BAB 58

626 9 0
                                    

APA BEZANYA ADA dan tanpa suami ? Sama sahaja . Afshin kesepian . Dirundung kebosanan . Dia harus bagaimana lagi ? Sudah tugas Azrul sebagai CEO Azrie's Group sekaligus A&A holdings .

Nasib baik ada sekumpulan peneman menemaninya . Farid , Asyira , Me dan Haira menjadi peneman jikalau suaminya bertugas ke luar daerah .

" Mama ada buat kek coklat ! Makanlah . Jangan dibuat main pulak . " Datin Iza menjeling manja anak keduanya dan menantu kesayangannya itu .

Yalah , tragedi main kek coklat sampai papanya merajuk manja dengan Datin Iza . Nasib Datin Iza pandai pujuk . Kalau tidak , masaklah kena jeling maut oleh papanya .

Afshin dan Me tertawa kecil . Kek coklat diambil satu persatu . " Mama ni . Macam tahu tahu je Asyira mengidam makan kek coklat . "

Semua mata tertumpu kepada Asyira yang asyik menikmati kek coklat . Terkejut dengan kata katanya .

Asyira tertawa . Semua orang mengerut dahi . Apa yang lucunya ?

" Sayang mengandung ke ? " Tanya Farid .

Tambah tertawa Asyira dibuatnya . Aip . Sekali lagi mereka penuh dengan kekeliruan . Apa yang lucunya !!!

" Kak Asyira betul betullah . Kena cubit barutahu . " Ujar Afshin .

Curious sangat dia dengan Asyira . Kita nak tahu kebenaran . Bukan nak dengar gelak ketawanya !!!

" Taklah , mana ada . " Dengan muka bersalah Asyira terkekeh kekeh tertawa .

" Hesy , kak ni ! Af gigit barutau . Baru je nak happy dapat baby fruit baru . " Marah manja Afshin berkata .

" Tulah , baru jer nak bahagia yang Haira dapat adik . " Wajah gebu Haira menunjukkan manja manja marah .

" Amboii , marah naw . " Ucap Afshin sambil mencubit pipi gebu anak buahnya itu .

" Mama Af , Haira nak adiklah . Bosanlah jadi cucu sendirian berhad nenda . Mama Af pregnant lah cepat cepat . Ada kawan Haira nanti . " Haira memegang kedua dua tangan Afshin merayu meminta sepupu .

Keadaan kembali suram . Semua memasang wajah yang sedih . Afshin juga turut berasa kesedihan tersebut . Harus bagaimana hendak mendapatkan zuriat jikalau suaminya sibuk memanjang ?

" Okay , nanti mama Af beli adik untuk Haira . " Bersahaja Afshin berkata .

Haira memukul lembut tangan makcik nya itu . " Mama Af ni ! Adik mana boleh jual . Adik kena mengandunglah dulu . "

Karenah Haira memecahkan dekahan mereka . Comel sangat melihat Haira marah sebegitu rupa . Kalau boleh di gigitnya , sudah lama habis penuh dengan kesan gigitan dibuatnya !

" Okay , okay . Kalau macam tu , bagitahu papa Rul minta cuti banyak banyak supaya boleh luangkan masa dengan mama Af . " Datin Iza memberi cadangan .

" Okayy , bolehh . Mama Af , boleh tak pinjam handphone . Haira nak call papa Rul sekejapp jer . " Ujar Haira .

Tertonjol keluar mata Afshin mendengar . Boleh pulak Haira mengikut cadangan ibu mertuanya itu .

" Erm , papa Rul tengah sibuklah sayang . Nanti kita call papa Rul lain kali , okay ? " Elak Afshin .

" Alah , tak bestlah macam ni . Papa Rul asyik sibuk jer . Mama Af janganlah kawan papa Rul lagi . " Mimik muka Haira menjeling kearah Afshin .

Afshin tersenyum kelat . Memang nak merajuk dengan sang suami . Tetapi , sedikit pujukan pun tidak dipaparkan Azrul . Asal bersua muka sahaja , muka tembok diberikan . Entahlah , perangai suaminya kian berubah hari demi hari . Untung sahaja dia menahan diri dengan segala keperitan yang Azrul bina .

SEMPENA HARI JADI Haira , mereka menyambut dengan meriah bertempat di rumah banglo milik mertuanya . Cantik sahaja Haira mengenakan pakaian serupa ' Elsa ' dalam filem animasi berjudul ' Frozen ' . Afshin pula menahan sakit kepala . Tiba tiba sahaja dia tidak suka dengan kek coklat buatan ibu mertuanya itu . Biasanya , Afshin lah yang boros mengambil kek coklat tersebut . Sampai berbekal untuk stok dirumah katanya .

" Afshin , kenapa tak makan kek coklat mama ? Afshin okay tak ni . " Datin Iza menyuakan kek coklat kepada Afshin .

Afshin menolak lembut pinggan berisi kek coklat lalu meminta diri ke tandas . Habis isi dalam perut keluar . Muntah tidak sudah dia . Rasa sakit perut , nyeri bahagian tekak . Bau muntah yang kuat menambah perisa sakit kepala .

" Afshin , Afshin okay ke ni ? Macam tak sihat jer . Afshin pucat ni . Apakata naik atas dulu rehat rehat . " Risau Datin Iza melihat Afshin yang seakan tidak berdaya tika itu .

" Maaf , mama . Af rasa tak sihat pulak harini . Af naik dulu , ya ? " Afshin meminta diri beredar ke aras atas .

Biarpun Afshin berbaringan diatas katil , sakit kepala tidak juga redah . Sudah setengah jam berlalu , masih lagi terasa sakitnya .

Ketukan pintu mengejutkan Afshin buat seketika . Haira membawa sepinggan kek coklat untuknya .

" Haira ! Stop dekat situ . " Afshin menutup hidungnya .

Haira segera berhenti . Pelik dengan makcik kesayangannya itu .

" Mama Af taknak makan kek coklat ke ? Makanlah biar sikit . " Tanya Haira .

" Haira turunlah dulu . Nanti Mama turun mama makan , okay ? " Jawab Afshin .

" Baiklah mama . " Haira menutup semula pintu .

Bergegas Afshin berlari lintang pukang ke tandas . Bau kek coklat masih lagi terhidu . Sekali lagi , muntah tidak berkesudahan . Tiada sudah tenaga untuk berjalan , Afshin terduduk diatas lantai tandas .

Datin Iz dan Asyira yang baru sahaja memasuki bilik Afshin lantas ke tandas menolong Afshin ke katil . Dipapah mereka membentuk satu persatu langkah . Setelah itu , dibaringkan Afshin perlahan diatas katil empuk .

" Afshin , pegi klinik jom . " Pujuk Asyira .

Afshin menggeleng lemah . Tidak mahu ke klinik .

" Afshin , marilah pegi . Afshin pucat sangat ni . Risau kak nampak Af macam ni . "

" Takpelah , kak . Nanti makan ubat panadol dua biji kebah lah sakit kepala ni . " Ujar Afshin mengurut kepalanya yang sakit .

" Hesy , Azrul ni pun satu . Tak reti nak balik . Isteri sakit pun tak nak jumpa . Malam ni Af tidur sini . Dah nak dekat seminggu Afshin macam ni tau . " Bebel Datin Iza .

Afshin tersenyum palsu . Suaminya entah kemana . Rindunya kepada suaminya lama sudah tidak terubat . Mahu dekat dua minggu Azrul meninggalkannya bersendirian . Bagaikan anak dara sahaja dia ke hulur ke hilir sehingga satu negeri ini sudah dihafalnya jalan .

Ya , dia merindukan suaminya . Terbit rasa terasa hati dengan suaminya . Langsung tidak beri khabar . Tanya makan pun tidak . Mahu telefon , memang taklah . Di telefon banyak kali , hanya operator sahaja yang menjawab .

Tangisan tanpa suara Afshin dibuatnya . Malam sangat kelam dirasai . Kenapa Azrul sebegini rupa ? Tidak sayangkah dia dengan Afshin ? Mata di katup rapat cuba memujuk diri berbuai di alam mimpi .

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now