BAB 25

1.5K 52 0
                                    

AFSHIN MENGURUT KEPALANYA yang pening. Semenjak Afshin mengandung, kepalanya asyik pening. Pagi tadi sudah 2 kali dia ulang alik ke tandas tidak dapat menahan loya.

Tok! Tok! Pintu bilik pejabat Afshin diketuk. "Masuk." Arah Afshin.

"Hai, mommy to be! Dah kenapa muka pucat ni?" Tanya Ayeen.

"Hm, morning sickness lah makcik oi. Ada apa kau masuk bilik aku ni?" Jawab Afshin.

"Alah, kesiannya dia. Kau masih boleh kerja ke dengan situation kau macam ni?" Ayeen mengurut kepala Afshin.

"Aku tak tahulah. Rasanya boleh kot aku kerja lagi." Kata Afshin.

"Azrul dah tahu kau pregnant?" Tanya Ayeen lagi.

"Belum lagi. Aku tak tahu macam mana nak bagitahu dia." Jawab Afshin.

"Afshin! Kau tak boleh terus menerus rahsiakan hal ni dekat dia. Macam mana kalau dia pukul kau lagi. Tak ke naya anak kau dalam perut kau nanti?!" Marah Ayeen.

"Ayeen, nanti aku pandai pandailah bagitahu dia. Kau tak payahlah risau, okay?" Ujar Afshin.

"Kau ni degil lah, Afshin. Hm, yelah. Aku keluar dulu." Ayeen meminta diri.

"Okay, thanks urutkan kepala aku." Ucap Afshin.

"Amboi, aku urut kepala engkau tak free okay!" Gurau Ayeen

"Yelah, nanti aku tambah gaji engkau." Afshin tertawa.

Tok! Tok! Pintu bilik pejabat Afshin diketuk sekali lagi. "Masuk." Arahnya lagi.

"Kau sakit ke?" Suara garau Azrul menerpa ke halwa telinga Afshin.

Afshin yang ralit mengurut kepalanya lantas berdiri jauh dari Azrul. Tidak mahu lagi dia mengulang alik ke tandas disebabkan terhidu bau Azrul.

"Afshin tak sakit pun. Pening sikit je. Abang buat apa dekat sini?" Tanya Afshin.

"Aku datang nak tengok kau. Manalah tahu si Me tu datang sini nak jumpa kau." Azrul memeriksa fail diatas meja kerja Afshin.

Azrul melabuhkan punggungnya diatas kerusi berhadapan dengan Afshin. "Kau kenapa jauh dari aku? Bukan aku makan kau pun. Dahlah, nanti lunch aku ambil kau. Kita lunch sama sama. Aku balik office aku dulu." Azrul berlalu pergi.

"Okay," Jawab Afshin singkat.


TEKAK AFSHIN PERIT terasa. Badannya sudah tidak mampu mahu mengulang alik ke bilik air hanya untuk mengeluarkan segala isi diperut. Kepalanya pula tidak habis habis sakit kepala. Wajah Afshin bertambah pucat dapat dilihatnya dari cermin bilik air. Jam ditangan dilihatnya menunjukkan pukul 12.27pm. Dirinya mulai pitam. Afshin keluar dari bilik air perlahan lahan membawa dirinya sambil memaut dinding supaya dia dapat berjalan dengan stabil. Tidak lama kemudian, baru sahaja dia mahu membuka daun pintu pejabatnya badannya sudah lemah untuk berdiri. Mujur Faisal berada disitu menolongnya berdiri semula.

"Afshin, kau okay tak ni? Kau kenapa pucat sangat ni?" Tanya Faisal kerisauan.

Afshin menggeleng kepala tidak mampu bersuara lagi kerana terlalu lemah. Faisal memapah Afshin ke kerusi meja kerjanya. Dikipas kipasnya wajah Afshin yang pucat supaya sedar dari pitam.

"Kau buat apa dekat isteri aku!" Terbeliak biji mata Afshin sebaik sahaja mendengar suara garau dari Azrul.

"Saya cuma to.."

Buk! Tumbukan dari Azrul mendarat tepat ke wajah Faisal. "Astaghfirullahalazim, abang! Berhenti!" Jerit Afshin panik.

"Kau memang nak kenalah, Afshin! Kau mari sini!" Azrul menarik tangan Afshin dan berlalu pergi.

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now