BAB 13

1.4K 48 7
                                    

TEPAT JAM 7.00Am Afshin sudahpun bertapa di Bali's Food. Mat saleh semalam masih lagi belum sampai.

"Order, mbak." Ujar pelayan.

"Ouh, bagi saya hot coffee dengan nasi padang satu." Minta Afshin.

"Okay, terima kasih mbak." Pelayan itu berlalu pergi selepas mengambil pesanan.

Akhirnya, mat saleh semalam datang kearahnya bersama seorang lelaki yang bertopi dan menutupi wajahnya dengan topeng muka.

"Hye, ma'am. Can we sit?" Ujar mat saleh.

"Sure." Singkat Afshin.

"Who are you actually?" Tanya Afshin.

"Well, you will know. Soon." Jawab lelaki yang bertopi.

"Just, straight to the point. Discuss about my husband." Ujar Afshin.

"Sebenarnya, suami engkau tu nak kahwin lagi." Afshin sedikit tersentak.

"Lah, pandai cakap melayu rupanya. Mati mati aku bina ayat barat." Afshin sengaja tunjuk tenang.

"Aku, Farid. Yang sebelah aku ni, Me." Ujar Mat saleh.

"Ouh, kaulah Me. Yang bagi aku kotak semalam." Jawab Afshin.

"Ya." Me membuka topi dan topeng muka.

Azrul! Wajah Me sama dengan Azrul!

"And aku adik ipar kau juga." Balas Me.

"Wait, korang main main dengan aku ke ni? I still don't understand." Afshin masih lagi melihat wajah Me yang sama seiras dengan Azrul.

"Nama sebenar aku, Azril Khalid. Sama dengan suami engkau, Azrul Khalid. Kau jangan pulak nak samakan aku dengan suami engkau. He's temper, but not me." Me memeluk tubuh.

"Yup, suami kau memang temper. Tapi, bila dengan si Asyifa Fadilah tu hilanglah kejantanan dia." Sambung Farid.

"Hey, sedap mengutuk suami aku?" Afshin mengangkat kening.

"Bukan selalu. Mama suruh aku ikut kau orang. Kau jangan pulak bagitahu Azrul yang aku ikut kau orang ni. Naya aku dikerjakan si cinta buta tu." Jawab Me.

"Kenapa aku tak jumpa kau masa kenduri haritu?" Tanya Afshin.

Me mengundur diri. "Azrul tu tak suka kembar dia ni. Tak tahu aku kenapa benci sangat dia dengan si Me ni." Sampuk Farid.

"Takpe Azrul memang pelik. Kejap okay, kejap tak okay." Ujar Afshin perlahan.

"Apa kau cakap? Tak dengarlah." Tanya Farid.

"Ha, takde apa apalah. Kau orang nak makan?" Afshin saja menukar topik.

"Azrul ada pukul kau ke?" Tanya Me serius.

"Hah? Tak.. takdelah." Tipu Afshin.

"Kau tak payahlah tipu. Aku tahu abang aku macam mana. Dia pukul engkau, kan?" Afshin mengangguk.

"Hm, dah agak dah. Memang patut pun mama suruh aku ikut kau orang ni." Tambah Me.

"Me, tak payahlah bagitahu mama pasal benda ni." Ujar Afshin.

"Memang aku tak bagitahu pun. Mama yang tahu sendiri." Jawab Me.

Afshin berdiam diri. Berfikir macam mana pula mertuanya tahu akan masalahnya dengan Azrul.

"Semalam... kau sorang je ke dalam bilik?" Tanya Me.

"Ya, Azrul takde." Jawab Afshin.

"Kau sabar jelah. Azrul tu, memang nak melekat dengan si tulang tu je. Dalam banyak banyak perempuan, tulang juga dia nak." Ejek Farid.

"Amboi, makwe kau pun tulang apa." Jawab Me.

Afshin dan Me tertawa berdekah. "Sekurang kurangnya, ada orang nak dekat aku. Yang kau tu, nama je hensem, hati mulia, ada ke patut ditolaknya ustazah." Celoteh Farid.

"Suka hati akulah. Kalau jodoh tak kemana juga." Me menjeling Farid.

Afshin pula setengah mati tertawa melihat celoteh mereka berdua. Sakit perut layan diorang berdua ni.

"Aih, yang kau ketawa tak ingat dunia dah kenapa?" Tanya Me dengan wajah yang serius.

"Wuh, jangan pandang akak ipar kau macam tu. Dah serupa abang kau. Kau dengan abang kau takde bezalah." Gurau Farid.

"Tak kau pahal." Balas Me serius.

"Eh, dah. Jangan gaduh gaduh. Farid bergurau je pun. Kita cakap pasal Azrul." Afshin menenangkan Me yang kelihatan serius dengan percakapannya.

"Ya, ya. Chill." Ujar Farid.

Me membetulkan duduknya. "Abang aku nak kahwin lagi." Ujar Me laju.

"Macam mana kau tahu?" Tanya Afshin.

"Aku tahulah! Kau jangan banyak tanya, boleh?" Marah Me.

"Tak, yang kau marah aku kenapa? Lain abang kau, kau pun nak marah aku jugak ke? Maaf, aku jalan dulu." Afshin merentap begnya dan lantas berlalu pergi.

"Kau melampau bro. Tu akak ipar kau." Ujar Farid.

"Habis, kau nak aku buat apa? Aku dah bagi dia amaran tapi, kau tengoklah otak dia tu. Lembap." Ejek Me.

"Nilah sebab abang kau tak suka kau. Cakap main lepas, tak fikir perasaan orang." Farid lantas berdiri meninggalkan Me sendiri.

'AZRUL NAK KAHWIN lagi?' Bisik hati Afshin. Luluh hatinya mendengar kata kata Me. Hancur hatinya sekali lagi. Azrul sudah terlalu menyakiti hatinya. Telefonnya dicapai mendail nombor telefon Azrul. Berkali kali dia menelefon Azrul. Tidak dijawab. Air mata dari tadi menodai pipinya berderai laju. Kenapa Azrul buat dia sebegini. Apa salahnya sehingga Azrul rela memadukan dirinya dengan perempuan lain. Tersungkur dia di khalayak orang ramai. Lututnya lemah meneruskan dia berjalan lama.

"Afshin, dahlah. Jangan macam ni." Pujuk Farid.

"Apa salah aku dia nak buat aku macam ni. Aku tak sanggup dah nak hidup dengan Azrul. Dia kejam, Farid!" Tangisan Afshin bertambah.

"Dahlah, ingat Allah. Semua ni ada hikmahnya." Ujar Me.

"Kau dengan abang kau sama je!" Jerit Afshin.

"Dah berapa kali aku cakap yang aku dengan dia tak sama!? Kau pekak ke apa!? Dah, jom balik malaysia! Farid, kau ambil semua barang Afshin, kita balik malaysia. Malam ni jugak!" Arah Me.

Me merentap tangan Afshin dan membawanya masuk kedalam kereta. "Kau kena kuat. Takkan kau nak bazir air mata kau tengok dia bahagia je. Kau kena pikat dia!" Ujar Me.

Afshin hanya berdiam diri. Diam seperti patung tidak buat apa apa. Me hanya memandu kereta ke lapangan terbang dan Farid bergegas ke hotel mengambil barang.

"Bak sini passport kau." Arah Me.

Afshin memberikan passport nya. "Azrul dekat mana?" Tanya Afshin.

"Kau tak faham lagi ke? Azrul dah ada dekat malaysia. Dia tinggalkan kau sendiri dekat sini. Dia akan kahwin dengan Asyifa." Jawab Me.

Afshin sekali lagi mengalirkan air mata. Tidak sanggup lagi dia berkata apa apa. Sakit hatinya dibuat sedemikian. Patutlah Azrul haritu gembira semacam. Afshin tersenyum nipis. Terhinjut hinjut dia menangis.

"Kau nangislah sepuas hati, Azrul tetap dengan keputusan dia." Ujar Me.

Hai guys! Assalamualaikum! So hari ni special. Thanks for 1K readers😍 Author bersyukur sangat! Jadi author nak bagi double bab harini. Terima kasih support author. Terharu author huhuh😭 terima kasih sekali lagi.

Sincerely,

fardahfk 😍💘

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now