LAMA AFSHIN MELIHAT gerak geri mamanya yang sibuk berjalan ke hulur ke hilir dihadapannya . Sudah seminggu dia balik ke rumah . Apa yang terjadi dengan dirinya tiada sesiapa yang berani membuka mulut . Tanya mama , lain dijawab . Tanya papa , sama sahaja jawapannya . Lelaki yang mengaku sebagai suaminya juga lesap tidak tahu ke mana . Afshin mahukan kebenaran tentang dirinya .
" Ma , can i ask you something ? " Datin Aisyah yang tadi berjalan ke hulur ke hilir berhenti dihadapan anaknya .
" Tanya apa tu , sayang ? " Jawab Datin Aisyah .
" Am I already married ? " Tanya Afshin .
Lama Datin Aisyah berdiam diri . " Erm , sorry sayang . Mama have to go . Ada urusan kejap . "
Tangan Datin Aisyah Afshin tangkap dengan erat . Tidak mahu lagi pertanyaannya dibiar kosong .
" Please , mama . Afshin perlu tahu . "
MAHKAMAH SYARI'AH TERSERGAM indah dihadapan Datin Aisyah dan Azrul . Datin Aisyah merampas keras borang cerai yang berada di tangan Azrul .
" Jangan tunjuk muka dekat keluarga aku lagi , faham ? " Datin Aisyah meluru masuk ke dalam mahkamah .
Namun , Azrul memeluk kaki mertuanya itu . Merayu tidak mahu melepaskan Afshin sebagai isterinya .
" Tolonglah , mama . Saya tak nak cerai dengan Afshin . " Rayu Azrul .
Datin Aisyah gigih menendang Azrul supaya kakinya tidak dipeluk Azrul . " Eh , Azrul ! Kau dah cukup deritakan anak aku , pukul dia sampai dia hilang ingatan , kau ingat aku nak senang senang je maafkan kau ? "
Tangan Azrul yang memeluk kaki mertuanya itu terlerai ke lantai . Datin Aisyah lantas memijak tangan Azrul dengan kasut tumit tinggi yang dipakainya . Melepaskan geram , amarah dengan menantu yang tidak kenang budi . Azrul menahan sakit . Tangan sudahpun terasa pedih . Darah sudah kelihatan memercik .
Dato' Azlansyah yang melihat kelakuan isterinya itu lantas menarik isterinya jauh dari Azrul . " Aisyah , kamu ni tak malu ke ? Ni , siapa yang suruh kamu hantar surat cerai diorang tanpa perbincangan kedua belah pihak ? Sudahlah , Aisyah . Anak kita okay je . Azrul berhak peluang kedua . Dia pun manusia juga . "
Datin Aisyah menjeling tajam wajah Azrul . " Abang , abang tak tahu ke apa yang dia dah buat dekat anak kita ? Dia dah melampau , abang . Tak patut jadi suami Afshin . "
" Patut ke , tak patut ke , tu semua ketentuan Allah . " Jawab Dato' Azlansyah .
Azrul terkejut dengan kehadiran Afshin disebelahnya . Tangan Azrul yang luka kerana dipijak mertuanya ditiup lembut Afshin . Berkali kali Azrul mengesat mata mahukan kepastian sama ada Afshin betul betul berada di hadapan mata . Ya , Afshin memang dihadapannya . Air matanya jatuh menyembah pipi .
Afshin masih lagi melayani nya dengan baik walaupun dia sudah cukup kejam memukul isterinya . " Afshin jangan kasihankan lelaki tu ! Dia tak patut jadi suami kamu ! "
Afshin memeluk tubuh sasa Azrul . " Enough , mama . Dia suami Afshin ! Afshin tak nak cerai dengan dia . Papa dah cerita semua pasal dia . "
Datin Aisyah terkedu . Afshin memapah suaminya ke tempat letak kereta . Meninggalkan Datin Aisyah dan Dato' Azlansyah . Azrul hanya mengikut langkah . Lama dia perhatikan wajah isterinya yang masih lagi terlihat sedikit luka . Sayu hatinya buat seketika . Inilah wajah yang dipukulnya . Inilah juga wajah yang nekad mempertahankan masjid yang mereka bina selama 6 tahun .
" Jangan pandang lama lama . Saya tahu saya cantik . " Gurau Afshin .
Azrul tergelak . " Mana satu kereta awak ? "
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Romance"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...