dia tertidur diatas sofa.

Azrul yang curi curi melihat Afshin dari Jauh lantas kearah Afshin sebaik sahaja melihat isterinya tertidur nyenyak. "Papa bukan nak salahkan mama kamu tapi papa benci sangat dengan mama kamu. Setiap kali papa biarkan mama kamu bersendirian ada je masalah timbul." Azrul mengusap lembut perut Afshin.

Tangannya yang sebelah mengusap ubun ubun Afshin. Afshin menggeliat seketika. Datin Aisyah mengorak langkah masuk ke dalam wad.

"Ma.." Azrul menyalam tangan mertuanya.

"Sabarlah, Azrul. Kita doakan yang baik baik sahaja" Ujar Datin Aisyah.

Azrul mengangguk. "Kamu dengan Afshin baliklah dulu. Mama boleh tolong jagakan mama kamu." Tambah Datin Aisyah.

"Takpe, Azrul boleh.."

"Azrul, kamu rehat rehatlah bersihkan diri. Kesian mama tengok Afshin tu, mesti penat." Mata Azrul tertumpu kearah Afshin.

Akhirnya dia memutuskan untuk balik kerumahnya. "Sayang, bangun sayang. Jom kita balik." Azrul menggoyangkan bahu Afshin lembut.

Afshin menggosok gosok matanya. "Mama dah bangun ke?" Tanya Afshin.

"Afshin, kamu baliklah dulu. Mama boleh tolong jagakan mertua kamu." Ujar Datin Aisyah.

"Takpe, mama baliklah. Afshin bo.."

"Afshin, think about your baby. Dia pun nak mama dia rehat. Kamu bawa dia ke hulur ke hilir, tak kesian ke dengan baby kamu dalam perut?" Datin Aisyah memotong percakapan Afshin.

Afshin memegang perutnya. Betul juga apa kata mamanya. Afshin lantas berdiri dan menyalam tangan mamanya .

"Baik, mama. Kalau mama Azrul dah sedar bagitahu kitorang terus." Ujar Afshin.

"Hmm, ya." Jawab Datin Aisyah.

Azrul menyalam tangan mertuanya dan mereka berganjak ke dalam kereta. Bunyi radio memecahkan kesepian didalam kereta. Perut Afshin berkeroncong. Azrul melihat sekilas pandang kepada Afshin.

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now