BAB 27

1.5K 59 28
                                    

"AZRUL TAK NAK bermalam dekat sini ke?" Tanya Datin Aisyah.

"Maaflah, mama. Bukan taknak bermalam dekat sini tapi banyak kerja nak dibuat dekat office." Jawab Azrul sambil menyalam tangan mertuanya.

"Ouh, okay. Hati hati memandu." Pesan Datin Aisyah.

"Ya, mama. Saya jalan dulu." Azrul berlalu pergi.

Selepas Afshin tiba di rumah keluarganya, dia lantas masuk ke bilik atas alasan sakit kepala. Memang banyak luka yang Azrul berikan kepadanya tetapi hatinya tidak boleh membenci lelaki tersebut. Cintanya dengan Azrul lebih dalam daripada luka yang diberi Azrul. Mahu tidak mahu dia harus menerima kata kata Azrul dan berusaha keras lagi untuk menambat hati keras suaminya. Pintu bilik diketuk.

"Afshin, boleh mama masuk?" Tanya Datin Aisyah.

"Boleh, masuklah." Afshin mengelap air mata yang tersisa.

"Sayang mama kenapa ni? Sedih nampak?" Datin Aisyah mengusap lembut rambut anaknya.

"Afshin tak sedih pun. Cuma semenjak Afshin mengandung ni, sensitif sangat." Jawab Afshin.

"Eleh, taknak berlepas dengan Azrul lah tu, kan?" Perli Datin Aisyah.

Afshin tersenyum. "Mama ni ada ada jelah."

"Mama, boleh tak Afshin nak jalan?" Afshin meminta izin keluar.

"Kamu nak pergi mana? Tak payahlah keluar rumah. Risau mama." Ujar Datin Aisyah.

"Afshin ingat nak realease tention dekat luar. Lagipun Afshin mengidam nak makan kek coklat." Afshin tersengih.

"Ouh, mengidam rupanya anak mama ni. Yelah, hati hati kamu jalan. Balik sebelum petang." Pesan Datin Aisyah.

"Baik mama." Afshin mengenyit mata.

"Eh, kejap. Afshin jalan ni ada kereta ke?" Tanya Datin Aisyah lagi.

"Kereta mamalah. Heheh, pinjam kereta ya." Jawab Afshin.

"Hm, yelah. Kunci kereta macam tempat biasa dekat laci ruang tamu." Ujar Datin Aisyah.

"Okay, mama." Afshin memberikan simbol okay kepada mamanya.

"Kamu jangan lupa pula bagitahu suami kamu yang kamu keluar." Kata Datin Aisyah.

Afshin tersenyum kelat. Tidak kuasa dia mahu menghantar teks kepada Azrul.

"Baik, mama. Yalah, Afshin jalan dulu." Tangan Datin Aisyah disalamnya.

"Hati hati tau!" Pesan Datin Aisyah lagi.

Afshin melambai tangannya ke luar tingkap kereta dan memecut laju keluar dari perkarangan rumah. Tangan laju mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Ayeen.

"Hello, Assalamualaikum Ayeen. Busy ke tu?" Tanya Afshin.

"Waalaikumussalam, tak Busy manapun. Dah kenapa call aku tengahari ni? Aku nak lunch dengan Haziqlah." Jawab Ayeen.

"Hah, bagus sangatlah tu. Aku join boleh tak?" Ujar Afshin.

"Ish, kacau daunlah mak buyung ni?! Kita jumpa dekat restoran Wangi Food." Jawab Ayeen.

"Okay, will be there." Afshin mematikan talian.

Tangannya mengetik aplikasi WhatsApp dan mengetik teks Azrul. Bila dia memikir kembali, mesti Azrul tidak akan membaca pesanan teks kepadanya kerana jarang membuka aplikasi WhatsApp. Afshin mendail nombor telefon Azrul.

Tut! Tut!

"Hello, kenapa kau call aku? Baru sekejap aku tinggalkan kau, dah rindu ke?" Ujar Azrul.

"Afshin nak minta izin nak keluar boleh?" Tanya Afshin.

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now