"KAU KENAPA DATANG office aku? Kan dah deal kita jumpa dekat restoran." Ujar Azrul.
Afshin tergagap gagap menjawab. Kini, dia berbelah bagi sama ada dia menyuarakan tentang hal Asyifa ataupun hanya berdiam diri. "Hello, please answer me." Kata Azrul lagi.
"Erm.. erm.. sebenarnya macam ni. Afshin.."
"Kenapa? Kau rindu aku ke sampai dah tak tahan tunggu aku dekat restoran sana?" Tanya Azrul.
Afshin tersenyum. Dalam kegelisahan memikirkan tentang Asyifa, sempat juga dia cair dengan Azrul. Aish, complicated lelaki ni kadang kadang center juga otak dia, kadang kadang tak center! Kesian aku cair tak menentu dibuatnya.
Mata Azrul berwarna coklat cair yang menggoda membuatkan Afshin lalai dengan dunia. Direnung lamanya mata yang memikat hatinya. Azrul yang tersedar dengan renungan isterinya menepuk tangan dihadapan wajah Afshin. Terkejut Afshin.
"Abang, terkejut Afshin tau!" Afshin menampar bahu kanan Azrul.
"Hahaha, tulaa yang kau renung mata aku sampai ke hati tu dah kenapa? Ingat aku tak perasanlah tu." Azrul tertawa.
'Hmm, janganlah senyum macam tu! Matilah aku, asal hensem sangat laki aku ni!' "Abang tak nak ajak Asyifa lunch sekali ke?" Tanya Afshin.
"Aku ada juga ajak dia. Tapi, dia cakap dia ada hal nak dibuat. Biarlah dia sana, asalkan kau teman aku makan. Jom." Jawab Azrul meluru keluar dari pejabatnya.
Tangannya memegang erat tangan Afshin. Pekerja di syarikat Azrie's Group memerhati mereka. Ada yang berbisik bisik sesama sendiri, ada yang menjeling tajam Afshin, ada juga yang memberikan senyuman manis kepadanya. Tak lain dan tak bukan, rasanya banyak peminat Azrul dalam syarikat Azrie's Group ni. Afshin yang menyedari diperhatikan oleh sekelilingnya lantas berbisik kepada Azrul.
"Abang, lepaslah tangan Afshin. Malulah orang nampak." Bisik Afshin.
"Buat apa kau nak malu, kau kan isteri sah aku." Jawab Azrul.
"Ya, tapi Asyifa kalau tahu abang layan Afshin baik baik macam ni nanti mesti dia marah dekat abang. Kesianlah abang nanti." Ujar Afshin.
Azrul membiarkan kata katanya dibalas angin. "Hm, complicated sangatlah lelaki ni." Tokok Afshin perlahan.
"Apa kau kata?" Azrul mendengar tokok dari Afshin.
"Hah? Kata apa? Mana ada Afshin cakap apa apa. Erm, ni nak pergi restoran tu guna kereta abang atau kereta saya? Tak pun boleh je masing masing bawa kereta sendiri." Afshin sengaja menukar topik.
"Kereta akulah." Jawab Azrul.
"Okay." Singkat Afshin.
Bersama sama mereka ke tempat parkir kereta dan meluru ke restoran mewah berdekatan dengan syarikat milik Azrul.
"Afshin, kau nak cakap apa tadi masa mula mula dekat office aku?" Tanya Azrul.
Afshin menepuk dahinya. 'Boleh pula dia ingat aku nak cakap something dekat dia tadi.'
"Takde apa apalah, abang. Tak jadi nak cakap." Ujar Afshin.
"Ka kau mengandung?" Tanya Azrul.
"Apa? Mengandung? Awal lagilah saya nak mengandung. Baru lima bulan kot kita kahwin." Jawab Afshin.
Afshin? Nak mengandung? Baginya terlalu awal untuk menimang cahaya mata. Lagi lagi emosi Azrul ni pun kadang kadang je baik. Tak ke naya nanti bila Afshin mengandung, masa tu juga dia nak bantai Afshin. Huh, minta minta dijauhkan.
"Manalah tahu. Rezeki tu tak kira masa, Afshin." Kata Azrul.
"Memang rezeki tu tak kira masa, tapi awal sangatlah abang nak fikir macam tu." Ujar Afshin.
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Любовные романы"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...